01 May 2016

PISANG REBUS KELAPA PARUT





Assalamualaikum!
Antara bulan Febuari dan April aku hanya mampu berulang-alik dari Kolompo ke tanah kebun di Lancang disebabkan cuaca panas terik. Cuaca ekstrem itu adalah tanda bermulanya  fenomena El Nino yang dikaitkan dengan pemanasan permukaan laut di Lautan Pasifik.


Di Tanah Kebun.
Masatu yang menetap di kebun ialah adek Ali, anak buah aku si Uwan, Mohammad Ridwan dan dua pekerja tetap si Omar dan Fadzli. Tugas aku di kebun ialah menyiram pohun nangka, kelapa dan nenas yang sudah berusia hampir setahun. Manakala adek Ali lebih tertumpu pada tanaman pisang tanduk dan pisang helang yang nampaknya sedang menjadi. Omar dan Fadzli ditugaskan memotong rumpun dan sesekali membaja dan meracun serangga. Si-Uwan pula lebih kepada kerja-kerja pengumpulan dan penghantaran buah nangka dan pisang.



Bukan semua benih yang di tanam hidup. Pulaktu, ada benih-benih kelapa yang disodol babi. Jadinya, bermulanya bulan Januari hingga Febuari lepas, aku bersama adek Ali terpaksa menyulam semula benih  kelapa, petai dan nangka. Selesai menyulam benih, adek Ali  memasang plastik hitam dipagar sempadan bagi mengelakkan benih kelapa tidak disondol lagi. Dua pekerja tetap pula [Omar dan Fadzli] diminta membersihkan lorong-lorong nenas yang mula dipenuhi rumput, lalang dan pohun senduduk.



Bulan March adalah bulan mencabar ketabahan kami. Tiada hujan turun disini. Manakala  benih dan pohun nangka, pisang, kelapa serta nenas ada daunnya yang mula bertukar warna menjadi kuning. Benih yang baru ditanam pula perlu di siram setiap pagi dan petang. Nenas pula hanya di siram seminggu tiga kali menggunakan air paip, itupun jika air paip tidak dicatu. Kalau hendak mengharapkan air hujan mungkin benih-benih itu mati begitu sahaja.



Minggu pertama bulan April ada sekali hujan turun. Lega rasanya kerana tidak perlu menyiram dalam tempuh dua hingga tiga hari. Bolehlan nanti aku membantu anak buah aku si Ammar yang katanya hendak merobohkan dinding zink di pondok atas dengan mengantikan dinding plastik hitam bagi kegunaan rumah cendawan.



Alhamdulliah!
Pertengahan bulan April, ada dua kali hujan lebat. Hujan yang lebat itu disertai sekali dengan tiupan angin kencang tetapi tidaklah sampai ke tahap dipanggil ribut gitu! Esuk paginya aku tidak menyiram kerana tanah masih basah. Aku ke-kawasan pokok pisang helang dan pisang tanduk ditanam. Adusss! Banyaknya pokok pisang tumbang. Ada yang patah ditengah dan ada pula yang patah di hujung berhampiran buah. Buah pisang itu pula ada yang sudah tua tetapi lebih banyak buah yang belum  matang.



Aku dan adek Ali membersihkan kawasan pohun pisang yang tumbang. Buah pisang yang tua dan muda dicantas. Batang dan daunnya di kumpulkan disatu tempat bagi memudahkan kerja-kerja memesin rumput nanti. Kerja mengumpul buah pisang selesai. Walaupun pisang itu belum masak tetapi tidaklah kami tergamak untuk menggunakan bahan seperti 'carbide' bagi memperceptkan buah menjadi masak.



Buah pisang  tua yang menunggu masak ada juga si Uwan bawa ke Kolompo untuk dijual atau diberikan kepada si penjual pisang goreng. Yang selebihnya termasuk yang masih mentah pula kami berikan kepada 'Mak Cik Gemuk' yang berniga pisang goreng di Mempateh. Kata Mak Cik tu, pisang tanduk yang masih hijau itu hendak di jadikannya kerepek pisang.

Ohhh! Buatlah apa saja Mak Cik, janji pisang itu tidak di buang atau ayat lain tidak membazir gitu!



Di pondok pulak, adek Ali yang rajin mengoreng pisang untuk dibuat sarapan atau  minum petang. Ada gak sesekali dibuatnya pengat pisang atau lempeng pisang. Pisang yang mentah pulak,  pernah sekali aku buat masak lemak tetapi nampaknya diaorang kurang berminat. Sekiranya ada pokok pisang tumbang lagi, aku berikan kepada isteri aku untuk dibawa balik. Selalunya, isteri aku akan buat pengat pisang tanduk dan bila sudah sejuk disimpannya ke tempat frozen. Tunggu aku balik Kolompo!


Bila aku balik Kolompo, aku akan panaskan balik pengat pisang. Isteri aku hanya masakkan pengat sahaja. Bab makan pengat pisang ne sedikit kureng! Ada juga pisang yang sudah matang tetapi belum masak. Kami akan rebus. Kemudian di potong, digaul dengan kelapa parut, gula dan sedikit garam. Kalau makan pisang rebus kelapa parut ne di kebun lagi best. Sambil makan boleh mendengar siualan  burung-burung, tiupan angin dan memerhatikan telatah si Mohammad Ridwan [pekerja sukarela] bermain layang-layang.


Pernah si Ridwan berkata "No wind no fly, no fly no cry". Macam pernah dengar je ayat tu seperti lagu No Woman No Cry!


Pssttt!
Aku ada mendengar Ustaz berkata tentang lima[5] jenis buah di shurga iaitu buah pisang, anggur, delima, zaitun dan buah kurma. - Wallahuaklam!

No comments:

Post a Comment