Apartmen!
Waktu petang biasanya ada banyak masa yang terluang. Itu pun jika kawan-kawan tidak mengajak aku ngeteh di kedai Mamak, tentunya aku akan berkurung dalam bilik. Kekadang baca sikit-sikit novel, cerpen atau puisi tetapi yang lebihnya aku habiskan masa kepada kerja-kerja mengedit gambar menerusi PhotoScape[1]. Aku boleh membesarkan atau mengecilkan saiz gambar atau meletakan clip paper diatas sudut gambar misalnya. Melalui perisian PhotoScape, kerja-kerja mengedit lebih mudah & cepat!
Ya! Manusia abad ini sangat memerlukan alat bantu dan sokongan untuk meneruskan kehidupan yang lebih baik, mudah, cepat tanpa kerja keras. Manusia yang dilahirkan mempunyai daya fikir yang kreatif, cuba sedaya upaya mencipta, menambah baik sesuatu idea, bahan atau produk-produk yang dikira boleh membantu manusia disamping dapat menjana pendapatan.
1- Ketika zaman hitam putih, gambar hanya boleh dirakam melalui kamera dan projector yang menggunakan filem. Waktu itu istilah filem jenama Kodak[2] sangat popular. Merakam perlu berhati-hati kerana selepas merakam, filem akan dicuci di kedai gambar. Tidak seperti sekarang. Gambar boleh dirakam melalui handpon, kamera digital, cctv atau dron. Pulaktu, fungsi kamera handpon hari ini, gambar boleh diedit dan terus dikongsi dengan rakan serta keluarga menerusi WhatsApp, Instagram atau facebook misalnya.
Sebagai contoh, pengeluar dron DJI telah melancarka dron terbahru yang diberi nama Phantom4 dan kini telah menjadi kegilaan peminat dron di seluruh dunia. Bagi Phantom 4, ia sangat mudah digunakan tanpa mengawal secara terus kerana fungsi automatiknya membantu pengguna mendapatkan rakaman yang lebih baik dari pelbagai sudut. Dron ini sangat mengagumkan kerana ia mampu mengelak halangan dan berhenti daripada melanggar sesuatu halangan di hadapannya dengan secara automatik jika pengguna gagal mengawal dron tersebut.
Begitu juga dengan telepon. Awal tahun 70'an kita terpaksa menggunakan public phone[3]. Waktu itu, pondok-pondok telepon di-dirikan di tepi-tepi jalan dan mesti memasukkan wang silling sebelum mendail nombor yang hendak dihubungi. Tetapi lihatlah sekarang. Manusia-manusia yang kreatif itu telah melambakan pelbagai jenis dan fungsi telepon tangan di pasaran. Yang terbaru antaranya hTC10 yang dilengkapi dengan kamera 12 megapiksel untuk kamera belakang. Ciri lain ialah fungsi Auto-HDR yang membolehkan rakaman beresolusi tinggi manakala Auto Selfie, Voice Selfie dan Live Make-Up untuk penggemar selfie.
Semuanya mudah dan cepat termasuk sistem pengankutan awan darat yang dahulunya hanya ada teksi, bas dan keretapi. Kini, jika kita ke Kuala Lumpur kita akan bertembung dengan pelbagai warna teksi serta perkhidmatan bas seperti RapidKL, GoKL, KL Hop-On Hop-Off[4]. Jika bas atau teksi di anggap lambat, kita boleh memilih untuk mengguakan perkhidmatan 'Klang Valley Integrated Rail System' [KVIRS] antaranya KTM Komuter, KL Monorail atau Star LRT. Ini tidak termasuk perkhidmatan untuk ke KLIA dengan menggunakan KLIA Ekpres.
Manusia-manusia yang berfikir di luar kotak sentiasa ingin mencipta benda baru bagi memudahkan tugas harian manusia. Seperti di bank. Suasananya tidak seperti pada zaman hitam putih. Kini sudah ada sistem peti atm yang membolehkan orang ramai memasukkan atau mengeluarkan tunai dengan cepat. Kad plastik pula digunakan sebagai penganti tunai seperti SmartTag atau Touch 'nGo. Kelihatanya semua urusan harian dilihat mudah dan cepat terutama di kauter-kauter atau di lorong-lorong tol di seluruh dunia.
2- Keupayaan berfikir secara kreatif dan inovatif untuk menghasilkan produk baru telah dilakukan oleh mereka-meraka yang mempunyai sifat tidak mengenal putus asa. Dari situ lahirlah rekacipta pelbagai jenama telepon nipis pelbagai fungsi yang boleh menghantar pesanan, merakam imej dan melayari internet. Malah telefon bimbit juga boleh digunakan sebagai alat kawalan keselamatan jarak jauh seperti cctv.
Dari sekecil-kecil produk seperti memory card, PenDrive, jam tangan, earphone, handphone, ipad dan laptop. Lahir pula produk sederhana besar seperti Microwave Ovens, Combi-Steamer dan Lcd Colour Tv. Produk dari Micro Hifi System pula seperti Dvd Theaters, HiFi System, MP3 GoGear audio vedio player, DvD Player, CD Sound Machine dan Clock Radio pelbagai fungsi seperti mendengar radio, melihat kalender, wake up sound, USB dan SD card slot untuk photos, music dan video clip.
Tidak terhenti disitu, mereka mencipta pula motosikal, kereta, keretapi, boat dan kapal terbang yang boleh bergerak selaju yang boleh. Dari sehari kesehari kita melihat perkembangan 'Next Generation Technologi' itu dengan lahirnya Intelligent Network [INW] seperti Airport KLIA sebagai contoh. Ini termasuk rekaan inteligent di negara maju seperti Iteligent Cities, Medical, Sport Complex, Seaport, Highway System, Rapid Public Transport Systems, Multimedia Educational Network, Theme Parks dan juga Integrated Buildings serta Intergrated Power Satation.
3- Yang dikatakan RekaCipta Kreatif ialah seperti kapal terbang solar, yang menggunakan Solar Impulse2[5] [Si2] yang dipandu oleh Juruterbang Betrand Piccard, yang telah meneliling dunia pada Mac 2015 dari ibu kota Emiriyah Arab Bersatu, Abu Dhabi dan melakukan hentian di Oman, Myanmar, China dan Jepun. Penerbangan ke Califonia adalah merupakan fasa terakhir dalam kembara Si2 mengelilingi dunia.
Rekacipta lain termasuk rangkaian makanan segera dari luar negara yang mengamalkan sitem franchise[6] seperti Kentucky Fried Chicken [KFC], McDonald's Delivery Service, Kenny Rogers, Coffee Bean dan lain-lain. Se-ingat aku kalau di Malaysia - mereka yang kreatif merekacipta rangkaian makanan segera antaranya Sate Ria [awal 80'an], 1901 Hot Dog [era 90'an] dan Tuty Frutty [era tahun 2000]. Yang masih beroperasi sehinggi kini ialah jenama Tuty Frutty. Lain-lain jenama terpaksa gulung tikar kerana tidak mampu bersaing. Salah satu faktor adalah disebabkan idea-idea baru yang tidak mampu dihasilkan oleh kumpulan pengurusan ketika 'Sidang Perah Otak'[7].
Oppps! Untuk mengambarkan tentang rekacipta baru yang berjaya tetapi gagal bertahan, kita perlu imbas kembali sejarah jenama Restoran Sate Ria sebagai contoh. Dikatakan [dari mulut ke mulut] idea asal untuk memperkenalkan sate ke peringkat antarabangsa datangnya dari Tun Dr Mahathir Mohamad yang ketika itu menjadi Perdana Menteri. Lalu idea itu dikembangkan oleh pelajar-pelajar Itm Shah Alam. Setelah pelajar Itm berjaya memerah otak lalu diserahkan kepada Mara Holdings Sdn Bhd. Outlet pertama dibuka pada awal tahun 1983 di Jalan Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur.
Setelah mendapat sambutan, outlet kedua di buka di Jalan Bukit Bintang berhadapan BB Plaza. Walaupun ketika itu pesaing-pesaing restoran makanan segara tumbuh bagai cendawan selepas hujan tetapi persaingan sihat itu telah meletakan Sate Ria sebaris dengan pemain-pemain F&B lainnya seperti A&W, Kfc, McDonald's, Pizza Hut, White Castle Burger dan Shakey's Pizza. Purata, pendapatan kedua-dua outlet Sateria ketika itu mencecah rm90,000.00 sebulan terutama ketika musim cuti sekolah atau hujung tahun.
Digambarkan juga, ketika itu [awal 1983] jika pelanggan hendak menjamu selera di outlet Bukit Bintang, pelanggan terpaksa berbaris panjang diluar pintu restoran. Masatu, kebanyakan warga Kolompo dan pelancung memang kemaruh[8] hendak merasai sendiri rasa sate yang disajikan bersaiz besar dengan tiga jenis kuah beserta nasi himpit, timun dan bawang. Soalnya, jika pelanggan terpaksa beratur panjang, adakah itu boleh dipanggil makanan segera!
Seperti yang aku sudah katakan sebelum ini, Sate Ria tumbang bukan kerana pelanggan berbaris panjang diluar pintu restoran tetapi disebabkan tidak ada idea-idea baru yang lebih kreatif. Sepatutnya setelah setahun perniagaan berjalan, pasukan 'perah otak' dari Mara Holdings menukar plate [plastik berwara putih ala hospital] kepada kotak yang seakan-akan kotak take away. Ini kerana plate berwaran puith jika diguanakan terlalu lama akan luntur warnanya dan memang ada rungutan dari pelanggan kerana makan sate seolah-olah seperti berada di asrama atau di wad hospital.
Sewaktu pasukan 'perah otak' [PPO] memberi pendapat termasuk idea-idea bodoh atau tidak masuk akal, pasukan [ppo] perlulah mencatat kesemua idea, kemudian menilai mana-mana idea yang dianggap paling kreatif. Contonya menukar plate warna hitam atau menukar appron warna hijau. Memperkenalkan menu baru misalnya 'Sate Chicken Wing Black Papper' atau 'Sate Ruti Pitta Dada Ayam' atau juga 'Sandwich Sate Daging Lembu' dan lain-lain idea termasuk menambah menu bavarage[9] bagi menarik orang ramai datang ke Sate Ria. - Cut!
4- Sekarang kita sambung balik pasal manusia-manusia yang kreatif. Ada yang kreatif mencipta untuk kebaikan dan ada pula bertujuan sebaliknya kerana hendak mendapatkan hasil yang mudah dan cepat. Sebagai contoh, ayam ternakan terutama ayam daging akan disuntik dengan sejenis cecair[10] guna mempercepatkan tumbuhbesar, gemuk dan gebu gitu! Begitu juga dengan ikan yang diberi makanan peransang 'kuat makan' atau buah-buahan yang disuntik dan direndam dalam air bersama cecair rahsia bertujuan tahan lama, cantik dan berkilat.
Dari makanan dan minuman, ahli-ahli kimia yang kreatif itu akan membuka pula klinik penjagaan diri. Wajah hitam menjadi putih. Hidung kemek menjadi mancung. Punggung ciput boleh kembang seperti wanita Afrika dan bermacam-macam lagi kepandaian mereka. Sehinggakan untuk 'cepat lalok'[12] pun ahli kimia boleh merekacipta tablet-tablet yang cepat menghayalkan seperti pil eramin5 dan ekstasi. Ini termasuk serbuk putih heroin dan ciptaan 'WoW' seperti syabu berkualiti tinggi berbentuk kristal.
Saintis terus mencipta. Kali ini mereka mencipta senjata yang mudah digunakan dan cepat memberi kesan. Dari sekecil-kecil senjata seperti yang dipamerkan pada Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia [DSA] kali ke-15 di PWTC baru-baru ini, ahli sains yang kreatif mencipta senjata dan peledak yang lebih power seperti menggunakan senjata bahan kimia, rocket system dari submarine, nuklear [bom atom] yang boleh digugurkan melalui pesawat atau dilepaskan dari kapal laut atau kapal selam.
Mengikut fakta dari Buku Konspirasi Yahudi[13] [Sabaruddin Hussein] bom atom yang digugurkan pada 6 dan 9 Ogas 1945 di Hiroshima dan Nagasaki itu menggunakan kapal terbang Enola Gay. Sebaik digugurkan, ia menghasilkan awan cendawan Fat Man akibat letupan yang mencecah 18km [11 batu, 60.000 kaki] ke langit dan hipopusat. Letupan dua biji bom atom itu mengakibatkan antara 200 hingga 300 ribu orang terkorban dan menjadikan Hiroshima dan Nagasaki 'padang jarak padang tekukur'.
Pssttt! Waktu dah dekat senja. Kena mandi dulu. Nanti aku sambung ye. - Jumpa Lagi!
No comments:
Post a Comment