15 April 2016

LANGIT TIDAK SELALU CERAH






Tanah Kebun @Lancang.


Alhamdulillah! Segala puji dan syukur ke hadrat Allah Subhanahuwata'ala,  kerana dengan izinNya jua, air yang bertakung di dada langit turun mencurah-curah membasahi rumput, pohon-pohon di sekitar Tanah Kebun. Bukan aku sahaja yang gumbira apabila melihat tetes-tetes air menyirami anak-anak benih tanaman seperti nangka, cempedak, petai, jambu, nenas dan kelapa malah sekawan burung layang-layang juga kelihatan sedang terbang, menari-nari kegumbiraan!

 

1- Aku ketika ini sedang membaca sebuah karya lama Hamka bertajuk 'Merantau ke Deli'[1]. Sebaik mendengar tetes-tetes air jatuh dibumbung pondok serta siulan dari sekawan burung layang-layang, aku tinggalkan bilik bacaan, membuka pintu, menarik sebuah kerusi lalu aku duduk merenung hujan. Aku mendongak ke dada langit. Langit masih cerah. Nun! Jauh disebalik bukit bukau, warna langit keruh berwarna kelabu, bertompok gelap bagai sekawan gajah yang sedang mencurahkan air sedikit demi sedikit ka muka bumi.

Angin dari arah barat itulah yang telah membawa hujan penuh barakah[2], menjadikan rumput kuyup dan pohon-pohon menggigil kedinginan. Itulah kebesaran Tuhan yang Maha Esa. Walaupun daerah aku langitnya cerah, tanda hujan tidak akan turun tetapi dengan izinNya jua air hujan itu sampai didaerah ini. Kalau menggikut hukum akal, hujan tidak sepatutnya turun disini tetapi siapalah aku untuk menjadi peramal akan kuasa Ilahi.
 

Hujan lebat sudah reda dan yang tinggal hanyalah rintik-rintik yang gugur ke bumi. Aku bangun lalu menuju ruang dapur. Membancuh secawan kopi pekat Alicafe. Kopi segera yang bercampur dengan Tongkat Ali dan Ginseng ini adalah salah satu minuman harian aku. Walaupun pada dasarnya kita disaran oleh pakar kesihatan untuk lebih banyak minum-minuman air mineral atau kurangkan aktiviti diluar rumah bagi mengelak terkena strok haba[3] tetapi saranan itu tentunya bukan ditujukan kepada petani dan pekebun seperti aku.

Aku menghirup kopi panas. Kemudian mencapai naskah Kosmo! Menyelak helai demi helai muka surat. Retina aku tertumpu pada berita tentang Sultan Johor [Sultan Ibrahim Sultan Iskandar] yang mencadangkan agar kerajaan negeri menubuhkan 'Bank of Johor' bagi memudahkan rakyat membuat simpanan tabungan dan pelaburan. Cadangan tersebut dibuat berikutan ramai rakyat Johor masih tidak dapat memiliki kediaman masing-masing kerana kegagalan mendapatkan pinjaman bank. - Bagi aku, cadangan itu adalah dikira baik. Semuga 'Bank of Johor' menjadi kenyataan  satu hari kelak.


Selak pulak berita luar negara. Perihal polis dunia, iaitu Amerika Syarikat yang menguji sistem peluru berpandu jarak jauh di ruang udara Filipina pada satu latihan tentera bagi mempamer kekuatan pakatan antara Washington-Manila kerana AS melihat Beijing semakin agresif di Laut Cina Selatan. Menurut berita, latihan tersebut dibayangi pertikaian antara Filipina dan China, berhubung tuntutan sebilangan pulau terumbu di perairan Laut China Selatan.


Sementara itu di Seoul, Parti Minjoo [parti pembangkang utama] memperoleh kemenangan mengejut dalam pilihan raya umum kemarin, sekali gus menamatkan penguasaan parti pemerintah [Parti Saenuri] selepas 16 tahun. Parti Saenuri yang dipimpin oleh Park Geun-hye [Presiden] terpaksa menerima hakikat akan kekalahan tersebut kerana rakyat kecewa dengan masalah kelembapan ekonomi serta dibayangi ancaman nuklear Korea Utara.

Wah! Masing-masing begitu galak menunjukkan taring. Hampir saban minggu, dunia dihidangkan dengan berita kekuatan tentera, kecanggihan senjata serta teknologi ketenteraan seperti negara China, Amerika atau Korea Utara. Adakah hal seperti ini memberi isyarat kepada dunia bahawa Perang Dunia Ketiga semakin hampir.

Tidak mustahil tercetusnya nanti perang besar, berpunca perebutan pulau terumbu di Laut China Selatan atau kedegilan Korea Utara yang sentiasa menjadi duri dalam daging yang terlalu  berminat kepada peperangan. Mungkin keangkuhan Korea Utara itu disebabkan bayangan Rusia yang sedia menyokong dan seterusnya menjadi sekutu Korea Utara nanti.

Banyak perkara tersembunyi yang boleh membakar nafsu perang di kalangan kuasa-kuasa besar seperti Amerika, China dan Rusia. Jika tercetusnya Perang Dunia Ketiga,  yang paling gumbira pastinya Zionis Yahudi kerana berjaya mencapai matlamat mereka dalam gerakan Illuminati[4] bagi menguasai seluruh dunia di bawah pemerintahan mereka. Cut!


2-
Kita toleh sekejap kebelakang. Melihat sejarah lama, bagaimana sebuah Empayar Islam Uthmaniah boleh hancur akibat wayang Zionis Yahudi selaras dengan Protokol Zionis[5] iaitu "Kita hanya mempunyai dua pilihan sama ada meruntuhkan sistem yang ada atau membina sistem yang baharu". Maka sistem yang sedia ada ketika itu yang dimiliki oleh kerajaan Uthmaniah di Turki telah diruntuhkan oleh Zionis Yahudi lalu digantikan dengan Republik Turki. Salah satu punca kejatuhan kerajaan Uthmaniah kerana bermain api dengan menjalin hubungan erat dengan Zionis Yahudi yang ketika itu berpusat di London dan Paris.

Setelah kejatuhan Empayar Uthmaniah, maka perang Dunia Pertama pula tercetus kerana kerakusan dan nafsu tamak haloba Zionis Yahudi. Ini terbukti apabila Perang Dunia Pertama tamat, Zionis Yahudi dapat menguasai Palestin dan mengimpikan pula sebuah negara bangsa Yahudi di Palestin. Begitu juga dengan Perang Dunia Kedua dimana sudah dirancang sekian lama sebelum ia bermula.
 
Kisahnya bermula di Asia. Dimana pada penghujung tahun 1920-an, Jepun telah menemui satu medan minyak yang membolehkan harga minyak diturunkan kerana ketika itu Standard Oil[6] milik jutawan Yahudi yang diberikan lesen oleh kerajaan China telah menjual minyak pada harga yang sangat tinggi kepada China. Namun, syarikat Standard Oil berpakat bersama China untuk membolot medan minyak dan Standard Oil mengarahkan  kerajaan China menghalau Jepun.

Jepun marah dan berasa tertipu. Jepun melancarkan perang ke atas China pada tahun 1939 dan memusnahkan segala harta yang dimiliki oleh Standard Oil sebagai tindakan balas. Amerika masuk campur dan mahu Jepun segara berundur dari Indo-China dan Mancuria. Bagi menekan Jepun, Amerika membekukan aset dalam negara dan membatalkan perjanjian perdagangan. Jepun menawarkan perbincangan dan rundingan tetapi Amerika menolak.

Akhirnya pada pagi 7 Disember 1941, tentera udara Jepun dengan berbekalkan skuadron 350 buah pesawat juang telah menyerang Pearl Harbour. Serangan itu memusnahkan 17 buah kapal perang dan membunuh lebih 1000 tentera Amerika serta mencederakan kira-kira 2200 orang awam.

Begitu juga yang berlaku di Eropah. Bilamana Jerman melihat Rusia cuba memperluaskan empayar komunisnya. Jerman dibawah pimpinan Adolf Hitler[7]  mengerakkan bala tenteranya ke Rhineland. Selepas menduduki zon bebas Rhineland tanpa tentangan maka Jerman menakluk pula Austria pada 12 Mac 1938. Apabila Hitler mahu menakluki Czechoslovakia, barulah Great Britain dan Perancis cemas kerana Hitler disifatkan sebagai pemimpin gila kuasa yang bercita-cita menakluk Eropah bersama-sama sekutunya  iaitu Jepun di Asia dan Itali di Eropah. - Cut!


3-
Begitulah sedikit gambaran punca berlakunya peperangan dunia pertama dan kedua kerana sifat bermuka-muka, cemburu, dengki, tamak  segelintir manusia  yang digelar pemimpin. Walaupun mereka mengetahui perang itu membawa sekali kemusnahan dan kemelaratan tetapi mereka tetap mencipta perang kerana mahu meruntuhkan sistem sedia ada dan membina sistem yang baharu.

Bagi pemimpin-pemimpin yang bermuka-muka  seperti Amerika [AS] misalnya, sering melaungkan slogan demokrasi tetapi disebalik kelunakan slogan tersebut mereka mempunyai agenda tersembunyi. Lihatlah bagaimana propaganda Amerika terhadap negara Islam selepas serangan 9/11 keatas Pusat Dagangan Dunia [WTC] di New York. Amerika memberitahu dunia bahawa berlakunya Arab Spring[8] kononnya sebagai kebangkitan rakyat menuntut demokrasi.

Disebabkan terpersona dengan istilah demokrasi, maka terjadilah konflik politik dibeberapa negara Islam seperti Libya, Tunisia, Yemen, Iraq, Mesir dan Syaria. Akhirnya negara-negara Islam itu jatuh tersungkur. Dalang[9] yang mencipta skrip kisah sejarah memalukan umat Islam itu tentulah Amerika dan dibelakangnya pula adalah bayang-bayang Zionis Yahudi. Ini kerana hampir kesemua Presiden Amerika yang memenangi pilihan raya menjadi Pak Turut[10] disebabkan sudah termakan budi dari pelobi-pelobi jutawan Yahudi. - Cut!


4- "Ciptalah Perang! Kerana perang boleh melemahkan ekonomi, ketenteraan dan perpaduan manusia sejagat. Carilah alasan supaya kita boleh menyerang. Kita kucar-kacirkan negara-negara Islam dahulu. Kita momokan dengan istilah demokrasi. Kita jatuhkan pemimpin-pemimpin yang tidak satu kepala dengan kita melalui rusuhan jalanan dan kita lagakan dua fahaman mereka iaitu Syiah dan Sunni[11]. Pada masa yang sama kita sediakan  satu pasukan tentera rahsia yang digelar Islamic State".


"Kita hantar agen-agen rahsia kita ke Eropah dan Asia melalui NGo. Kita serapkan juga  sukarelawan kedalam kumpulan-kumpulan agama. Kita cari kelemahan mereka. Kita hulur bantuan senjata secara sulit kepada pemberontak dan penganas. Setelah mereka menghadapi konflik dalaman, barulah kita [AS] campur tangan. Maka bermulalah Perang Dunia Ketiga".


Mungkin itulah yang dibincangkan oleh pemimpin-pemimpin Amerika dan Zionis Yahudi [A+ZY] pada persidangan rahsia meja bulat. Walaupun mereka yang rakus merancang untuk memulakan Perang Dunia Ketiga [3WW] tetapi rancangan mereka masih gagal. Kegagalan itu dapat dilihat apabila dunia Arab hanya melihat dari jauh setelah Iran difitnah dengan isu senjata nuklear, padahal sebahagian dari  nuklear itu untuk kegunaan sosial dan bukan ketenteraan.

Jika Amerika boleh mengancam Iran dengan mengguakan kuasa Majlis Keselamatan PBB dan gabungan ketenteraan di bawah NATO atas tiket  nuklear kenapa Amerika tidak melakukan perkara yang sama keatas Korea Utara. Buat masa ini Amerika hanya berani bersuara atau sesekali buat latihan ketenteraan bersama Korea Selatan. Malah kes nuklear yang mengancam Korea Selatan itu hanya dipandang sebelah mata kerana Semenanjung Korea tidak termasuk negara yang boleh menghalang cita-cita gelap mereka.


Perang Dunia Ketiga [3WW] masih belum bermula walaupun Amerika sudah menghancurkan banyak negara Islam melalui bantuan senjata secara sulit untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih rakyat. Setelah berusaha keras untuk memulakan percikan api perang belah Timur Tengah tetapi tidak menjadi, kini pandangan mereka mungkin beralih kepada negara Islam seperti Turki, Pakistan, Indonesia dan tidak terkecuali negara Malaysia.  Fullstop!


Nota Lutut :
Jika berlaku Perang Dunia Ketiga, bukanlah berita gumbira buat kita atau warga dunia. Sama ada menang atau kalah dalam peperangan yang musnah adalah peradaban manusia yang mendokong keamanan. Seperti pepatah Melayu 'Yang menang menjadi arang dan yang kalah menjadi abu". - Wallahhukalam!



 







No comments:

Post a Comment