Epilog!
Ciptalah Perang. Kerana perang boleh melemahkan ekonomi, ketenteraan dan perpaduan manusia sejagat. Carilah alasan supaya kita boleh menyerang. Kita kucar-kacirkan negara-negara Islam dahulu. Kita momokan dengan ayat demokrasi. Kita gulingkan pemimpin-pemimpin yang tidak satu kepala dengan kita melalui rusuhan jalanan. Kita lagakan dua fahaman iaitu Syiah dan Sunni. Pada masa yang sama kita sediakan satu pasukan tentera rahsia yang kita gelar 'Islamic State'.
1- Epilog diatas [mungkin] adalah sebahagian ucapan pertemuan pemimpin-pemimpin 'Kerajaan Agung Dunia'[1] ketika mereka bertemu pada sidang meja bulat dalam entri yang aku post bertajuk 'Langit Tidak Selalu Cerah' pada 15 April 2016. Episod entri tersebut berkisar tentang kemungkinan Perang Dunia Ketiga [3WW] akan terjadi kerana ada tangan-tangan hitam yang cuba menimbulkan percikan api perang.
Ini dapat dilihat dan didengar melalui berita tentang pembunuhan beramai-ramai belah negara Islam di Timur Tengah. Di Eropah pula, ada yang sengaja melakukan konspirasi dengan menembak jatuh pesawat Mas [MH17] dan cuba menyalahkan negara-negara yang dimusuhi mereka. Di Asia pula, kes seperti perebutan pulau terumbu di Laut Cina Selatan. Korea Utara yang bermegah-megah dengan ujian peluru berpandu. Selatan Thailand yang sering bergolak dan kes-kes penculikan dari selatan Filipina misalnya.
Suasana kecoh belah Asia Tenggara pula adalah isu tuntutan China terhadap Kepulauan Spratly yang tidak diiktiraf oleh negara-negara Asean termasuk Malaysia. Malah pada 2002, negara-negara Asean dan China sudah menandatangani Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkepentingan Laut China Selatan [DoC] bagi memastikan keamanan, kestabilan bagi mengelakkan ketegangan dan campur tangan kuasa besar seperti Amerika [AS].
Pun begitu, China tidaklah peduli sangat dengan Deklarasi DoC tersebut kerana China sudah berkira-kira untuk memulakan pembinaan kemudahan tentera di sebuah pulau yang terletak di kawasan zon eksklusif yang dituntut oleh Filipina. Dari sumber Tentera Pembebasan Rakyat China [PLA], kemudahan ketenteraan itu akan dibina di Beting Scarborough bagi memberi kelebihan kepada Beijing untuk melakukan pengawasan udara di kawasan Laut China Selatan.
Sementara itu di New York, Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu [UNSC] mengecam Korea Utara kerana mengadakan ujian peluru berpandu balistik yang dilancarkan dari kapal selam itu sebagai mencabuli resolusi PBB. Amerika [AS] dan Britain dilihat tidak mampu menghalang cita-cita Korea Utara, lalu meminta China campur tangan supaya tekanan diberikan terhadap Pyongyang [Korea Utara].
Kini Korea Utara sudah pun memberi amaran, jika Amerika terus mencampuri urusan dalaman Korea Utara, Pyongyang sedia untuk menyerang Seoul dan Amerika. Jika mahu Korea Utara menghentikan ujian nuklear, Amerika mestilah berjanji untuk menghentikan latihan ketenteraan bersama Korea Selatan.
"Jika konfrontasi ini berterusan, kesan buruk bakal menimpa bukan sahaja kepada Seoul dan Pyongyang, tetapi seluruh dunia" - [AfP/FP]
2- Kecoh! Tangan-tangan hitam yang membuat havoc di Timur Tengah, Asia dan sekali-sekala buat hanky-panky kat Eropah telah mengelapkan pandangan masyarakat dunia terhadap rancangan rejim Zionis Yahudi untuk menjajah dan merampas sedikit demi sedikit tanah-tanah dibumi Plastin. Terbaru, Israel telah mengedarkan notis kepada penduduk Palestin di Kampung Jalud, yang terletak kira-kira 30 kilometer ke selatan Nablus, tentang rancangan rejim Zionis untuk mengambil alih tanah seluas 1,250 ekar di kampung itu.
Sumber dari Majlis Perbandaran Jalud memaklumkan bahawa setakat ini rejim Zionis sudah membina penempatan haram di Adel Ad, Kodesh, Ahiya dan Kidah dikawasan berkenaan. Menurut Institut Kajian Gunaan Baitulmaqadis [ARIJ], rejim Zionis telah merampas tanah yang luas dekat Kampung Qaryout terletak 28 kilometer di tenggara Nablus sejak berpuluh-puluh tahun lalu untuk membina penempatan haram Yahudi dan dua pengkalan tentera.
Sudah sekian lama berlakunya aktiviti pembinaan penempatan haram Yahudi atas tanah penduduk Palestin. "Ada aku kisah!" kata Presiden Amerika yang terdahulu atau yang ada sekarang [Presiden Barack Obama], termasuk juga yang bakal menjadi calon Presiden Amerika iaitu Donald Trump. Malah, PBB [rubber stamp dunia] juga tidak mampu menghalang walaupun Presiden Palestin, Mahamoud Abbas mengesa PBB supaya meluluskan resolusi mengencam tindakan Israel memperluaskan aktiviti haram mereka.
Benar! Atas kertas, Majlis Keselamatan [PBB] merupakan pihak yang paling berkuasa bagi menghalang aktiviti haram rejim Zionis. Perlu di-ingat, PBB ditubuhkan adalah bertujuan untuk merabunkan mata masyarakat dunia. Siapa yang berani bersura dalam PBB untuk menentang kedegilan serta kegilaan Zionis Yahudi. Malah, Presiden Amerika sendiri pun gagal untuk menjadi ketua polis dunia kerana calon-calon yang bakal dipilih menjadi Presiden Amerika telah dikuasi oleh pelobi-pelobi jutawan Yahudi.
Tidak mustahil, sebahagian rakyat Amerika sendiri tidak mengetahui siapa di belakang Presiden, Kongres, PBB termasuk pengawal media. Setiap kali Pilihan Raya Presiden, rakyat AS turun mengundi tetapi pilihan telah dirancang untuk menentukan siapa yang bakal menjadi Presiden Amerika. Ia hanyalah sekadar wayang yang dimainkan oleh pembiaya [pemodal] kaya raya [Zionis Yahudi] bersama ahli-ahli politik. Tak ubah seperti perlawan tinju atau perlawanan bola sepak yang telah diatur terlebih dahulu.
Di AS, wayang kali ini dilakonkan oleh tiga wakil parti Republikan iaitu Donald Trump, Ted Cruz dan John Kasich. Manakala parti Demokrat diwakli Hillary Clinton. Ted Cruz dan John Kasich bergabung bagi mengekang seteru utama mereka, Donald Trump daripada dicalonkan sebagai Presiden Amerika. Pun begitu, Trump yang memperjuangkan isu popular 'dasar ketakutan' [iaitu dasar yang mahu mengekang kemasukan orang Isalam ke AS ekoran serangan pengganas] mungkin dapat meraih sokongan rakyat. - AFP/REUTERS
3- Trit! Trit! Trit! Cerek air berbunyi tanda air dah masak. Aku bangun, bancuh secawan Nescafe Blend & Brew, panaskan dua keping ruti canai [frozen] dan makan dengan susu pekat. Tak sambung dah entri 'Ciptalah Perang!'. Ya! Sepatutunya episod ini diakhiri dengan sedikit story pasal Islamfobia, kuasa veto, kepercayaan minda baru, pemujaan syaitan Illuminati, Imam Mahadi, Nabi Isa, Yakujud Makujud dan Dajal. Mungkin ada masa kita jumpa lagi. - Wallahuaklam!
Pssttt! Esuk Khamis, nak ge Fistival Kreatif 2016 di Pusat Dagangan Putra [PWTC] yang bermula pada 27 April hingga 1 Mei 2016. Hari Jumaat pulak, ada Pesta Buku Antarabangsa KL [PBAKL] bermula 29 April hingga 9 May 2016 yang diadakan di Malaysia Agro Exposition Park Serdang [MAEPS].
No comments:
Post a Comment