25 July 2013

RUTI CANAI & TUALA KECIK















Assalamualaikum!
Hari ini adalah 16 Ramadan 1434 bersamaan 25 July 2013, maknanya udah 16 hari kita berpuasa. Seperti kata ustaz, berpuasa di bulan Ramadan sangat tinggi nilainya iaitu setiap amalan yang dilakukan diberikan pahala berganda.

Ruti Canai!
Aku baru balik dari AmBank pasal bayar ansuran kereta (hire purchase) dan terus mengadap komputer. Hati tertarik pulak dengan satu video yang dimuat-naik kat laman facebook rakan aku bertajuk Ruti Canai.

Video ne milik Andy Sahlam, telah dijenguk lebihkurang 1,808 views. Filem pendek tanpa dailog, gerak kerja dan senimatograpi yang menarik bermula dari waktu pagi dengan kokok ayam jantan lepastu kat wakaf (pondok kecik) kelihatan seorang lelaki India berambut panjang tanpa baju dan tuala kecik sebagai selimut, bangun dari tido. Seterusnya lelaki tersebut capai basikal trak, kayuh melalui jalan sempit dan dot dot dot!

Tuala Kecik!
Nak kata tuala pong bukan tuala, hanya kain nipis yang udah kepam digunakan untuk mengelap peluh, ngelap badan dan tuala kecik tu jugalah dibuat untuk menutup ketulan 'dough' (tepung yang udah diuli untuk dijadikan ruti canai) supaya tak masuk angin. 


Walaupong video ini mungkin di muat-naik  sekadar hiburan ringan, tetapi punya makna yang tersirat. Memang ada segelintir pembuat ruti canai yang buat korja short-cut dan pengotor. Mungkin kita pernah dengar pembuat ruti canai menguli atau mencanai dough dengan kaki disebabkan permintaan yang banyak. Ada gak penebar ruti canai yang menggunakan tuala yang sama mengelap meja pelanggan lepas tu lap pulak meja tempat menebar roti canai. Wallahhuak'lam! 


Nota Kaki : Salepas kenkawan menonton vedio kat bawah ne diharap kurangkan makan ruti atau roti canai dan teh tarik kerana kedua-dua jenis makanan dan minuman ne tidak baik untuk kesihatan terutama buah pinggang. Aku pulak udah 16 hari tidak menjamah roti canai dan teh tarik. Salam Sayang dari Mj! 



No comments:

Post a Comment