07 July 2013

BALIK KAMPUNG, PASAR & APS




As Salam! Pagi Sabtu - bersamaan 26 Syaaban 1434, kalau ikut jadual akulah... sepatutnya aku ikut serta Mesyuarat Agung Khas APS (Angkatan Pelukis SeMalaysia) yang di adakan di Balai Senilukis Visual (BSLV) jam 0900 pagi. Malamnya pulak nak jenguk Festival Muzik KL yang diadakan kat Jalan Raja berhampiran Dataran Merdeka. Oleh kerana menjenguk Mak Mertua yang udah uzur tu adalah pekerjaan yang baik maka takboleh aku taguh-tanguhkan.

 

Di Kampung! Cuaca petang Sabtu sedikit panas. Lepas waktu Asar, aku bersama isteri bawak Mak Mertua jalan-jalan ke Pasar Malam di pekan Tanjung Malim. Biasalah kalau sebut pasar malam (nama jer pasar malam), tapi lori dan mejanya udah terpacak jam 0200 petang. Alasan standard yang selalu kita dengar dari peniaga pasar malam ialah nak elakan kesesakan jalan raya.
 

Pasar Malam! Kalau kita ge pasar malam kat Tanjung Malim sekitar jam 0500 petang, usah terkejutlah kalau sambutannya dikira meriah. Orang ramai yang datang kat pasar ne adalah penuntut dari UPSI, penduduk Bandar Proton,  Felda Sungai Behrang dan yang sedikit jauh pastinya dari Felda Gedangsa, Felda Suharto dan dari Felda Sungai Tenggi. 

Kalau Udah Biasa! Tidak perlulah kita nak bersesak-sesak atau nak round semua gerai dan stall. Terus saja tuju gerai yang kita inginkan. Jika kita jelajah dari satu gerai ke satu gerai, bukan sahaja boleh meletihkan tetapi silap haribulan, beg duit kita pong dikebas orang. Maklumlah time camne bukan kaum kita je nak berbelanja, tetapi Mat Bangla dan Mamat-mamat lain tu nak gak shopping.

Angkatan Pelukis SeMalaysia! Kita lupakan kejap pasal pasar malam. Apa kata kita sorot kembali sejarah awal penubuhan Angkatan Pelukis SeMalaysia (APS). Kalau ikut sejarahnya, APS ditubuhkan pada tahun 1958 sebagai Angkatan Pelukis Semenanjung. Pelukis Mohamed Hoessein Enes adalah orang yang bertanggung jawab mempopularkan atau ayat lain orang yang menjadikan APS terkenal, manakala Tunku Abdul Rahman Putra pada masa tu menjadi penanungnya. 

Aku pulak join APS pada pertengahan tahun 80'an yang ketika itu pusat operasinya  di Jalan Tun Razak. Hujung minggu selalunya aku lepak bersama pelukis jalanan di Jalan Melayu berhampiran Masjid India. Masa tulah aku mengenali Maamor Cakibor, Johari Alias, Salleh Dawam dan sesekali Abang Sani Mat Dom dan Sani Sudin (Kopratasa) datang melawat.

Alamak! Azan Asar udah berkumandang dan aku terpaksa hentikan menaip. Apa kata lain kali kalau ada masa dan umur panjang, kita story lagi pasal APS. - Salam dari Mj!



  

No comments:

Post a Comment