04 July 2013

KAYUH PETANG & NGETEH!


As Salam! Semalam, Mahfol ajak aku kayuh santai dan lepas tu ngeteh kat tempat biasa. Lepas Asar, lebih kurang kul 0515 aku gerak arah ke Tasek Metro Kepong, melalui kawasan perumahan Jinjang. Lepas tu beluk kiri arah rumah panjang. Ketika aku masuk ke kawasan tasek si Mahfol belum kelihatan lagi.

Jarak Kayuhan! Dari kawasan perumahan aku ke Tasek Metro hanyalah memakan masa lebih kurang 15 minit berbanding si Mahfol yang terpaksa kayuh sedikit jauh iaitu dari Sungai Tua. Seperti yang pernah Mahfol beritahu iaitu, untuk sampai ke tasek, dia kene berkayuh melalui Bandar Baru Selayang. Lalauan ne dikira selamat jika dibandingkan berkayuh melalui lorong kecemasan di MMR2 yang terlalu banyak kenderaan termasuk motosikal.

Take Five! Lebih kurang jam 0540 petang, Mahfol sampai dan take five lebih kurang 10 minit sebelum meneruskan kayuhan santai mengelilingi tasek. Sambil kayuh basikal mata fokus kedepan, takut terlangar jogger yang kenkadang berlari ikut trek basikal.  


Al-Fatihah! Kayuh dan terus kayuh sambil fikiran melayang teringatkan kata-kata Mahfol ketika take five tadi, iaitu si Kelly Bhg. Harta (nama betul tak ingat)  dan Dato' Yamin Dol Hadi Ex Uda udah meninggal. Sesungguhnya kita ini kepunyaan Allah dan  kita juga akan kembali ke sisiNya. 


Jom Ngeteh! Selepas puas berkayuh keliling tasek, kami berdua gerak pula arah Kampung Melayu Kepong untuk berehat sambil pekene teh. Lokasi ne memang terbaeklah Bro! Atas bukit dan boleh nampak dengan jelas simpang empat trafic light antara laluan ke Frim dan ke Maiden Selayang.

Chit-Chat! Sambil pekene teh panas dan roti sardine, kami rancak berbual mengenai Qari dan qariah Tilawah Al-Quran Antarabangsa Ke-55 yang diberi kesempatan mengunjungi beberapa lokasi seperti Pusat Pemerintahan Kerajaan di Putrajaya dan Homestay Banghuris di Sepang. Mereka berpendapat, Malaysia adalah sebuah negara yang cantik, rakyatnya ramah dan berbudi pekerti tinggi. Mereka selesa berada di Malaysia kerana terpegun melihat keadaan yang aman damai walaupong berbilang kaum. Begitulah pandangan mereka yang pertama kali sampai kat Kuala Lumpur, Malaysia. 


Terkenal! Negara Malaysia bukan hanya terkenal dengan penganjuran Tilawah Al-Quran tetapi satu-satunya negara Islam (aku agak aja!) yang mempunyai sistem Tabung Haji, Islamic Bank dan Unversiti Islam Antarabangsa. Pada masa yang sama udah terkenal gak dengan 60 ajaran sesat dan penganjuran rasa tidak puas hati - sebagai contoh, seperti Bersih dan Blackout 505.
 

Malaysia Boleh! Kerajaan Malaysia memang nak tonjolkan identiti Islamiknya kepada dunia, tetapi pada masa yang sama ada sebahagian umatnya pulak nak bagitau dunia iaitu Malaysia Boleh! terutama dalam sukan entah apa-apa tah! Cuba kita lihat (sebagai contoh) orang Melayu Islam hari ini ada yang berani melakunkan watak ranjang dalam drama dan filem Melayu. Ada penjaga yang membenarkan anak pompuan mereka menyertai sukan  Sex-C seperti gimnastik dan renang. 

Sukan Sex-C! Tu belum lagi acara sukan tak masuk akal misalnya pompuan main takraw dan bola sepak. Kalau nak main gak pakailah pakaian yang menutup aurat macam sukan hoki atau bola jaring. Apalah masalahnya, kalau sukan Sex-C tu dimonopoli atlet bukan Islam. Atlet beragama Islam, tak kiralah dari kaum Melayu, Cina, India, Bajau, Kadazan atau Iban boleh memilih sukan lain yang wajib (bukan mesti) menutup aurat. 

Dewan Rakyat! Diorang bersidang dan Ahli Parlimen silih berganti, tapi tak pernah pong nak sentuh isu atlet yang beragama Islam menyertai sukan Sex-C. Begitu gak Tuan Guru atau Ustaz yang selalu beceramah kat talibesen, tak berani nak sound Beb!
 

Matahari Hampir Tenggelam! Jam kat handphone udah menunjukan kul 0705 malam. Kami berdua  tamatkan perbualan dan mula gerak berkayuh tinggalkan Kampung Melayu Kepong, menuju distinasi masing-masing. Salam dari Mj!
 






No comments:

Post a Comment