12 July 2013

MELAYU ITU BUKAN PENDATANG!




Assalamualaikum!

Kedatangan orang Melayu ke Tanah Semenanjung dan lain-lain kepulauan Melayu di Asia Tenggara ialah kira-kira tiga ribu tahun (lebih kurang) yang lalu. Orang Melayu telah datang ke Asia Tenggara dari tempat asal mereka iaitu di Dataran Tinggi Yunnan. Mereka melalui sungai menuju ke tempat-tempat yang dikenali sebagai Burma, Thai, Kemboja  dan Vietnam. 


Melayu Proto! Orang-orang Melayu terawal mula menduduki kuala-kuala sungai, masuk kependalaman serta pulau-pulau disekitar Tanah Semenanjung. Ketika mereka tiba, didapati telah ada orang yang lebih awal menduduki kawasan tersebut yang dikenali sebagai 'Melayu Proto'. Keturunan orang-orang Melayu Proto yang terdapat sekarang ialah orang Jakun di Johor, Orang Iban, Dayak Darat, Kenyah dan Kayan di Sarawak. Orang Kadazan, Murut dan Bajau di Sabah. 

Rumpun Melayu! Orang Melayu terus datang dan menduduki Tanah Semenanjung terdiri orang Minangkabau dan Aceh dari Sumatera. Orang Jawa, Sunda, Madura dari Tanah Jawa. Orang Makasar, Bugis, dari Selawesi serta Orang Banjar dari kepulauan Borneo. Rumpun Melayu ini juga mempunyai pertalian dengan orang Khmer di Kemboja dan orang Visayan serta Tagalog dari pulau-pulau sekitar Filipina.

Raja dan Orang Melayu! Raja ialah perkataan Sanskrit bererti Sultan. Sebelum dunia Melayu menerima Islam sebagai agama, orang Melayu anggap Raja adalah sebagai dewa yang mempunyai kuasa mutlak. Raja juga menentukan undang-undang, menjadi ketua tentera dan juga menjadi hakim. Segala tanah dan harta benda negara adalah kepunyaan Raja. Adalah menjadi kesalahan yang besar jika seorang rakyat menderhaka kepada Raja.

Raja! Ketika orang Melayu Melaka memeluk Islam pada abad ketiga belas, pemerintah pertama masa itu ialah Parameswara seorang Jawa yang berugama Hindu. Selepas tigapuloh tahun kemudian, cucu Parameswara iaitu Sultan Muzaffar Syah telah isytiharkan Islam sebagai agama resmi negeri Melaka.


Sultan! Apabila orang-orang Melayu memeluk Islam, maka agama Hindu telah lenyap, Raja pula digelar Sultan (bahasa Arab) yang bermaksud pemerintah. Dalam sistem beraja, orang yang kedua penting ialah Bedahara. Lepas tu Temenggung, Penghulu Bendahari dan Menteri. Kemudian dibawahnya ada lapan pegawai yang dikenali sebagai orang kaya lapan termasuk Laksamana.

Dipendekan Cerita! Pada 1hb Febuari 1948, telah ditubuhkan Persekutuan yang mengandungi sembilan buah Negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat. Syarat kerakyatan dibawah kerajaan baru telah diperketatkan. Pada 31 Ogas 1957 Persekutuan Tanah Melayu lahir sebagai sabuah negara yang Merdeka. Lepas tu nama Persekutuan Tanah Melayu hilang dan diganti dengan nama Malaysia satelah kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura.

Orang Cina! Asalnya Kaum Cina datang ke Tanah Semananjung ialah untuk berdagang dan berniaga. Kebanyakan orang China tinggal dibandar-bandar kerana memudahkan mereka berurusniaga seperti membeli dan menjual barang-barang. Mereka terdiri dari kumpulan Hokkien, Hakka, Fukien, Teochew yang berasal dari negara China. 

Orang India! Mereka berasal dari Benua Kecil India iaitu sekarang termasuk dari Pakistan, Afganistan dan Bangladesh. Mereka datang ke Tanah Semenanjung pada abad keduapuloh kerana menjadi buruh ladang gula, kopi, getah dan lain-lain yang ketika itu dimiliki oleh pengurus-pengurus ladang dari British.

Hari ini! 3 Ramadan 1434H, orang Cina yang  berdagang di bumi Melayu telah lama diterima sebagai warga negara Malaysia. Mereka bebas berdagang dan berniga hingga menjadi kayaraya. Mereka dilayan seperti 'anak emas' oleh kerajaan dan hampir semua permintaan mereka terpaksa dipenuhi. 

Pelbagai Tuntutan! Mereka menuntut sekolah Cina, kolej Cina dan akhirnya Universiti Cina. Mereka mahu mendirikan kasino, kedai nombor ekor, kilang arak, ladang ternak babi dan entah apa lagi, semuanya kerajaan layan. Tak cukup lagi tu, mereka nak Tanah Melayu ne milik mereka sepertimana orang Cina Singapura dapat menguasai Singapura.

Cina Malaysia! Kaum Cina Malaysia masih lagi tak puas hati kalau tak dapat menjadi tuan diTanah Melayu.  Mereka saja-saja cuba mempersoalkan secara terbuka Dasar Ekonomi Baru (DEB) oleh bekas Timbalan Presiden MCA, Datuk Lee Kim Sai pada tahun 1986. Mereka (MIC) mencabar kedudukan orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini. MIC mengisytiharkan bahawa semua kaum diMalaysia iaitu orang Melayu, India dan Cina adalah terdiri daripada orang pendatang. Oleh itu orang Melayu tidak boleh dianggap sebagai tuan dinegara ini.
 

Malunya Bro! Orang Cina sabenarnya terasa sangat malu kerana  bertuankan orang Melayu, sedangkan mereka (orang Cina) sangat kaya malah ramai yang berstatus jutawan. Wang bagi mereka bukan masalah besar jika dibandingkan dengan orang Melayu yang masih lagi serba kekurangan dan terpaksa mengharapkan bantuan dari kerajaan.

Orang Melayu Miskin! Buktinya orang Melayu masih miskin dan menjadi rakyat kelas dua apabila kita lihat rumah kedai yang dimiliki kaum Cina. Dari Perlis sampai ke Sabah, semua rumah kedai diorang punya. Kereta mewah yang besar-besar menjalar dijalan raya  adalah milik orang Cina. Mereka juga memiliki pekan, bandar, bangunan pencakar langit dan pulau-pulau yang boleh dipajak atau dibeli terus dari orang Melayu.

Banyak Songehnya! Sebab orang Cina ramai yang kaya, tidak hairanlah kalau Profesor Madya dari Jabatan Sejarah NUS, (Timothy P. Barnard) mendapat bayaran lumayan (aku agak aja!) untuk menerbitkan buku 'Contesting Malayness: Mlay Identiti Across Boundaries' oleh Natinol Universiti of Singapore (NUS). Dia mendakwa kononnya orang Melayu tiada asas untuk menjadi kaum yang nyata kerana ia adalah campuran dari selatan China dan India.


Buku itu mencadangkan kaum Cina dan India di Malaysia diberikan taraf bumiputra kerana kononnya orang Melayu sebenarnya berasal daripada salasilah kedua-dua kaum itu. 

Seperti yang ditulis oleh Nizam Yatim dalam rencana di UM, Khamis 11 Julai 2013 iaitu fakta-fakta yang meragukan dalam buku tersebut turut dimuatkan dalam blog dan facebook, yang kemudiannya digunakan oleh beberapa pihak bagi memperlekehkan orang Melayu termasuk mengelar mereka sebagai pendatang.


Nota Kaki : Mukkadimah dan info sejarah diatas aku ambil dari buku Sejarah Menengah Baru tulisan Muzaffar DJ Tate dan Ibrahim Ahmad Bajunid. Satu kajian ilmiah baru mengenai temadun Melayu oleh penyelidik sejarah Zaharah Sulaiman dan Allahyarham Profesor Emeritus Datuk Dr Nik Anuar Nik Mahmud dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan diterbitkan dalam bentuk jilid-jilid buku oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk tatapan umum. - Salam Ramadan dan panjang umur jumpa lagi!




No comments:

Post a Comment