02 July 2013

JUSUF KALLA BICARA!




As Salam! Untuk mengisi entri kedua bagi bulan Julai 2013 bersamaan 22 Syaaban 1434, aku lebih tertarik kepada petikan portal berita Merdeka Online di http://merdeka-online.com /home/wawancara penuh jusuf-kalla.

Laporan Berita! Ada gak laporan berita yang ditulis oleh Sofian Baharom bertajuk Imaginasi Anwar Melampau yang disiarkan kat akbar Utusan Malaysia pada Jumaat 28 June 2013. Laporan tersebut ada menyebut iaitu bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang mempunyai imaginasi sangat melampau kerana masih ingin menjadi Perdana Menteri meskipun parti pimpinannya kalah dalam pilihan raya (PRU-13) umum lalu.
 

Blackout 505! Ujar Jusuf Kalla lagi, perhimpunan Blacout 505 yang digerakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dibiayi beberapa pihak, khususnya dari Turki, Washington, Filipina serta kemungkinan Thailand dan China.

Sia-Sia! Menurut Jusuf, beliau terfikir bahawa tindakan Anwar mengadakan perhimpunan haram itu hanya sia-sia, melainkan menguntungkan  sebelah pihak iatu musuh-musuh Islam.

Joseph Estrada! Berhubung pencerobohan penganas Kiram di Lahad Datu-Sabah, beliau berkata, terdapat campur tangan daripada pihak-pihak tertentu di Filipina, kawan-kawan Anwar seperti Joseph Estrada dan sebuah syarikat besar di negara itu telah memberikan sokongan kewangan dalam pencerobohan tersebut. 

Perjanjian! Kenyataan bekas Naib Presiden Indonesia itu lagi, Anwar telah menemuinya sebanyak tiga kali di Jakarta untuk berbincang serta membuat perjanjian dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelang Pilihan Raya Umum ke-13(PRU-13), Mei lepas. Antara isi kandungan perjanjian yang diingini oleh Anwar ialah kedua-dua pihak harus menerima ketetapan pihak yang kalah perlu menerima keputusan PRU-13 itu.
 


Itulah sebahagian  petikan berita wawancara Jusuf Kalla di Merdeka Online, Ahad lepas. Kira bicara Jusuf Kalla tu ada gak kebenarannya, si Anwar sangat-sangat yakin (nak sedapkan ayat) yang beliau akan menang pada pilihan raya umum dan menjadi Perdana Menteri selepas Datuk Seri Najib Tun Razak.

 

Tiba-Tiba! Tok! Tok! Tok! Bunyi pintu rumah aku diketuk disusuli dengan Assalamualaikum! Aku bingkas bangun dari kerusi merah yang aku selalu gunakan untuk menaip dan membaca buku. Aku bukak pintu sambil menyambut salam, dan tercegat tiga orang lelaki yang aku kenali sambil menghulur tangan tanda persaudaraan. 


Sumbangan Ikhlas! Mereka adalah dari Ahli Jawatankuasa Surau An-Nur Falah  yang sedang bergerak dari rumah ke rumah (apartment) bagi mengutip sumbangan ikhlas bagi menampung perbelanjaan surau sepanjang bulan Ramadhan 1434H. Ya Allah! Semuga kerja amal mereka (Ajk Surau) dikurniakan kebaikan di dunia dan juga kebaikan di akhirat.  Salam dari Mj!




No comments:

Post a Comment