Assalamualaikum! Satelah hari berganti minggu, bulan beralih bulan, Jumaat ke Jumaat akhirnya aku akan dipertemukan lagi pada bulan Ramadan 1434H. Semuga aku dan kenkawan diluar sana diberi kesihatan untuk melaksanakan ibadah puasa kerana Allah SWT.
Aku! Tak ingat dah, bila hari pertama aku puasa. Yang aku tau, setiap kali kehadiran Ramadan aku akan cuba menfaatkan peluang beribadah dengan solat sunat tarawih, menjauhkan penyakit hati daripada kekotoran zahir dan batin seperti sifat sombong, takbur, riak dan hasad dengki.
Dolu! Masa aku bebudak (budak kecik) lagi, berpuasa ne aku anggap hanya sekadar menahan diri daripada makan dan minum. Ada gak kenkawan sebaya bagitau iaitu masa puasa takleh korek telinga, korek hidung atau menanggis. Bila berbuka, makan selagi ada dan selagi boleh, pastu perut udah kenyang, tarawih dan witir pong entah kemana.
Seingat Akulah! Bila masuk minggu terakhir Ramadan, kenkawan sebaya aku mulalah menjauhkan diri dari surau dan masjid (termasuk aku). Mereka lebih suka bermain bunga api dan mercun, pulak tu kat rumah sibuk emak diorang buat persedian nak sambut hari raya. Ada yang jahit baju rayalah, buat kueh dan pasang langsir baru.
Itu Dolu Bro! Apabila aku sudah dewasa, barulah dapat sedikit ilmu iaitu puasa bukan sekadar menahan diri dari makan dan minum. Kata Ustaz, umat Islam yang terpilih bertemu Ramadan hendaklah mengambil kesempatan dengan melakukan ibadah puasa yang terbaik bagi meraih bonus yang berlipat ganda. Ustaz kata lagi, setiap individu Muslim perlu merasakan Ramadan kali ini adalah yang terakhir dalam hidup kita sehingga membangkitkan motivasi untuk beramal dengan ikhlas kerana Allah SWT.
Walaupong aku sudah dewasa ketika itu, tapi disebabkan lambat pick-up, aku masih tak faham maksud kata-kata Ustaz pasal "Anggaplah Ramadan kali ini adalah yang terakhir". Kalau di fikirkan balik, betullah kata Ustaz tu, jika kita merasakan Ramadan ini yang terakhir buat kita pasti kita akan beramal dengan ikhlas. Maksud aku, kita beramal bukan kerana kat masjid tu ada disediakan (berbuka) nasi bryani kambing atau ada tazkirah berunsur politik. Kita beramal ikhlas kerana Allah SWT.
Manalah Tau! Memang kita tidak tahu pong, esuk lusa masih ada lagi mentari pagi buat kita? Meminjam kata-kata dari penulis Bey Arifin dari buku kajian agama, Hidup Sesudah Mati, muka surat 33 iaitu "Mati dan hidup adalah dua peristiwa atau dua keadaan. Ada orang yang ingin mati dan ada pula yang takut mati. Orang yang ingin mati tentu takut hidup, dan orang yang takut mati tentu ingin hidup. Ingin mati atau takut hidup adalah tanda-tanda putusasa, sedang putusasa adalah tanda-tanda kekufuran. Jadi orang-orang yang ingin mati dan takut hidup itu adalah orang-orang kafir". - Bey Arifin
Esuk Ramadan Bermula! Mental kita kene cukup sihat untuk melawan nafsu. Biasalah Bro! Masa nelah nafsu nak merokok dan nafsu makan berkobar-kobar. Pantangnya, sehari tak puasa akan beterusan tak puasa hinggalah 1 Syawal. Sambung sikit lagi! Rugi gak kalau puasa tapi tak buat solat lima waktu atau tak menutup aurat baik lelaki atau pompuan Muslim atau ayat lain kira berhenti daripada buat kojer mugkar, habis cerita! - Selamat Berpuasa dan Salam Sayang dari Mj!
|
No comments:
Post a Comment