14 February 2016

Ke Kem WARDIEBURN


"Alhamdulillah!

Hari ini dapatlah aku menaip dan bercerita sedikit tentang majlis kenduri kahwin anak member pada Sabtu [13/2/16] yang diadakan kat Dewan Wardieburn, Setapak  dan lepastu singgah kat hotel kucing Pawfect Inn[1] bersama isteri dan rakan lama yang lokasinya terletak di No 43-G, Jalan Wangsa Delima 2A, Seksyen 5, Wangsa Maju, Kuala Lumpur".



1- Semalam.
Lebih kurang kul 1130 pagi, aku dan isteri gerak awal arah ke Jalan Raja Laut kerana isteri aku hendak mengambil beg yang tertinggal di pejabat. Eh! Bukan tertinggal kata isteriku. Sengaja ditinggalkan kat pejabat kerana beg yang berisi pakaian tu berat sangat. Lepas mengambil beg, kami gerak ke Kem Wardieburn[2] [war-die-burn] melalui Jalan Ipoh beluk ke Jalan Pekeliling, masuk ke Jalan Pahang dan terus ke Setapak.

Sewaktu menghampiri pekan Setapak, aku membuka peti sms yang dikirim pada penghujung Januari, dimana ada pesanan ringkas dari bapa pengantin pompuan [En Alam Nayan] menjemput kami sekeluarga datang ke majlis kahwin anak pompuan beliau. Bagi aku, mencari lokasi majlis tersebut diadakan, memang mudah kerana kebanyakan orang Kulompo mengetahui tentang Kem Wardieburn itu kerana bersetentang dengan Kompleks JPJ Wangsa Maju.

Kereta kami berhenti dipintu masuk ke Kem Wardieburn. Saya beritahu pada pegawai yang bertugas, iaitu kami hendak ke majlis perkahwinan. Petugas tersebut memberi sekeping kad pelawat [DDOH] dan mengarahkan kami jalan terus dan kami pun ikut kereta hitam dihadapan kerana mereka juga mahu ke majlis perkahwinan. Akhirnya kami sampai di Dewan Dato' Othman Harun lalu mempakir kereta disebelah kanan dewan, yang ketika ini ruang pakirnya masih banyak kosong. Baru kul 1205 tgh Bai!

Ketika menghampiri pintu masuk dewan, beberapa orang lelaki dan pompuan sedang menunggu ketibaan tetamu dengan berpakaian serba hijau, ikut warna tema gitu! Masatu tidak pulak kelihatan kelibat bapa pengantin atau sanak saudaranya. Mungkin keluarga belah pengantin pompuan belum tiba lagi kot, bisik hatiku. Apapun, tanpa perasaan ragu-ragu dan buruk sangka, lalu aku memberi salam dan berjabat tangan dengan seorang lelaki yang mungkin bapa kepada pengantin lelaki. Begitu juga dengan isteri aku, bersalaman dan melangkah masuk ke dalam dewan dan menuju meja buffet[3] sebelah kiri.

Beratur di meja buffet. Aku dan isteri menyenduk nasi minyak berlaukkan daging kuah hitam, acar manis dan buah limau serta secawan air sirap, memilih sebuah meja berhampiran dengan tetamu yang kebanyakannya orang pompuan. Kami menjamu selera. Nasi minyaknya sedap dan daging hitamnya juga sangat lembut. Dalam hati, aku memuji tuan rumah kerana pandai memilih Catering[4]. Masa yang sama Dj memberitahu pada tetamu iaitu majlis hari ini diadakan dengan kerjasama kedua belah pihak keluarga pengantin dan mengumumkan sekali nama-nama ketua keluarga. Yang peliknya, tiada nama ketua keluarga belah pengantin pompuan diumumkan.

Aku mula rasa tak sedap hati. Aku tinggalkan isteri dimeja makan lalu buat call kepada adek aku si Majid. Majid kata ontheway. Tidak lama kemudian Majid masuk dewan lalu mengambil sepinggan nasi minyak. Sambil makan, kami bercerita tentang bapa pengantin pompuan dan sanak saudaranya yang masih tidak kelihatan batang hidung[5]. Aku sekali lagi keluar dewan. Kali ini buat call kepada  bapa  pengantin pompuan [En Alam Nayan] untuk kepastian.

Tergelak besar aku apabila En Alam bagitahu bahawa beliau, isteri serta kaum-kerabat ada berdiri dipintu masuk dewan tetapi  bukan di Dewan Dato' Othman Harun. En Alam beritahu, majlis berlangsung di Dewan Wardieburn dan dewan itu tidak jauh dari pintu pengawal dan berhampiran dengan Masjid Kem Wardieburn. Aku masuk dewan. Bagitahu kepada isteri dan adek aku Majid hal yang sebenar. Wah! Masalah ne, kita kena declare[6] kat tuan rumah, kalu tidak lunch kita harine haram, bisik si Majid. Jom! jom! Kita keluar jumpa tuan rumah!

"Assalamualaikum! Kami nak balik dah!"
Aku beritahu tuan rumah sambil bersalam cengkuk[7].

"Eh! Cepatnya nak balik"

"Ne! Saya mintak halal makan minum tengahari ne pasal kami bertiga tersalah majlis kenduri"

"Arg! Takapa. Biasalah tu! Saya pun dulu begitu, tersalah jugak!"
Sambil menghulurkan door give iaitu sabotol jam strawberry homemade jenama Opah.


"Encik ne nama...dan tinggal kat mana?"


"Nama saya Alias. Saya tinggal kat Keramat".

"Ohhh! Majlis yang saya nak datang ne pun asalnya orang Keramat. Namanya Alam bin Nayan. Apapun, sekali lagi kami minta halal dan terima kasih"


"Ya! ya! Saya halalkan"

Salam sekali lagi. Si Majid dan isteri aku juga buat ayat yang sama. Minta halal makan-minum sambil melangkah keluar dengan muka selambe[8]. Kami bertiga gerak meninggalkan Dewan Dato' Othman Harun dengan sedikit rasa kesal kerana tidak berhati-hati atau lebih tepat lagi eluk bertanya terlebih dahulu sebelum memasukki dewan. Inilah pengajaran yang kami dapat hari ini!




2- Dewan Wardieburn.
Kami bertiga bersalaman dengan tuan rumah sambil senyum tersipu-sipu [barangkali] apabila menceritakan sekali lagi kisah tersalah majlis kepada keluarga bapa pengantin pompuan. Mereka ketawa mendengarnya. Kami bertiga mengambil tempat dilaluan tengah dewan. Isteri aku beratur untuk mengambil kambing panggang. Majid pula mengambil sepinggan nasi minyak. Aku sudah kenyang. Kali ini hanya mengambil semangkuk bubur kacang hijau dan secawan teh tarik.

Selesai makan-minum, aku berjabat tangan dengan si Alam dan kami bertiga menerima door give iaitu kotak comel berwarna coklat yang tercetak nama pasangan pengantin : Niena & Alif 13.02.2016. Usai majlis di Kem Wardieburn, cadangnya kami bertiga hendak singgah di hotel kucing. Kebetulan, sebelum keluar dari pakir, aku bertemu si Mazlan, isteri dan anak lelakinya. Aku ajak sekali singgah di hotel kucing!


3- Hotel Kucing.

  1. Di pintu masuk belah kiri ada kaunter penyambut tetamu dan Shasha ada disitu. Aku meminta sebotol air oren dan rakan lama aku si Mazlan meminta segelas air mineral. Anak bongsu siMazlan dan ibunya serta isteri aku terus masuk ke bilik dimana terdapat ruang untuk bermain dengan kucing.

Tempat yang kami singgah ini dikenali sebagai Pawfect Inn-Cat Hotel & Cafe. Selain memberi perkhidmatan grooming, hotel ini juga menyediakan food & baverage untuk tetamu yang ingin menghantar kucing atau tetamu yang saja-saja nak lepak sambil minum petang. Di buka pada setiap hari [kecuali hari Selasa] dari jam 0900 pagi hingga 0600 petang. Untuk pencerahan, sila hubungi Cik Shafinas Majid [012-671 8689] atau taip pawfectinn@gmail.com


No comments:

Post a Comment