17 February 2017

KAYUH ke WAK NASAR TRAIL


Ahad 190217.
Hari ini memang hari Ahad.
Ahad malam Senin - waktu melangkah ke pukul satu pagi, tetapi mata aku masih terbeliak, barangkali penangan secawan kopi 'Alicafe' agaknya!

 

1- Petang Khamis lepas, aku dan Zaman berkayuh melalui trek Wak Nasar Trail. Sengaja aku beri nama Wak Nasar Trail kerana nanti di situlah penamat kayuhan kami. Bermula dari pondok di Tanah Kebun, kami berkayuh melalui  offroad yang permukaan jalan adalah campuran tanah merah dan batu kerikil, sejauh suku kilometer lebihkurang gitu!



Selepas laluan offroad, kayuhan lebih santai kerana sebahagian jalan menuju gerai Wak Nasar telah diturap dengan tar. Mudah! Itu hanyalah jangkaan aku. Sebenarnya kami terpaksa berkayuh melalui beberapa anak bukit. Oleh kerana udah lama juga aku tidak berkayuh dan bukit adalah kelemahan aku, maka aku terpaksa tolak sahaja basikal ketika pendakian. Jika aku memaksa atau memerah kudrat untuk terus berkayuh, kemungkinan jantung aku berdegup laju atau tiba-tiba degupnya terhenti. Fuhhh! Masalahtu.



Tercungap-cungap dan peluh jantan mengalir. Kami terus kayuh, masuk kebun getah, melalui single trek yang sedikit lecak. Meredah lopak-lopak air dan kekadang hampir tersadung kerana terlangar akar-akar pokok getah. Sekawan nyamuk mengejar kami dari belakang, berlumba-lumba untuk mencuck jarum ke permukaan kulit kami, tetapi nyamuk-nyamuk tersebut gagal berbuat demikian!

Kami tiba dihadapan gerai Wak Nasar. Pintu gerai tertutup rapat. Khabarnya Wak Nasar sekeluarga sedang bercuti, balik kampung gitu. Niat hati tadi nak pekena teh o iced limau terpaksa dipendam sahaja. Sambil kami berehat, kami meneguk air mineral yang kami bawa



2. Bercerita mengenai hobi berbasikal ini, aku tumpang sedih dan merakam takziah kepada semua keluarga mangsa dalam kejadian malang yang menimpa sekumpulan penunggang basikal [remaja] dirempuh sebuah kereta di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru, awal pagi semalam. Tragedi tersebut telah meragut lapan nyawa, dua kritikal dan enam cedera [masih dirawat] di Jabatan Kecemasan Hospital Sultanah Aminah [HSA].


"Biar dia yang menangis, jangan kita menangis. Saya pun ada anak dan dah pergi tak kembali, kalau saya sedih, awak sebagai ibu dan bapa kepada mangsa mesti lebih sedih. Ingat pesanan saya," kata Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar ketika meluangkan masa kira-kira 10 minit bersama keluarga mangsa di Hospital Sultanah Aminah.


Nota Lutut:

No comments:

Post a Comment