05 August 2011

BUBUR KACANG + DURIAN


Salam kepada semua blogger yang setia dengan Kakiconteng! Aku ambik kesempatan mengucapkan selamat berpuasa dan selamat berbuka kepada kaki blogger yang beragama Islam. Post bagi bulan Ogas sedikit perlahan, pasal tiada aktiviti melukis dan berkayuh.

Kalau bercerita pasal bulan puasa ne, tak sah kalu kita tidak sebut pasal juadah berbuka. Nak berbuka dengan apa ye? Kat tempat aku memang ramai yang buka gerai kilat- meniaga kueh. Belum lagi gerai tetap yang di kenali dengan Bazar Ramadan Jalan Kucing. Masuk puasa hari ke 3, aku belum lagi teringin nak membeli juadah kat Bazar Ramadan.

Petang ne aku teringin nak berbuka dengan bubur kacang durian! Aku beli banyak sikit durian pasal nak bagi jiran terdekat. Faham ajalah! Bau durian ne kuat, kalau tak bagi jiran tak patut jugak. Cakap pasal masak bubur kacang hijau ne, kekadang kacangnye sedikit keras dan kurang rasa lemaknya. Petua untuk mendaptkan bubur kacang lembut, lemak dan wangi ialah dengan terlebih dahulu memanaskan kacang hijau ke dalam kuali tanpa minyak dengan api perlahan. Lepas tu masukan daun pandan dan kacau hingga kekuning-kuningan dan berbau wangi. Sejukan dan rebus seperti biasa sehingga kembang.

Selamat berbuka!

No comments:

Post a Comment