21 June 2017

BALIK KAMPUNG!




  • Kepada mereka yang ada kampung, baliklah kampung. Beraya dengan ibu bapa, sanak saudara, ipar duai dan rakan-rakan lama. Menjelang 1 Shawal, lebuh raya tentulah sesak giler. Janganlah mengeluh. Itukan perkara biasa bila tiba musim perayaan. Kepada mereka-mereka yang memandu lori, bas, kereta serta yang menunggang motosikal atau basikal, berhati-hatilah. Pastikan ada baki lebih kad Touch N'Go anda kerana kebiasaanya, kauter 'tambah nilai' di lebuh raya, tutup! Beruntunglah mereka yang tunggang motosikal atau basikal kerana tidak perlu membayar tol. Di kesempatan ini, Mj ucapkan kepada semua pembaca blog Kakiconteng "Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin". - [Mj]

                Balik Kampung!
  • Setiap kali menjelang hari raya pasti sedikit sebanyak kita akan teringat lirik lagu Balik Kampung[1] dendangan Allahyarham Sudirman Hj Arshad. Tidak kira kaya atau miskin, umat Islam akan meraikan hari tersebut dengan penuh gaya dan gumbira kerana telah berjaya menunaikan ibadah puasa dalam bulan Ramadan.

  • Rasa gumbira itu dapat di lihat pada riak wajah mereka yang ceria, berpakaian baju baru warna-warni sambil mengucapkan salam  raya melalui pesanan ringkas atau di media sosial lain seperti Ig, WhatsApp atau facebook misalnya. Di kampung pula, persiapan yang sinonim dengan istilah hari raya itu ialah kerja-kerja mengecat rumah, mengantung langsir baru serta menyedikan juadah wajib seperti ketupat, lemang dan rendang.

    Jarak perjalanan balik kampung pula tentulah tidak sama. Ada yang dekat sangat hanya menapak beberapa langkah untuk balik ke rumah keluarga  di-Setapak, Kolompo. Yang jauh pulak terpaksa naik kereta, keretapi atau kapal terbang. Meminjam lirik lagu dari Sudirman iaitu perjalanan yang jauh tidak terasa kerana hati melonjak sama, ingin berjumpa sanak saudara yang sering bermain di mata gitu!

    Yang memandu kereta pulang ke kampung, pastikan kenderaan dalam keadaan baik termasuk mood pemandu, isteri dan anak-anak. Janganlah ada diantara mereka bermasam muka kerana tidak bersetuju balik kampung hanya disebabakan perkara remeh-temeh. Pandulah kereta dengan berhemah agar tidak terlibat dalam nahas jalan raya.

    Ketika musim perayaan seperti ini, kita kena lebih peka dan berhati-hati kerana ada juga kumpulan lori tunda[towing][2] yang jahat dengan mensasarkan kereta-kereta yang di pakir sekitar R&R. Seperti yang diceritakan oleh seorang pengguna lebuhraya yang menjadi mangsa, di-laman sosial baru-baru ini.

    Kisahnya bermula ketika mangsa sekelurga hendak balik ke Taiping pada 20/06/2017. Lebih kurang kul 1100 malam, mangsa singgah di R&R Sungai Buluh untuk menikmati makan malam. Usai makan dan gerak lebihkurang satu kilometer, suhu kereta naik mendadak. Mangsa berhenti di tepi jalan. Tidak sampai lima minit berhenti, ada seorang lelaki India menghampiri terus ketuk tingkap sambil bertanya "Kereta rosak ka?"


    Mangsa dikatakan malas hendak melayan lelaki India tersebut kerana pada firasat mangsa lelaki India itu mungkin salah seorang geng tunda kereta. Lalu mangsa memberi alasan berhenti kerana sedang menunggu rakan. Sebaik lelaki India itu beredar, mangsa terus menghubungi lori tunda plus[3].


    Kereta mangsa di-bawa oleh lori tunda plus ke bengkel berhampiran. Setelah kereta di  periksa, formen memberitahu mangsa bahawa penutup tangki air radiotor bahagian bawah
    kereta telah dibuka atau dibuang orang ketika mangsa berhenti rehat di R&R Sungai Buluh tadi. Andainya mangsa termakan dengan pujukan lelaki India tadi yang kononya hendak menolong, sudah tentu terpaksa membayar ratusan ringgit kepada geng lori  tunda jahat. Itu belum lagi bayaran upah formen yang telah bersubahat dengan geng lori tunda. - Wallahuaklam!


No comments:

Post a Comment