16 September 2010

1st kLiK!



   Selamat Hari Raya.
  • Aku upload pic perjalanan bermula dengan ziarah pusara diatas bukit, kemudian pergi bertandang ke-rumah adek beradik yang jarang-jarang disinggahi. Kami berkonvoi. Sepanjang menyelusuri perjalanan, hati berbunga  bilamana melihat hamparan warna hijau sawah padi di-kiri kanan jalan. Burung-burung terbang bebas,  parit-parit dan tali air mengalir tenang bersama mekar kiambang.

    Itek-itek nila berenang-renang, mengejar anak ikan. Anak kecil bermain dibuaian dan sebuah kerusi rotan yang telah uzur di mamah usia. Merahnya bunga kertas kembang berseri-seri dihalaman rumah dan disatu sudut ada tempayan besar menjadi hiasan!


  • Rindu!
    Memang rindu sangat. Rindu pada
    zaman aku semasa masih kecil. Bermain perahu batang pisang di-parit, main guli dengan rakan sebaya, mandi air paya, makan buah selaput, cari spider dicelah-celah daun dan kekadang digigit kerengge. Aku nangis! 

    Teringin rasanya mahu kembali ke zaman lampau ketika tinggal di Asam Jawa. Berpindah sekolah di-Bukit Belimbing. Berjalan kaki ke sekolah. Riang tanpa rasa susah. Guru-guru yang tegas. Disitulah aku mula belajar melukis, menulis dan membaca.

    Yang paling aku minat ialah melukis dan menulis dalam buku perkhabaran. Buku itu, setiap muka surat dibahagi kepada dua. Di- bahagian atas boleh dilukis dan dibahagian  bawah ada garis-garis yang boleh ditulis. Disekolah itu ada guru dan guru besar yang mulia hatinya bernama Cikgu Agus dan Cikgu Mat Zain.


  • Perjalanan!
    Dari Kuala Lumpur melalui Damansara Damai terus ke Sungai Buloh. Belok ke Puncak Alam. Jalan bertambah sempit. Dari situ perjalanan diteruskan ke Meru, singgah ziarah pusara ibu dan makan minum di rumah kakak nombor dua. Usai makan dan gelak ketawa perjalanan di teruskan menuju Kuala Selangor, Tg. Karang dan berhenti makan tengahari di rumah adek Ali kat Sekincan.

    Petang itu ziarah diteruskan ke rumah kakak nombor satu yang terletak di parit 10, Sungai Panjang. Kira minum petanglah di rumah kakak. Perjalanan diteruskan menuju Felda Gedangsa. Sekali lagi konvoi kami dipertemukan dengan  pemandangan sawah padi, perkebunan kelapa sawit dan hutan simpan paya gambut. Jalannya sedikit berombak! 

    Melalui Felda Sg. Tenggi dan beberapa gugusan Felda lagi akhirnya kami berhenti di Felda Gedangsa untuk berehat seketika. Langit senja sudah mula kelihatan. Kami tinggalkan Felda Gedangsa, terus gerak melalui Pekan Behrang menuju lebuhraya. Di R&R Ulu Bernam kami berhenti bila perut terasa lapar pulak.  - Wasallam!


1 comment:

  1. Terima kasih Kamaruzaman@KK, kerana ge comment kat fbook... Zaman aku ketika kecil...

    ReplyDelete