15 September 2010

2nd kLik!


2nd klik! adalah urutan dari siri berziarah Hari Raya!
Bila sampai kat rumah yang aku kunjungi, pasti tuan rumah
gembira akan kedatangan kami. Kanak-kanak lah yang paling
gembira kerana...

Meminjam kata-kata dari penulis Meran Abu Bakar (MegaMode)
Jagalah adab anak-anak ketika berziarah. Sampai kat rumah kenelah bersalam dengan orang tua. Jangan berjalan-jalan kedapur rumah orang. Jangan sesuka hati membuka televisyen. Jangan minta duit raya, jika tuan rumah tidak beri. Usah merungut dan tunjuk muka masam jika tak dapat duit raya. Kalau diberi, jangan buka depan tuan rumah. Ucap terima kasih dan tunjukan yang kita gembira dengan pemberian tersebut!

Salah satu budaya orang Melayu hari ini ialah memberi wang kepada kanak- kanak. Budaya ne pastinye meniru daripada bangsa Cina. Budaya tidak sihat ne akan merugikan kita kerana niat dan tujuan kanak-kanak tersebut ialah mencari wang bukan nya ziarah! Dari pagi samapilah ke senja...kumpulan kanak- kanak akan pergi dari rumah ke rumah dengan bermodalkan ayat :

" Asalamualaikum! Kami datang nak Rayaaaa! "

Kenapa ibu bapa biarkan anak keluar rumah! Tak takut ke kalu di pagi raya anak kene colek..
atau kemalangan! Sayangailah anak anda!

No comments:

Post a Comment