11 May 2011

KANTOI CINTA INTERNET!



Hai Blogger! Aku nak sambung entri pada 23 April 2011 mengenai "Tipu Punyer Orang". Cerita terpedaya cinta di Internet dengan suspek warga Nigeria dan Bangladesh.

"Kelicikan lapan suspek termasuk empat wanita tempatan memperdaya seorang mangsa dari negeri ini melalui cinta Internet sehingga kerugian kira-kira RM1.1 juta awal tahun ini, terbongkar dengan penahanan kesemuanya di ibu negara, Jumaat lalu.

Modus operandi digunakan adalah dengan mencari kenalan diInternet sehingga membuatkan mangsa wanita jatuh cinta dan kemudian menawrkan hadiah kepadanya. Bagaimapun, apabila hadiah itu hendak dihantar, timbul banyak masalah termasuk kononnya hadiah ditahan pihak Kastam. Oleh itu memerlukan sejumlah wang untuk membawa keluar hadiah tersebut. Suspek cuba memujuk mangsa memasukkan sejumlah wang ke dalam satu akaun dengan alasan hadiah terbabit hanya boleh di- lepaskan oleh Kastam selepas sejumlah wang dibayar.

Disebabkan terlalu mabuk cinta dan terpedaya dengan kata-kata manis, mangsa memasukan wang kedalam akaun suspek. Mangsa hanya tersedar ditipu dan membuat laporan polis selepas beberapa kali memasukkan wang ke dalam akaun tersebut sehingga mencecah jutaan ringgit".


Kakiconteng
: Kes terbaru ini berlaku di Kota Kinabalu!
Moral dari cerita dan berita ini adalah, manusia mudah percaya kepada kata -kata manis. Kalau kata-kata tersebut ditambah dengan ayat-ayat cinta, tentulah dengan mudah Tipah tertipu! Aku angkat topi kepada Mamat Niger dan Bangla ne. Dia orang boleh reka skrip yang sama kepada mangsa-mangsa wanita yang kesunyian. Aku pong diorang nak cuba perdaya jugag! Huhuhu....

No comments:

Post a Comment