22 May 2011
APA KATA SITI JARUM!
Siti Jarum tulis! Aku tukang salin...
" Ada orang kata, artis dan kemewahan ibarat isi dengan kuku. Tapi tidak semuanya mewah, yang kelihatan itu dibuat-buat mewah. Diperagakan supaya kelihatan mewah, lebih-lebih lagi diatas karpet merah. maka bermimpilah peminat yang tak tahu hujung pangkal, artis mereka setaraf Hollywood.
Selalunya artis mempamerkan kereta mewah, rumah mewah, perabut mewah dari luar negara. Tapi berapa banyak rumah artis kita yang dihiasi dengan rak buku misalnya. Yang banyak rak cakera padat. kenapa agaknya? Apakah bukan artis namanya kalau tidak hidup mewah? Siti teringat seorang artis yang dapat hadiah kereta kerana popularitinya. Dia melompat sampai ke siling kerana gembira. Dia gembira bukan kerana memberikan suatu yang bermutu, tapi gembira kerana mendapat kereta, duit dan macam-macam lagi. Tentu dia tidak tahu bahawa hadiah itu hanya bernilai kepadanya dan tidak kepada orang lain yang mahukan lebih daripada populariti.
Barangkali dalam kepala sebahagian besar artis kita ialah kemewahan. Penglibatan mereka dalam bidang yang ditakrifkan sebagi seni hanya batu loncatan. Bab mutu artis kita tak tiru pula artis Barat. Mereka tiru artis Barat bab pakaian dan perangai buruk. Mereka kene tanya bagaimana pelakon seperti Jodie Foster misalnya yang berjaya sebagai pelakon. Mereka hanya meniru Lady Gaga ".
Siti Jarum-
Makan ulam pegaga.Ahad 22 Mei 2011
KakiConteng : Tesengeh aku sorang-sorang apabila membaca tulisan dari Siti Jarum. Pedihnye macam tercucuk jarum berkarat...Hehehe! Sebahagian artis ne tak pong baca tulisan Siti Jarum, pasal diorang memang tak suka membaca. Dahlah tak suka membaca untuk menambah ilmu, sombong bodoh plak tu! Macam kata Ku Seman Ku Hussain, artis ne Ku Seman gelar Artis Kelkatu. Faham-faham ajelah camner kalkatu kalu nampak cahaya! Masing-masing berebut rebut nak dekat dengan cahaya, akhirnye kepanasan dan jatuh lesu terus kaku.
Sekarang ne ramai bebudak Melayu nak jadi artis. Stesen TV pong seronok buat acara misalnye Idola Kecil. Mak bapak bebudak tu plak tumpang sekaki kalu anaknyer dapat masuk rancangan Idola Kecil. Nanti kalu jadi juara takpayah lagi belajar, pasal dari nyanyi pong boleh hidup mewah. Aku tak taulah semewah mana yang diaorang dapat dari menyanyi! Sepatut nyer kalu nak jadi artis perlu ada ilmu, masuklah kelas menyanyi atau berlakon. Ini tidak! Tiba-tiba je jadi penyanyi - lepas tu tengelam- timbul! Memang patut digelar artis mee segera. Huhuhu...
Macam kata Siti Jarum, nampak je artis hidup mewah tapi miskin ilmu. Lihat saja rumah- rumah artis yang dipaparkan dalam majallah atau di kaca TV. Hiasan dinding hanya tergantung gambar-gambar artis itu sendiri yang diambil dari akbar dan majallah. Dalam alamari plak penuh dengan hadiah kemenangan dan hadiah dari peminat. Kalu betul mewah dan berilmu tentu artis tu mengantung sebuah lukisan, tapi bukannyer lukisan cetak semula dari IKEA beb!
Artis yang berilmu saja yang beli lukisan. Dia tau nilai sebuah lukisan! Lukisan ne ibarat barang antik, lagi lame lagi berharga. Tak macam beli kereta atau perabut, makin lama nilainye makin menyusut. Tak payahlah angan-angan nak beli lukisan dari pelukis Picasso misalnye, nak beli lukisan dari pelukis seperti Ibrahim Hussein, Yusuf Ghani, Latiff Mohidin atau lukisan dari pelukis Jalani Abu Hassan pong xmampu. Kalau tak mampu beli lukisan dari pelukis yang punye nama besar, boleh beli dari pelukis lain misalnye Ahmad Shukri Elias, Mohd Fuad Hassan, Ahmad Zakii Anwar, Tajudin Ismail, Bayu Utomo Radjikin, Yusof Gajah, Raja Azhar Idris dan lain-lain.
KakiConteng!
23 May 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment