18 May 2011

MERONG MAHAWANGSA!


Cuaca pagi ne terasa dingin.
Aku paling suka mengadap PC dengan secawan kopi Dewa Mahkota!
Bila dapat meneguk sedikit kopi, badan rasa segar dan mata plak terbeliak!

Pada hari Selasa 17 Mei aku ada baca mengenai kritikan pedas dari forum anjuran Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) yang bertajuk Hikayat Merong Mahawangsa Daripada Sastera Klasik Kepada Filem. Beberap tokoh seni dalam industri perfileman dan pencinta sastera mengatakan rasa kurang senang sebaik sahaja menonton filem garapan anak muda Yusry Abdul Halim.

Mereka yang hadir terdiri daripada Pengkaji Sastera Klasik, Prof. Datuk Dr. Siti Hawa Salleh, Dr. Mahadi J. Murat, pensyarah dari Universiti Teknologi Mara, Kamil Ahmad Mohd Othman (MDeC), Pengarah Filem, Ahmad Ibarahim atau Mat London, turut serta pengarah filem Bukit Kepong, Tan Sri Jins Shamsudin, dan pelakon terkenal Sofea Jane. Mereka memberi pandangan bahawa tiada unsur Melayu dalam filem tersebut. Seperti pendapat atau kritikan Mat London "Mana Melayu dalam filem ini? Sudahlah pelakon utamanya bukan orang Melayu dan penggunana bahasa Inggeris terus jauh membenamkan nilai dan budaya Melayu". Prof Siti hawa pong sokong plak pendapat Mat London. Kata Prof Siti Hawa watak Puteri China tu xterselah kecinaannya. Lagi kata beliau, kajian teks kelasik filem tersebut dari segi sejarah dilihat begitu longgar. Jins Shamsudin plak kata, teknik CGI akan membuatkan penonton kurang berkeyakinan dengan aksi yang ditunjukan kerana ia bukan aksi yang sebenar. Sofea Jane plak komen pasal mutu lakonan yang gagal menonjolkan karakter pada watak yang didukung. Hanya seorang ahli penal iaitu Kamil Ahmad berpendapat bahawa filem tersebut sekurang-kurangnya menjadi pembuka jalan atau eye opener kepada pengiat seni yang lain dalam penggunaan teknik imej janaan komputer (CGI).


Conteng : Filem Merong Mahawangsa aku anggap sebagai filem kelas B yang berjaya di-pasaran tempatan dan luar negara. Jangan kita samakan plak dengan filem Bollywood, Hong Kong atau Hollywood yang berkelas A. Tak perlu lah mencari di mana budaya Melayu! Melihat filem tersebut kita sudah tau iaitu Semenanjung Emas bermaksud Semenanjung Tanah Melayu. Bagi pendapat aku filem Merong Mahawangsa bukan filem Melayu era 50'an tetapi filem Malaysia era 2000. Pada masa ini jarang sekali ada pembikin filem buat filem Malaysia. Kebanyakannya hanya buat filem Melayu untuk tontonan Melayu. Ramai sangat ke makluk yang bernama Melayu?

Kita patut keluar dari kotak pemikiran! Keluar dari dunia katak yang hanya berumah dibawah tempurong kelapa. Kekadang bila dah berteduh dibawah tempurung, malas plak nak keluar cari makanan. Buat forum memang bagus. Kita boleh dengar pendapat orang lain! Tapi kenapa tak bincangkan filem-filem Melayu yang gagal dipasaran tempatan? Macam filem Cinta 100 Ela, Anu Dalam Botol atau filem Dua Alam!

Tak banyak komen yang aku dengar dari penonton satelah menonton Merong Mahawangsa. Hanya mereka kata kebanyakan pahlawan Melayu ketika itu kurus kering, dan nampak plak wajah China berpakaian tentera Rome! Mungkin xcukup crew...Huhuhu! Kepada KRU, teruskan usaha anda! Bikinlah filem Malaysia yang ada wajah Melayu, China, India, Iban & Kadazan.

1 comment: