06 May 2011

LUKISAN CLAUDE MONET


New York - 5 Mei 2011
Sebuah lukisan pokok hasil karya Claude Monet dijual pada harga AS$22.5 juta (RM67.5 juta) di syarikat jualan lelong Christie di sini semalam. Sebuah lukisan Maurice de Vlaminck turut dijual pada harga AS$22.5 juta, yang merupakan rekod jualan bagi artis tersebut. Kedua-dua lukisan itu merupakan antara jualan terbaik semasa jualan lelong lukisan musim bunga yang mencatat
jualan berjumlah AS$156 juta (RM486 juta), merosot berbanding jangkaan pra- jualan keseluruhan.

Lukisan Monet bertajuk Les Peupliers yang dilukis pada tahun 1891 dijangka dijual pada harga antara AS$20 hingga AS$30juta., manakala satu lagi lukisannya bertajuk Iris Mauves pula dijangka dijual pada harga antara AS$15 dan AS$20 juta, namun kedua-dua lukisan itu tiada pembeli - AFT


Nota: Photo diatas hanyalah hiasan.

No comments:

Post a Comment