14 May 2011

KARYA SENI DI LELONG!

New York 11 Mei -
Firma lelongan Sotheby's berjaya meraih AS$128 juta (RM382) dalam lelongan seni kontemporari dan pasca perang di Manhattan semalam, sekali gus melebihi sasaran AS$121 juta (RM361 juta).

Lukisan Andy Warhol, Sixteen Jackies hanya berjaya dijual AS20.24 juta (RM60.4 juta) termasuk komisen dan karya Jeef Koons, arca ikonik Pink panter pula hanya dijual pada harga antara AS20 juta hingga AS$30 juta, tidak termasuk komisen 12 peratus.

Ketua seni kontemporari Sotheby's, Tobias Meyer berkata, pihaknya berpuashati dengan hasil lelongan ini kerana menyifatkan beberapa sasaran jualan yang dibuat terlalu tinggi untuk pasaran yang masih dalam pemulihan daripada kemelesetan ekonomi ketika ini. Namun dengan 85 peratus daripada 58 barangan lelongan berjaya dijual, ia menunjukan satu kejayaan kepada firma lelongan itu dalam mengurangkan koleksi mereka - Rauters

No comments:

Post a Comment