03 September 2016
apabila matahari mula terbenam
petang yang redup itu dia berjalan pulang.
berlengang.
dia menunggu angin waktu membawa ke senja.
lalu senja menjadi malam. malam itu semilir angin tidak terasa, mungkin menyangkut pada daun-daun, pada dahan-dahan dan pada pohon-pohon nangka.
malam, kelopak matanya masih buntang.
terngiang-ngiang kedengaran sorak-sorai di dada kota, ada pesta menyambut hari merdeka!
malam itu untuk kali keduanya
dia bangun, perlahan-lahan - berhati-hati.
sinar bulan tanduk singgah diwajahnya.
ada parut-parut dalam kelopak kenangan
dan kenangan itu berputik - zaman bahari.
zaman bahari itu pernah singgah dan menjajah Tanah Melayu. Portugis, Belanda, British, Jepun dan Bintang Tiga - lamanya 446 tahun.
dalam samar-samar, tahun 1941, dia melihat Tanah Melayu dibanjiri tentera Jepun. Pekerja-pekerja lombong terdiri orang Cina. Mereka benci Jepun kerana Jepun melanggar negara China - 1937. Lalu mereka sepakat menubuhkan Parti Komunis Malaya [PKM] dan dikenali juga Bintang Tiga.
Pemuda pemudi Melayu juga bangkit dalam hutan Slim. Pasukan gerila Harimau nama diberi. Gestapo - Leftenan Yamaguchi, terkenal berani. malam hari, gerila rimau menggelisah lalu menerekam mangsanya, Yamaguchi ditembak dikepala, tersungkur lalu rebah menyembah bumi.
hari telah jauh malam.
burung tukang masih cengkang, mengetuk tabir malam. malam itu dia sedar masa telah berlalu. setitis air mata datang bersama kenangan dan kenangan itu hilang di bawa angin yang mula berpuput perlahan. angin yang perlahan itu mula bertiup kencang disulami dengan kilat dan petir. malam itu ribut - hujan turun menggila. rintik hujan berhenti waktu remang pagi, lalu terdengar disebalik bukit, kokok ayam jantan bersahutan. hari sudah siang!
31 Ogas 2016
Mj - Tanah Kebun, Lancang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment