18 September 2016

MALAM RAYA AIDILADHA


             
    Malam Raya Aidiladha



Hari sedang senjakala.
Matahari merah di kaki langit sewaktu aku mandi dan berwuduk. Usai menunaikan solat Magrib kami berdua ke dapur. Isteri aku memanaskan nasi putih dan rendang tiga rasa[1] yang masih berbaki. Terung panjang dibelah dua, dan direbus. Aku menguatkan suara radio. Takbir berkumandang. Esuk hari raya haji. 


Diatas meja terhidang nasi, sepinggan rendang, terung rebus
juga  sepiring sambal hitam dan sebotol kicap manis-pedas jenama Mahsuri. Makan malam yang ringkas. Selesai makan. Isteri aku mengosok baju. Aku memegang buku antologi cerpen Indonesia-Malaysia[2] yang aku beli dua tahun lalu di PWTC. Ya!  Dua tahun lalu aku sudah habis membaca secara fast reading.

Kali ini aku hanya mahu membaca semula  cerpen-cerpen yang aku kira menarik perhatian aku. Sejujurnya, kesemua 20 antologi cerpen di dalam buku ini adalah  pilihan yang terbaik kerana penulisnya mempunyai latar belakang dan dialek  bahasa yang berbeza. Antara penulis tersebut ialah Soesi Sastro -Lampion Merah dan Oncor[ms3-5], Faridah AbdulHamid -Perempuan Bersimpuh Sedih[ms49-51], Free Hearty -Dialog Dua Generasi[ms63-65], Ilham Q.Moehiddin -Mencuri Perahu [ms117-119], Nenden Lilia A. -Lais[ms147-151], Naning Pranoto -Perempuan dari Sorrento[ms181-183], Khoiriyyah Azzaharo-Pudarnya Impian Uma' [ms211-213] dan aku terhenti disini.

Wung!Wungg!Wunggg!

Diluar anjing menyalak. Aku menutup buku antologi cerpen, bangun lalu mencapai lampu suluh. Aku menjenguk di tingkap. Menyuluh kearah suara anjing. Dalam gelap yang disinari cahaya lampu kalimatan dari kabin dihujung jalan, kelihatan beberapa ekor anjing. Mata-mata anjing bersinar apabila terkena suluhan lampu dan anjing-anjing itu berhenti menyalak.

Aku membuka semula buku antologi cerpen. Isteri aku, selesai mengosok baju terus sahaja masuk ke dapur. Katanya, mahu merebus tulang lembu dan nasi himpit buat makan dipagi raya Aidiladha. Aku pula sambung membaca cerpen 'Pudarnya Impian Uma' yang merupakan Pemenang Cerpen Unggulan Utama Lomba Menulis  Cerpen Obor Award 2013 ditulis oleh Khoiriyyah Azzahro.[3]
          


P
e
nulis berdarah Banjar ini adalah seorang guru bahasa Inggris dan berdomisili[4] di Banjarmasin, Kalimantan Selatan. Beberapa karyanya antara lain pernah dimuat di Majalah Kawanku, Tabloid Gaul, Tabloid Serambi Ummah, Harian Banjarmasin Post, Harian Radar Banjarmasin, Harian Media Kalimantan serta beberapa media online.

Meminjam kata-kata dari Naning Pranoto [Yayasan Pustaka Obar Indonesia] iaitu:


"P
udarnya Impian Uma' karya Khoiriyyah Azzahro telah mengangkat kesuraman kehidupan dan lingkungan  Suku Banjar di era Globalisasi. Keindahan sungai yang dibanggakan tidak hanya keruh airnya, tapi juga keruh masa depan orang-orang yang menggantungkan nasib dari sungai yang dulu berwibawa dan berkekuatan bak raja sakti dan bijaksana itu. Melalui bahasa sastra dipadu dengan jargon-jargon
[5] bahasa Banjar, membuat cerita ini menjadi berkilau dan sekali gus memancing tumpahnya air mata". - [Naning Pranoto : Tetes-tetes tinta Pembuka Cerita Pendek Indonesia].


"Allahu akhbar Allahu akhbar"



Azan Isya bergema dari corong radio. Seperti yang pernah aku dengar dari Ustaz ketika kuliah Magrib iaitu azan itu bermaksud seruan untuk mengerjakan solat fardu. Orang-orang yang mendengar seruan tersebut disunatkan pula menjawab dengan lafaz-lafaz tertentu. Malah, selepas seruan azan hendaklah dibacakan ayat yang ertinya:

"Ya Allah. Tuhan yang mensyariatkan seruan yang sempurna ini dan mensyariatkan solat yang didirikan. Kurinakanlah kepada penghulu kami Nabi Muhammad kuasa syafaat dan keutamaan dan angkatlah padanya kehormatan dan bangkitkan baginda di tempat yang terpuji yang telah Engkau janjikan."


Malam itu aku dan isteri tidur awal. Ketika Subuh kami terbangun dari tidur apabila azan Subuh bergema di handpon. Selesai solat Subuh isteri aku ke dapur, memasak soto untuk sarapan pagi. Pagi yang hening itu matahari mula mengintai di celah-celah daun, di celah-celah pohun nangka. Kul 0730 pagi lebih kurang, kami tinggalkan pondok menuju Mempateh, untuk pergi mengerjakan solat sunat hari raya di Masjid Saidina Abu Bakar yang jaraknya lebih kurang sembilan kilometer dari pondok kediaman kami di Tanah Kebun. - Cut!

                   
                

Nota Kaki: Tidaklah sukar untuk memahami dialek Suku Banjar kerana dibahagian bawah muka surat cerpen Pudarnya Impian Uma'  terdapat keterangan bagi maksud beberapa ayat Suku Banjar antaranya Uma', piyan, kada bajualan, tulak, muak jua, ikam takunikan, gangan waluh, iwak karing sapat, tunggul batang banyu, kayapa yu lah? Lihati ay keina!, pais pisang, kakanakan, berbasuh dibatang banyu, wahini, rancak banar, tamimpi kesah bahari, padahkan abang ikam ni, bujurkah?, marista, Uma' uyuh dan ayat napang beungut ja!    

      


Keterangan:

[1]Rendang Tiga Rasa: Daging,Hati+Limpa. [2]ANtologi Cerpen Indonesia-Malaysia: Buku yg diterbitkan dari kerjasama antara ITBM dengan Yayasan Pustaka Obor Indonesia[YPOI].  [3]Khoiriyyah Azzahro: Penulis berdarah Banjar, berasal dari Banjarmasin, Kalimantan Selatan, Indonesia.  [4]Berdomisili: Tempat tinggal [5]Jargon-jargon: Istilah-istilah. [6]Uma': Ibu, Mama. [7]Piyan: Panggilan utk orang tua. [8]Kada Berjualan: Tidak berniaga. [9]Tulak: Berangkat [10]Muak jua: Bosan juga. [11]Ikam takunikan: Kau tanyakan. [12]gangan waluh: Sayur labu. [13]Iwak karing sapat: IKan sepat kering. [14]tunggul batang banyu: Tunggul batang air. [15]Kayapa yulah: Bagaimana ya. Lihati ay keina!: Tenguklah nanti. [16]Pais Pisang: Kuih yg dibuat dari pisang. [17]Kakanakan: Budak-budak. [18]Berbasuh dibatang banyu: [19]Wahini: Sekarang. [20]Rancak banar [21]Tamimpi kesah bahari: Termimpi masa lampau. [22]Padahkan abang ikam ni: Beritahu pada abang mu ne. [23]Bujurkah?: Benarkah? [24]Marista: Sedih [25]Uma' Uyuh: Emak letih.


No comments:

Post a Comment