03 January 2018

NGETEH di GEORGETOWN [3]


Kami berjalan beriringan sambil mulut menguyah kueh vadai. Sudah melepasi beberapa buah simpang. Kini, kami telah berada diantara persimpangan Lebuh Culia dan Lebuh Leith. Tidak jauh dari simpang tiga itu ada sabuah masjid yang digelar Masjid Jamek Banggali.Kami berjalan ke hadapan lagi, beluk kiri, kelihatan sebuah bangunan lama berwarna putih. Aha! Disitulah letaknya Red Inn Cabana. Baha dan Idris lantas ke kauter buat tempahan bilik. Harga sebuah bilik ialah rm120.00 sahaja termasuk sarapan pagi. Bilik itu mempunyai empat buah katil 'double dacker'. Di luar bilik, disediakan ruang untuk berehat sambil menonton tv. Malah di satu sudut, disediakan juga [layan diri] air panas untuk kopi dah teh secara percuma. Oleh kerana kami menyewa bilik ala' asrama, tentulah bilik mandi dan tandas berkongsi dengan tetamu lain. - Mj.



Intro!
Sudah tiga tahun kami tidak datang ke Tanjung, menjenguk orang Tanjung hidup di bandaraya Metropolitan. Sudah tiga tahun juga kami meninggalkan jejak di lorong-lorong yang dinding bangunannya ada palitan illustarasi kreatif. Sudah tiga tahun jugalah kami tidak bersolat di Masjid Kapitan Kling atau setidak-tidaknya berjemaah di Masjid Banggali. Yang paling terkesan tentulah sudah tiga tahun kami tidak merasa nasi kandar, persembur, ruti bakar dan sop kambing yang terkenal di negeri pulau itu. - Mj



GEORGE TOWN

1- Usai mandi, kami berempat bersia-siap untuk solat di Masjid  Jamek Banggali yang terletak di Lebuh Leith. Al-kisahnya, masjid itu telah di dirikan oleh kaum India sekitar tahun 1803 ketika kedatangan East India Company. Masjid Banggali itu juga di gunakan oleh kumpulan 'Tabligh' sebagai tempat perjumpaan mereka.

Petang itu, usai solat berjemaah, kami melangkah keluar menuju Restoran Sop Hamed yang lokasinya di Jalan Penang. Ketika kami menghampiri restoran, meja-meja bulat yang di letakan di siar kaki hampir penuh dengan pelanggan. Kami juga berminat untuk minum petang di kaki lima bersama-sama orang Tanjung. Sebaik kami duduk, salah seorang pekerja restoran cargas datang mengambil pesanan. Aku pesan teh tarik dan ruti banjir. Baha pula minta teh ice dan sop ayam, manakala Idris dan Mahfol hanya memesan limau ice sahaja.



Kami berbual. Topiknya tentulah pasal makanan yang terkenal di Georgetown. Bercakap pasal sop mamak, kami masih ingat jika di Kulompo, sop mamak yang berminyak dan  berwarna hijau kekuningan itu boleh di dapati di Jalan Doraisamy atau di gerai sekitar Chow Kit berhampiran Masjid Pakistan. Biasanya sop mamak akan di hidangkan sekali dengan dua keping ruti banggali.


  • Waktu membawa ke senja. Idris mengintai  jam tangan yang di-pakainya. Jarum jam itu menunjukkan pukul 6.30 petang. Baha segera melambai tangan memanggil pekerja restoran. Seorang lelaki India datang. Kira semua kata Baha. Minum petang itu telah di bayar oleh si Baha. Kami berempat menapak balik ke sarang kami di Red Inn Cabana. Menghampiri simpang Lebuh Leith, Baha ajak kami ronda-ronda di sekitar Lebuh Muntri. Idris dan Mahfol menolak kerana mahu segera mandi dan bersiap-siap untuk solat Magrib.


2- Angin Georgetown bertiup lembut. Angin yang bertiup itu membawa waktu ke senja.  Kami sudah keluar dari sarang untuk menunaikan solat Magrib. Kami berempat sempat duduk 'ngeteh'  di-satu simpang berhampiran masjid sementara menunggu masuk waktu solat. Tidak sampai 5 minit menghirup teh tarik, kedengaran azan, lalu aku segera membayar harga minuman[] dan kami bergegas ke masjid.
 

Waktu senja sudah berlalu. Senja itu telah menolak siang ke kaki langit. Malam itu kami hanya berehat di dalam bilik. Pukul 1000 malam barulah kami keluar mencari makan. Kami berempat sepakat melepak di Restoran Line Clear juga lokasinya di Jalan Penang. Kami 'ngeteh' dan makan malam kali ini cukuplah sekadar sekeping capati. Menghampiri pukul 1150 malam, pelanggan sudah berkurangan. Pekerja restoran mula memberi isyarat 'tutup kedai' dengan melipat meja dan menyusun kerusi yang berada di siar kaki. Pukul 1155 malam, kami beredar dari Restoran Line Clear setelah Idris melunaskan bayaran makan malam kami. - Cut!

No comments:

Post a Comment