14 February 2018

ILLUMINATI


Merujuk kepada Kamus Dwibahasa [Bahasa Inggeris-Bahasa Malaysia] terbitan DBP tahun 1989, Illuminati atau dalam ejaan Inggerisnya illuminate ialah menerangi[diterangi], menyuluh, menyinar seperti [1]'dari jendelanya dia dapat melihat taman itu diterangi oleh cahaya bulan'. [2] Menghiasi [jalan-jalan dll] dengan lampu-lampu terang sebagai tanda kesukaan. [3] atau menghiasi [huruf-huruf awal pd naskah] dengan warna emas, perak dan warna-warna lain yang terang [spt yang biasa dilakukan pada Zaman Pertengahan].

Melalui bantuan Wikipedia, istilah Illuminati itu pada awalnya merujuk secara khusus kepada Illuminati Bavarian iaitu sebuah pertubuhan rahsia era pencerahan masyarakat yang ditubuhkan pada i Mei 1776. Ketika ini Illuminati digunakan untuk satu organisasi sebagai 'bayang-bayang kuasa di balik taktha'. Illuminati sering digunakan dalam rujukan New World Order[NWO]. Banyak teori konspirasi percaya bahawa Illuminati adalah dalang disebalik peristiwa-peristiwa yang telah berlaku.
- Cut!

Nota: Untuk meneruskan pembacaan anda sila selak [singgah] di entri bertajuk 'PROTOKOL | Komplot Zionis' pada 23 Sept 2013. Terima kasih kerana anda sudi membaca. - [Mj]

No comments:

Post a Comment