04 February 2018

Seusai Pertemuan Itu


Kuala Lumpur


1- Pagi itu aku dan Baha melepak di sebuah gerai mamak di bawah flet Malayan Mansion. Gerai yang terkenal dengan teh tarik dan ruti banjir itu kelihatan agak sibuk. Tadinya, ketika aku baru sampai di gerai itu, aku terlihat kelibat mantan Pengerusi Media Prima Berhad iaitu Tan Sri Johan Jaaffar[1] tergesa-gesa keluar dari gerai bersama rakannya.

Mungkin pelanggan tidak perasan akan kehadiran Johan Jaffar bersama rakannya minum teh tarik di gerai itu. Barangkali, Tan Sri mahu mengibas kembali kenangan ketika zaman bersama Anak Alam[2] sekitar tahun 70'an. Pada pertengahan tahun 70'an itu jugalah aku pernah membaca novel nipis tulisan Johan Jaffar yang berjudul 'Warna Tinta'[3]   dan sebuah buku lama tulisan beliau yang masih terselit di rak buku aku berjudul 'Langit Petang - 12 Tahun Kemudian'[4]. - Cut!


2- Aku sebenarnya sudah berjanji dengan Idris dan Hosni untuk bertemu di gerai ini. Bukan tidak ada gerai atau restoran yang lebih canggih di Kulompo ini untuk dibuat tempat pertemuan tetapi di gerai mamak ini kami rasa diri kami lebih jujur berbanding melepak di outlet Kopitiam atau di Starbuk Coffee misalnya.

Pukul 9.45 pagi Idris dan Hosni tiba. Kami berjabat tangan dan bertanya khabar. Idris dan Hosni masing-masing memesan teh tarik dan ruti banjir. Inilah gaya dan sarapan ringkas warga Kulompo seperti kami yang poketnya tidak setebal orang-orang korporat. Bagi kami berempat, tidak ada lagi istilah 'Biar pape asalkan bergaya gitu!'

Kami berbual tentang banyak perkara tetapi isu penajaan bola sepak tempatan adalah yang menarik sekali. Mana tidaknya, kali ini Liga M telah mendapat penajaan terbesar dalam sejarah menerusi syarikat Telekom Malaysia Berhad [TM] dengan nilai hampir setengah bilion untuk tempoh lapan tahun. Pehhh! Sekarang nie kalu nak buat urus niaga atau penajaan mesti main balion-balion Bai, ujar si Baha.


3-
Usai sarapan Hosni mengajak kami pergi  ke pameran 'Ekspresi Seni Kontemporari'[5] di Galeri Petronas KLCC. Baha terpaksa menolak ajakan si Hosni dengan memberi alasan mahu berjumpa rakan di Greenwood Gombak. Aku, Idris dan Hosni meneruskan aktiviti selepas sarapan dengan berjalan kaki ke arah stesen lrt Masjid Jamek. Kami masuk ke dalam stesen, mengimbas kad Touch'Go, turun ke bawah menggunakan tangga eskalator, menunggu sebentar dan tidak lama tren lrt pun tiba.

Tren yang setiap gerabak dipenuhi dengan penumpang itu, bergerak meninggalkan stesen Masjid Jamek. Tren berhenti di stesen Kampung Baru dan seterusnya berhenti di KLCC. Kami bertiga keluar dari perut lrt. Berjalan seketika sebelum berhenti di-hadapan seorang 'busker'[6] lelaki bertopi yang sedang menyanyi sambil memetik gitar. Aku lihat si Hosni menyeluk poket baju dan memasukkan duit ke dalam kotak di hadapan busker tersebut.


4- Sebelum kami bertiga masuk ke Galeri Petronas, kami berjalan keluar dan melihat-lihat bangunan di seberang jalan yang mengadap bangunan KLCC. Antara bangunan yang masih kekal di seberang jalan ialah bangunan Getah Asli. Selebihnya bangunan baru yang berbagai reka bentuk, berdiri gah di sepanjang Jalan Ampang menuju pusat membeli belah Ampang Park.

Ampang Park Shopping Centre[7] yang terletak di antara persimpangan Jalan Ampang dan Jalan Tun Razak itu samalah nasibnya seperti Bukit Bintang Plaza [BBP] kerana akan di-robohkan bagi pembinaan Mrt laluan Sg Buluh-Serdang-Putrajaya[SPP]. Sebelum penutupannya, pada 31 December 2017, Ampang Park yang dibina sekitar awal 70'an itu telah memberi peluang kepada visitors untuk membeli belah dan merakam gambar bagi kali terakhir. Nostalgia sangat!


5-
Di Galeri Petronas kami bertiga mendaftar masuk. Pameran yang bertajuk 'Ekspresi Seni Kontemporari Berasaskan Manuskrip Melayu' itu telah mula berpameran pada 14 November 2017 dan berakhir pada 4 Febuari 2018. Oleh kerana hari tersebut adalah hari terakhir bagi penggunjung datang melawat, maka kami pun di benarkan untuk merakam gambar seberapa banyak yang kami suka. Hasil bidikan aku yang menggunakan kamera digital itu maka terhasilah images seperti yang telah aku paparkan pada entri 'Ekspresi Seni Kontemporari' [4 Febuari 2018] - Cut!

6- Hampir 30 minit berada dalam Galeri Petronas, kami melangkah keluar menuju Wisma Central yang terletak bersebelahan sayap kiri KLCC. Di Wisma Central, kami singgah minum di Restoran Selera Ampang dan lepas itu kami gerak ke stesen lrt KLCC untuk ke stesen Bandaraya. Kami sepakat untuk makan mee rebus di PakTam Bistro[8] yang terletak di Medan Mara.

Seusai pertemuan tengahari itu kami berpisah di stesen lrt Masjid Jamek. Idris balik ke Kampung Pandan dan Hosni gerak ke Taman Tun Dr Ismail[TTDI]. Kami berjanji, jika masih sihat akan bertemu lagi di lokasi yang sama iaitu di Mamak Coner, Malayan Mansion Jalan Masjid India bagi menetapkan tarikh backpaker ke Pulau Perhentian[9]. InshaAllah!

Nota:
[1] Tan Sri Johan bin Jaaffar: Bekas Pengerusi DBP dan mantan Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad. Beliau juga adalah tokoh wartawan veteran, tokoh korporat serta dikenali juga sebagai aktivis seni.

[2] Anak Alam: Institusi itu wujud pada sekitar tahun 1974 yang lokasinya di sebuah banglo era kolonial. Terletak di Jalan Merbok KL yang kini telah dibangunkan Akedemi Seni Budaya [Aswara]. Anak Alam itu juga adalah Universiti seni pertama negara yang antaranya telah melahirkan Sastrawan Negara Datuk Usman Awang, A.Latiff Mohidin, Tan Sri Johan Jaaffar dan Mohd Supyan Abd Rahman aka Pyanhabib.

[3] 'Warna Tinta': Sebuah novel dari tulisan Johan Jaaffar.

[4] Langit Petang-12 Tahun Kemudian: Buku yang di terbitkan pada tahun 1991 oleh DBP itu adalah hasil dari tulisan Johan Jaaffar. Ia adalah sebuah drama adaptasi daripada novel  buah tangan Sasterawan Negara A. Samad Said. 

[5] Ekspresi Seni Kontemporari: Pameran yang berlangsung di Galeri Petronas. Sila selak entri bertajuk 'Ekspresi Seni Kontemporari' pada 4 Feb 2018.

[6] Busker: Penghibur Jalanan atau Street Perfomence yang menyanyi atau bermain muzik di tempat awam [public places] utk mendapatkan wang bagi membeli makanan atau minuman.

[7] Ampang Park Shopping Centre: Dibangunkan pada tahun 1973 dan antara pusat membeli belah yang terawal di Kuala Lumpur. Terletak di persimpangan antara Jalan Ampang dan Jalan Tun Razak. Mall itu telah di tutup pada 31 Desember 2017 bagi memberi laluan kepada projek pembinaan Mrt,laluan Sg Buloh-Serdang-PutraJaya[SSP]. 

[8] PakTam Bistro: Salah satu outletnya terletak di luar bangunan Mara. Antara menu signaturenya ialah MeeRebus, Rojak Pesembur, Nasi Bukhara dan PakTam Bread. Sayangnya, MeeRebusnya tidaklah sehebat Meerebus Mastag Ghani di Teluk Intan. Jangan Mare Ye!
[9]
Pulau Perhentian: Yang bermaksud 'Stoper Island' terletak di Terangganu. Untuk ke pulau itu perlu menaiki bot melalui jetty Kuala Besut. Ada beberapa pulau lagi antaranya pulau perhentian kecil dan pulau perhentian besar. Antara aktiviti di pulau tersebut ialah snoklling dan scuba diving gitu! - [Mj]




No comments:

Post a Comment