Sabtu tengahari aku dah terpacak ditengah kesibukan @ Bintang Walk! Aktiviti yang diadakan di sepanjang jalan, bermula dari KL Monorail BB terus melepasi pintu utama Sungei Wang Plaza. Ada bebudak main skateboard, main yoyo, muzik, seni jalanan dan gerai-gerai pameran termasuk gerai daftar mengundi. Puas aku klik sana klik sini, terasa tekak dah haus. Ada plak group yang baik hati... bagi air free! Tak payah lah aku ge minum kat warung! Lepas berhenti kejap tenguk show diaorang, aku naik aras satu KL Monorail nak beli tiket balik ke Medan Tuanku. Alamak! Monorail masih rosak lagi...terpaksa naik teksi! Huhuhu...
No comments:
Post a Comment