18 June 2011
BIKE TEST!
Hai Blogger!
Pagi Jumaat minggu lepas aku pergi kedai basikal di Selayang Baru - Batu Caves, Kuala Lumpur. Janji dengan kawan lama aku si Mahful yang tinggal kat Sg Tua, nak jumpa kat warung Madina di Pasar Selayang. Sampai kat warung Mamak, aku pesan teh tarik dan roti banjir. Ha! ne baru betul mamak...pakai songkok dan kain sarung warna putih. Tak lama kemudian Mahful pun sampai, pesan juga teh tarik kurang manis! Ini lah minuman pagi-petang, siang malam orang Malaysia.
Lepas sarapan kami ge kedai basikal Weng Hing. Kedai ne tak jauh dari pondok polis Selayang Baru. Kat kedai ne ada jual basikal budak kecik, fixie dan mountain bike. Ketika masuk ke dalam kedai, aku melihat gelagat si ibu melayan kereneh anak lelaki yang mahukan sabuah basikal fixie. Basikal fixie ne memang diminati oleh remaja masa kini. Muga-muga minat remaja tahun 2013 nanti bertambah dari tunggang cupcai kepada basikal terutama road bike/fixie.
Kami berdua plak tertarik dengan mountain bike dari jenama Xds. Warna putih dan sedikit warna hijau epal, tyres besar dan menggunakan brakes hydraulic disc. Kene test dulu beb! Kepada anda yang berminat untuk membeli fixie atau mountain bike, sila layari www. evanda-rmb.com atau terus ge kedai basikal Syarikat Perniagaan Weng Hing-Tel: 03-61386352.
Anda juga boleh menyertai cycling club saperti : (1) Base kat Kepong, Kuala lumpur : DPC Team Contact = www.facebook.com, search "DPC Team (2) Base kat Keramat : Chistwalla Mountainbike Contact = http://chistwalla-mountainbike.blogspot.com
(3) Base Klang Valley -Trelblazer Cycling Team Contact = http://trelblazer.tripod.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment