28 June 2011
TEH TARIK SATU!
As-Salam!
1- Sarapan apa ye pagi nie? Kalau pergi kedai Mamak (bukan kedai India-Hindu) sekarang nie sudah ada jual nasi lemak. Nasi putih yang di masak dengan santan kelapa dan dibungkus dengan daun pisang serta sikit telur rebus, timun dan sambal ikan bilis. Sekarang nie nasi lemak bukan sahaja dijual untuk sarapan, malah minum petang dan makan malam.
"Mamak! Teh tarik satu!"
Terus sahaja membuka bungkusan nasi lemak yang disediakan diatas meja. Tak cukup satu, bukak satu lagi. Yelah! Takkan hari-hari sarapan ruti canai, tosei atau roti bakar. Sesekali pekene nasi lemak bungkus memang best! Bagaimana agaknya kalau kita selalu sarapan nasi lemak dengan teh tarik? Jom kita baca apa pandangan pakar dari Live-well.
2- Sebaik sahja ia dimakan, nasi putih akan ditukar menjadi glukosa dan diserap dengan cepatnya ke saluran darah. Sebaran peningkatan gula darah akan memberi isyarat kepada pankres untuk mengeluar dan melepaskan insulin. Hormon ini akan mengarahkan sel untuk mengusap glukosa. Tanpa insulin, glukosa akan hanyut terapung-apung di sekitar aliran darah, tidak dapat memasuki sel yang memerlukannya. Diabetes akan muncul apabila badan tidak dapat mengeluarkan insulin dengan cukup atau tidak dapat menggunakannya dengan baik.
Nasi putih mengandungi apa yang dikenali sebagai Indeks Glisemik (Gl) yang tinggi.
Ini bermakna ia akan menyebabkan peningkatan paras gula darah dan insulin secara berlanjutan. Karbohidrat yang tidak begitu mudah dihadamkan akan menyebabkan peningkatan gula darah dan insulin yang lebih rendah serta lebih perlahan, sekali gus memberi kurang tekanan terhadap jentera pembuat insulin dalam badan serta membantu mencegah diabetes jenis 2.
Sel kita bergantung kepada satu gula tunggal rigkas iaitu glukosa, yang sebahagian besar diperlukan oleh sel berkenaan untuk membina tenaga. Itulah sebabnya mengapa badan kita mempunyai mekanisme yang rumit untuk memastikan paras glukosa dalam aliran darah tidak menurun terlampau rendah atau melambung naik terlampau tinggi. Glukosa datangnya daripada penceranaan sukrosa (gula biasa) dan juga daripada karbohidrat seperti nasi, roti, ubi kentang, roti canai dan lain-lain". Live-Well.
3- Rakan semua!
Secara jujurnya aku tidaklah faham sangat istilah yang digunakan oleh pakar dari Live-Well tersebut, tetapi yang mudahnya info itu bagitahu, kita kenalah kurangkan makan nasi 3x sehari dan juga kurangkan minum teh tarik! Banyak lagi bahan makanan yang kita boleh makan ketika bersarapan. Misalnya telur setengah masak, bijirin, epal merah, pisang montel, salad, burger, sausages, kebab atau sandwich. Minuman panas pulak, macam air limau, bali, kopi, teh uncang. Minuman sejuk macam susu rendah lemak, bliss, milo + chocolate yang disejukan, air buah-buahan tanpa ais.
Cakap senang kan!
Tetapi hendak sarapan kat Kedai Mamak, mana ada menu camgine! Kedai Melayu pong sama juga Biasanya jual nasi lemak, pulut manis, nasi dagang, roti jala, meehoon goreng dan kueh muih. Kengkawan tak nak kene Diabetes kan! Jadi kenelah usaha sedikit. Masak kat umah dan bawa ke-tempat kerja. Hujung minggu pulak buatlah aktiviti outdoor seperti jalan kaki ke, kayuh basikal, atau berlari. Kalau malu keluar umah, belilah basikal tak bergerak-dan kayuh kat rumah! Hehehe...[Mj]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment