06 February 2010

SALAD BANGLADESH!




Salam Blogger!
Makan tengahari ne, Mawa masak Asam Pedas Ikan Parang. Percubaan yang baik dan rasa ikan parang ne sedikit manis serta banyak tulang. Bagi akulah! Nak cuba boleh, tetapi  kalau tujuan untuk berniaga tak sesuai, takut pelanggan tercekek tulang.

Setelah masak ikan parang asam pedas, Mawa tanya pulak kat aku sayur apa yang sesuai dimakan dengan lauk asam pedas. Ada beberapa sayur serta ulam yang boleh dihidangkan bersama masakan asam pedas. Tetapi jika perlukan sayur yang ringkas ada baiknya  kita buat Salad Bangla  dari Bangladesh.

Salad Bangla
ne aku belajar melalui pemerhatian aku ketika kojer shif malam disebuah hotel kat Kelompo. Aku lihat ketika  waktu makan 'supper' (jam 0100 pagi), beberapa orang staff Bangladesh selalu makan nasi dengan sayur terung yang digoreng nipis atau sayur yang aku gelar salad Bangla.

Mudahnya! Penyediaan Salad Bangla senang jer iaitu (hiris cara sliced) timun, bawang, tomato, cili api, chop daun ketumbar dan tabur secubit garam. Salad Bangla ne mirip saperti Salad Turki, hanya bezanya Salad Bangla tidak digaul dengan minyak zaitun atau cuka makan. Kebanyakan kaum Bangla memang tidak suka pada rasa masam cuka makan.

Salad Turki pula, bahan-bahannya seperti timun, tomato, bawang dihiris cara dadu. Dicampur bersama potongan cili hijau. Kemudian digaul dengan sedikit cuka apple, minyak zaitun, sedikit gula dan sedikit garam. Di bawah ini ialah gambar Ikan Parang Asam Pedas dan salad Bangla. Selamat Mencuba!


No comments:

Post a Comment