17 February 2010

MOTOR OH MOTOR!

Salam!
Ade dua berita menarik minggu lepas. Satu pasal Polis saman budak umur 6 tahun kerane tunggang motosikal tanpa lesen. Berita kedua yang menarik perhatian aku ialah kisah mekanik putus kaki uji motosikal.

I- SAMAN BUDAK:
Kangar: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun antara
100 pesalah disaman atas pelbagai kesalahan jalan raya sepanjang tempoh 40 hari tahun ini. Perbuatan ibu bapa yang cuai menerima padah apabila dikenakan dende sehingga RM300.00.

Chonteng :
Apasal dende RM300.00 aje? Bagilah dende RM3,000.00 barulah berbaloi! Nilai Rm300.00 tu ciput sangat. Tahun 80'an boleh-lah! Kesalahan budak dan penjaga tu ada empat( 4) : I - Tunggang motor xde lesen, II- Xde lesen tentu xde insuran III- Tak pakai topi keledar, IV- Kecuaian penjaga, cuba membunuh anak kerana membiarkan kanak-kanak tersebut berada di atas mesin yang sedang bergerak.




II- PUTUS KAKI UJI MOTOSIKAL
Kuala Terengganu: Mekanik berkenaan dari Kampung Kijang- Marang, 17 tahun mahu mempamerkan kemahiran dengan menguji kelajuan motosikal rakanya yang baru diubah suai.

Seorang saksi melihat sekumpulan remaja bermotosikal memecut laju dari persimpangan lampu isyarat bandar Kuala Terengganu menuju Manir sebelum berlaku kemalangan. Remaja berkenaan menunjukkan pelbagai aksi berbahaya dan memecut laju..." Saya nampak seorang remaja yang menaiki Honda Wave dari arah sama bergesel dengan sabuah motosikal lain dan gagal mengawal mesin tersebut menyebabkan dia terbabas ke pembahagi jalan," katanya.

Conteng: Umur baru 17 ta-hong, dah tentu x tamat belajar sebagai mekanik. Kalu orang Jepun baca berita ne dah tentu diorang ketawa pecah perut. Mane tidaknye... Jurutera Jepun
tu dah tau perangai remaja Malaysia, pasal ubahsuai kapcai memang Malaysia Boleh!

Orang Jepun ne saje antar kapcai banyak-banyak kat Malaysia! Mane lagi diorang nak antar? Kat Jepun sendiri pong remaja diorang x pakai kapcai. Negara Brunei yang kecik tu pong x main kapcai ne! Mase aku kerje kat Brunei dulu aku x nampak budak-budak Brunei naik kapcai, yang aku nampak diorang naik Superbike, Chopper dan Scrambler. Petang hari pulak aktiviti budak Brunei- naik basikal siap dengan topi dan sarung tangan!


Kalu nak dibandingkan Malaysia dengan Brunei-namapknye Brunei lagi maju. Negara maju ne selalunye rakyaatnye ade displin, ikut peraturan. Diorang utamakan kebersihan dan menjaga alam sekitar, tak macam remaja Malaysia yang suka merempit, langgar lampu merah, buang sampah merata-rate... Kaorang jangan kecik ati-aku maksudkan sebahagian sahaja. Sebahagian nelah yang menjadi barah kepada Malaysia...!

Kakimotor : 17 /Feb/ 2010
-----------------------------------------------------------------------------------------------------

No comments:

Post a Comment