Jemputan!
Tirai bulan Febuari "dibuka" dengan ucapan Selamat Menyambut Maulidur Rasul!
Diari aku untuk bulan ne bermula dengan menghadiri jemputan malis perkahwinan dari pasangan Wan Raziah dengan Muhd Hafidz pada Sabtu, 4hb di Dewan Pusat Rekreasi - Kepong. Lepas tu jemputan dari Wan Fadzil pada Ahad - 5hb pulak, Sorry! aku tak dapat datang...Jemputan ne adalah majlis perkahwinan kakak Wan Fadzil (Wan Faizun dengan Rahimy) di Dewan Tun Hamdan Sheikh Tahir, Wisma Sejarah. Ada lagi jemputan lepas ne! Majlis penikahan Uan Majid pada 29hb Febuari 2012.
Senaman!
Bulan ne aku kene kurangkan aktiviti berbasikal terutama kayuh waktu malam. Aku hanya akan kayuh sekitar tasik Metro dan Frim- Kepong pada hujung minggu. Sabenarnye tujuan asal aku untuk kayuh basikal ialah untuk buat senaman. Kalu aku berjogging atau berjalan kaki, pasti akan melalui laluan yang sama dan pemandangan yang sama. Hanya dengan kayuh basikal, aku dapat bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dengan menikmati pemandangan macam kayuhan ke Kampung Sungai Pusu - Gombak. Untuk kepuasan kayuhan, sekurang-kurangnye aku berkayuh lebih 35 kilometer pergi dan balik. Kayuhan pulak bergantung kepada kekuatan mental. Aku tidak akan paksa berkayuh sekiranya boleh memudaratkan tubuh aku sehingga boleh rasa letih melaupau.
Pujuklah dirii!
Magnet jemputan majlis kenduri-kendara ne sangat kuat beb! Maklumlah majlis menyediakan
makanan yang lazat-lazat. Tak mampu kita nak menolaknye. Apatah lagi kita selalu gunakan
cogankata "Rezeki jangan ditolak". Bila part makan ne, kita lupa akan kesihatan kita. Penuh pinggan dengan nasi minyak, lauk pauk yang berminyak, lepas tu ambik pulak dessert - selalunye tuan umah sediakan cendol, pengat kacang hijau atau manisan yang lain. Lepas makan, sepatutnye kita boleh imbangi dengan senaman waktu petang, tapi kita malas beb! Pada kengkawan yang malas nak buat senaman waktu petang, pujuklah diri untuk lakukan senaman sapertimana kita pujuk diri kita untuk makan banyak di majlis kenduri.
Kengkawan!
Aku story pasal makan dan senaman ne kerana ada gak kengkawan aku yang masih muda meninggal dunia kerana komplikasi kesihatan saperti obesiti, sakit jantung, kencing manis, strok atau darah tinggi. Kekadang aku tak dapat melawat ketika kawan sedang tenat atau dah meninggal dunia disebabkan beberapa pekara yang tidak dapat aku elakan. Kat entri ne aku berharap kepada pembaca blog dan kengkawan rapat aku, sayangilah diri anda. Buatlah senaman setiap hujung minggu saperti berjalan kaki, berlari atau kayuh basikal! Kalu yang ne pun tak mampu nak buat, cubalah ge kedai runcit dengan berjalan kaki, kemaskan umah saperti sapu sampah, mop lantai atau kalu nak masuk pejabat jangan selalu gunakan lift. Yang paling best buat senaman ialah "window shopping". Kita akan berjalan dari satu kedai kesatu kedai tanpa kita sedari. Ayuh! Pujuklah diri anda untuk buat senaman.
No comments:
Post a Comment