02 February 2012

KURATOR PERLU KREATIF!

Kengkawan Kakiconteng!
Apa kata kali ne kita berkongsi dengan penulis yang bernama Ahmed Syahril Zulkeply pasal pentingnye seorang 'kurator' bila ada pameran lukisan. Jom kita selami pendapat penulis ne: "Kurator bukan sahaja berpendidikan, malah mereka merupakan artis yang bijak selain mampu membincangkan pengaruh sejarah seni , idea, konsep, teori, estitik dan falsafah dalam pengkaryaan mereka secara khusus termasuk dalam praktis seni.

Sebagai kurator kontemporari, mereka bukan sahaja mengenal pasti
dan memperkenalkan pendekatan baru dalam pengkuratoran, malah mereka juga bertindak serba boleh sebagai seorang pengkritik dan
pentadbir seni dalam sistem dunia seni (artis, kurator, pedagang seni
dan kolektor). Dalam hal ini artis sebagai kurator lebih memahami apa yang hendak disampaikan kepada khalayak terutamanya daripada aspek pendekatan dan rekaan persembahan pameran serta perancangan untuk mencapai matlamat utama sesebuah pameran itu diadakan". Ahmed Shahril

Antara artis yang juga salah seorang kurator tempatan, Profesor Madya Jailani Abu Hassan,
yang diibaratkan sebagai seorang pembina, pemelihara, pengurus dan pengusaha bertangg-
jawab ke atas koleksi dipamerkan. Apa pendapat pakar kurator tentang hal ne: "Kurator seperti juga pengarah filem atau lebih tepat lagi sebagai pengarah pameran. Malah dalam melihat potensi kreativiti sesebuah pameran, seolah-olah menjadi trend semasa dimana peranan seorang kurator amat penting". Kebanyakan pihak penganjur pastinya menjemput artis sebagai pengarah seni atau karator bebas bagi mengkuratorkan pameran tersebut," kata Jailani.

"Selain itu, reputasi yang dicipta olih artis sebagai kurator dengan pembinaan persembahan pameran yang luar biasa dan idea yang menarik pasti menjadi perhatian ramai pengunjung untuk datang melihat. Kurator perlu meneroka sesuatu yang belum pernah dilihat oleh sesiapa dari segi rekaan artistik dan susun atur dalam sesebuah pameran. Kalau boleh biarlah pengunjung galeri atau muzium berasa saolah-olah masuk ke dunia baru dengan imejan aneh ciptaan artis. Beliau berkata, untuk menjayakan sesebuah pameran, kurator perlu kenali artis itu dengan lebih dekat. Ini kerana boleh dikatakan artis sebagai kurator bertindak sebagai 'saintis sosial' dan penghubung antara dunia visual dengan makna, visi atau manifesto tertentu".

Sambung Jailani lagi "Apabila kurator itu kenal artis tersebut, sudah tentu memudahkan mereka untuk bekerjasama. Ada yang menjadi malah ada juga yang tidak berjaya. Yang tidak menjadi itu bukan gagal tetapi itulah perjalanan mereka. Sebab itu kurator perlu mempunyai pengetahuan mengenai kesenian dan lebih baik ia dipilih dari kalangan artis sendiri", ujar Jailani.

"Seni ini ada pelbagai jenis dan dari proses penghasilan sesebuah karya sehingga karya itu siap,
ia boleh dipanggil sebagai bahan seni. Macam kita belajar, 30 peratus daripada apa yang kita pelajari sudah tentu merupaka proses teori, manakala 70 peratus pula proses praktikal. Tanpa proses yang baik, tidak akan ada karya yang bagus. Bagi saya, seseorang seniman yang baik menghasilkan karya perlu berkongsi dengan peminat mereka mengenai proses pembikinan," kata Profesor Madya Jailani Abu Hassan


Nota kaki: Ahmed Syahril Zulkeply seorang penulis di ruangan Gaya Pelukis di Utusan Malaysia dan Profesor Madya Jailani Abu Hassan pulak yang aku kenal ketika berada di ITM Dungun. Pernah sekali aku melawat sudio beliau di Bukit Antarabangsa. Studio yang besar dan lukisan beliau yang bersaiz besar! Aku sangat suka kata-kata Jailani iaitu "Bagi saya yang tidak menjadi itu bukan gagal tetapi itulah perjalanan mereka".

No comments:

Post a Comment