Giant-Make Over!
Basikal Mtb jenama Giant model lama ne aku beli tak jauh dari kawasan perumahan aku. Masa nak beli dulu tak banyak pilihan-jadi aku samba jelah Giant Oren-Putih ne! Setakat ne tak de masalah ketika berkayuh (on road) waktu siang atau kayuh malam. Ada gak kengkawan ajak offroad tapi aku belum bersedia lagi. Kalu nak offraad aku kene make over Giant ne dulu.
Mula-mula nak tukar racing saddle warna putih. Lepas tu ganti handlebar lurus dan sedikit pendek. Ganti pedal warna oren dan tali break (groupset) warna oren. Barulah Giant aku ada gaya sikit. Tu belum lagi ganti suspension fork yang harganye RM1650.00 Harga fork ne boleh beli satu lagi Mtb! Macam-macam hal!
Dikalangan kengkawan aku ada yang beli basikal macam tukar baju. Bulan ne beli Mtb Xds, dua tiga bulan pulak jual dan beli GT. Lepas tu katanye GT ne tak ngam nak tukar Gt baru pulak. Beli dan jual dah jadi perkara biasa. Ada gak yang minat kumpul berbagai jenama basikal tapi kene modal besar. Minat atau minat giler tu aku taktau, sebab aku pong suka kumpul berbagai jenama helmet!
- Ne nak story pasal bulan. Bulan February biasanye hanya ada 28 hari, tapi tahun ne terlebih satu hari pulak! Begitulah pusingan bulan beralih bulan. Dulu-dulu ketika aku kecil, Mak ada ajar mengira bulan cara kuno. Caranye gengam jari-jemari saperti penumbuk dan bukujari yang timbul itu ialah bulan yang mempunyai 31hari dan bukujari yang tengelam pulak ialah 30hari kecuali bulan February yang hanya 28hari. Hari ne tak perlulah tenguk penumbuk, pasal hampir setiap umah ada kelender kuda, walaupong tak kaki kuda atau kaki nombor ekor!
Bercakap pasal bulan ne, aku pernah terbaca kat akbar sajak "Apabila Bulan Beralih Bulan".Aku bukannye bagus dalam hal puisi ne tapi aku tertarik bila baca baris kebaris. Walaupong pendek sajaknye tapi berisi. Jadi apakata kita kongsi baris-baris sajak ne dengan kengkawan walaupong ramai kawan aku tak minat sajak.
"Apabila bulan beralih bulan, ada sesuatu yangharus difikirkan. Teman ketawa telah tiada, telah berhijrah ke alam baqa. Apabila bulan beralihbulan, barangkali kita akan beralih pembaringan. Hari ini berbaring dikamar, esok berbaringdalam kuburan". - Djazlam Zainal, Klang. Kumpulan puisi Kemala & Penyair Nusantara.
Nota Lutut: Al' Fatihah buat arwah Ibu & Ayah serta Abang yang telah pergi ke alam Baqa. Juga kepada arwah-arwah yang terdahulu termasuk rakan rakanku - Razak Ali (Uda) dan Sazali (Sateria), Azmi (Cchkl). Semuga Allah mencucuri rahmat keatas roh-roh mereka. Aminnn!
No comments:
Post a Comment