Hai Kengkawan!
Kemarin jam 0530 petang kami ketemu lagi di Tasik Metro @Layang-layang. Kali ne yang berkayuh, ikut nama kat fb : Azhar Thor, Lengkuas Rabak, Herlin Narviana, Amiroul Nergal, En Ahmad Rokymee Mad. Kengkawan yang tak berkayuh pasal ada hal lain ialah Mahfol Azizah, Rimba Bara, Mantoba Alaikum, Ajoi GT, Hisham Ab Hamid dan Imin Kamin.
Berkayuh kat tasik dengan bertemankan basikal baru memang best! Lengkuas Rabak dengan Xds-24 spd (warna biru), Amiroul bersama Gt warna putih dan paling baru basikal En Ahmad dari jenama Xds-27spd (warna hitam-jingga). Petang kemarin gak kami berkayuh dengan kawan baru iaitu Herlin Narviana dengan basikal Giant warna putih. Pusing-pusing keliling tasik sambil menghirup udara separuh segar! Separuh udara segar yang kami sedut adalah dari tumbuhan hijau sekitar tasik dan separuh udara yang tercemar kami sedut adalah dari asap motosikal yang juga mengeliling tasik dengan tujuan suka-suka aje!
Kebiasaan bagi kami, salepas berkayuh akan berhenti kat gerai untuk caj betri. Sambil minum ada jer kisah yang membuat kami senyum dan gelak ketawa. Berkayuh dan gelak ketawa adalah dua perkara berbeza, tetapi kedua-duanya adalah terapi untuk menghilangkan stres! Sabenarnye senyuman mampu mengencangkan kulit wajah kerana ketika kita senyum dan ketawa, banyak otot pada wajah akan bergerak. Saperti bersenam, otot-otot ini akan perlahankan proses penuaan.
Untuk menghindarkan wajah lebih tua dari usia sebenar, bukan sekadar senyum atau senaman. Kita juga perlu menjaga pemakanan dengan mengambil protein, karbohidrat, sayur dan buah. Kalu kita kekurangan zat makanan (gizi), tentulah kita akan kelihatan lebih tua kerana tubuh menjadi lesu dan kulit ku-reng bercahaya. Maksud kureng bercahaya tu macam kulit kering, kusam atau kulit udah mengelupas! Waktu tido kene jaga gak beb! Kalu waktu tido kita kurang enam jam atau kualiti tidur menurun, pun takleh gak. Sebab waktu kita tido, tubuh akan menjalani proses pemulihan dan pembaikan sel kulit dan otak. Kureng tido buat kita nampak lesu, mudah penat, sukar fokus dan mudah jatuh sakit.
Nak kayuh, senyum, gelak ketawa dan makan perlu ada kawan beb! Kalau kita dah ada ramai kawan bagilah sikit hormat pada mereka. Jangan cepat marah! Marah akan memberikan kesan buruk jika kita selalu lakukan-nya. Sifat marah akan memperceptkan proses penuaan, malah boleh juga menimbulkan stres dan menurunkan kesihatan tubuh. Kenapa mesti cepat marah? Hadapilah kenyataan, nikmatilah kehidupan saperti kita menikmati "icecrem" sabelum icecrem cair!
No comments:
Post a Comment