25 May 2014

Babi, Celaka & LTTE



Assalamualaikum!
Dolu, masa  kita bebudak lagi orang tua kita ajar kita jangan sesekali bercakap perkataan babi, celaka dan sial ketika kita marah. Kita juga diingatkan jangan mencarut atau menjatuhkan maruah orang lain dengan perkataan 'keling paria' misalnya. Hari ini, kononnya dek kerana kesibukan emak-bapak untuk mendaptkan sesuap nasi, anak-anak dibiarkan bebas bercakap dan berguru pulak dengan burung kakak tua.


                       [I]

Coklat Cadbury
ne memang aku suka terutama yang isinya tak ada kacang hazel, buah badam atau almond. Tetapi bila coklat susu tanpa kacang (dairy milk chocolate)  habis, aku terpaksa gak beli salah satu coklat Cadbury tersebut. Alih-alih, coklat Cadbury yang dikeluarkan oleh Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd itu tiba-tiba dikatakan mengandungi Asid Deoksiribonukliek babi atau istilah lain ialah DNA Babi.

Isu
pengesanan DNA babi dalam produk Cadbury tersebar luas di media sosial sejak semalam dan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menggantung serta merta sijil pengesahan halal dua produk coklat tersebut. Kata Jakim, pihaknya menjalankan pemeriksaan berkala terhadap syarikat pengeluar coklat terbabit pada 20 Febuari lepas dan mendapati syarikat tersebut ketika itu mematuhi piwaian pensijilan halal Malaysia.

Biasanya, syarikat atau dapur-restoran dihotel-hotel akan memohun 'sijil halal' kepada Jakim dengan tujuan mendapatkan keyakinan pelanggan dari orang Islam. Selalunya sijil atau tanda halal dari Jakim akan ditapal atau digantung berhampiran pintu masuk ke restoran tersebut. Tetapi bukan semua syarikat, dapur-dapur dan restoran itu memohun sijil halal dengan cara yang betul. Ada gak segelintar daripada pemohun sijil halal menipu pegawai-pegawai Jakim.


Sebagai contoh, boleh juga terjadi penipuan oleh  dapur-dapur restoran yang mahu memohun sijil halal. Mungkin dua tiga-hari sebelum pegawai-pegawai dari Jakim hendak membuat pemeriksaan, dapur-restoran tersebut akan dibersihkan. Kakitangan yang rambut panjang, kuku panjang akan memotongnya dengan segera. Kakitangan tersebut juga diminta memakai unifom yang terbaru termasuk topi, appron dan hand towel.

Barang-barang yang dikira tidak halal termasuk bir dalam tin akan disorokan pada satu tempat yang tidak diketahui oleh pegawai Jakim. Bir tersebut tidak dijual secara terang-terangan di dalam restoran tetapi sekiranya tetamu bilik hotel memesan melalui menu 'room service', bir itu akan dihantar kepada tetamu tersebut. Tak kiralah yang memesan bir tersebut orang Islam atau bukan Islam, janji service mesti baik maa!


Apa kata, aku salin sikit dari buku  Halal & Haram susunan Mustaffa Suhaimi yang menulis tentang Daging Babi.
Kata Suhaimi: "Daging babi atau khinzir diharamkan untuk dimakan oleh manusia kerana disifatkan kotor dan merbahaya kepada manusia. Ketika ayat pengharaman diterima mungkin ramai orang Arab tidak tahu bahaya di dalam daging babi. Tetapi ahli perubatan moden telah mendedahkan bahawa biasanya di dalam daging babi itu terdapat cacing pita yang masih sukar mati walaupun sesudah dimasak".

"Telah diketahui umum bahawa babi itu gemar makan bahan makanan yang kotor dan basi termasuk najis binatang atau najis manusia. Malah tabiat gelojoh binatang itu dipercayai akan menular kepada manusia yang sering memakan dagingnya. Maka daging babi itu pun diharamkan untuk dimakan selaras dengan ayat al-Quran yang mengharamkan segala yang kotor dan membawa bencana kepada manusia" (baca surah al-A'raf, ayat 157).



Pada
kesempatan ini juga aku share dari Kuasa Pembeli & Pengguna Melayu Islam-KPPMI's photo yang telah menyenaraikan barang-barang tidak halal yang mungkin mengandungi DNA babi :

1- Ajinomoto buatan Thailand

2- Minyak masak Lam Soon (cap helang/cap buruh).

3- Semua tauhu, mee, kuetew basah, kulit popia, pucuk, fish cake, bebola ikan, yong taufu, serbuk perasa mee segera buatan orang Cina.

4- Sabun Fab berbuku, sabun Lux, cream muka jenama Hazeline Snow dan berus gigi jenama Reach.

5- Sardin, kari ayam dalam tin, ice cream murah dan daging burger serta hot dog yang di import. - Wallahuaklam!



                       [II]



Pulau Pinang!
Ini pulak cerita tentang ayat 'celaka' yang dianggap oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, RSN Rayer sebagai 'biasa' bagi orang Pulau Pinang. Pasal adun ne, aku sejujurnya sebelum ini tidak kenal langsung sebab beliau tidaklah popular seperti Nurul Izzah atau orang baru si Dyana Sofya.



Malah kata RSN Rayer, beliau langsung tidak terjejas dengan ancaman yang diterima susulan sikap biadabnya menggelar UMNO celaka sebelum ini dan meneruskan aktiviti harian seperti biasa. Perkataan celaka itu biasa digunakan beliau dan kadang-kadang beliau menelefon rakan-rakannya juga menggunakan perkataan sedemikian.

Dalam pada itu, Rayer berkata, beliau turut dimaklumkan oleh Perlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa bahawa perkataan tersebut tidak akan menjadi isu sekiranya Pas yang memaki UMNO. Malah, beliau mendakwa kenyataan itu sengaja disensasikan kerana faktor PRK Parlimen Bukit Gelugor dan Teluk Intan.

Bagi akulah, betul atau tidak perkataan celaka itu biasa diguna-pakai oleh orang Pulau Pinang bukan satu masalah besar bagi orang Melayu. Memang betul, perkataan celaka itu sering diguna-pakai kerana mahu bergurau dengan rakan atau mahu menunjukan kemesraan antara mereka. Tetapi jika istilah celaka itu ditujukan kepada seteru atau pihak lawan, tentulah  pihak lawan akan merasa terhina.

Taktaulah aku kalau RSN Rayer saja-saja 'main api' dengan orang Melayu dan UMNO kerana hendak membalas dendam. Maklumlah, dolukan pernah orang Melayu hina kaum India dengan perkataan 'paria'. Pulaktu, dalam buku sejarah dolu-dolu pun ada perkataan yang tidak digemari oleh kaum India iaitu 'Orang Keling'.

Hari ini,
kaum India tidak lagi disebut sebagai  'Orang Keling' malah buku-buku sejarah lama yang ada perkataan keling udah diharamkan berada dalam kelas. Dari segi ekonomi pulak, kaum India Malaysia sudah banyak berubah. Ramai yang udah hidup senang dan  kaya-raya hasil dari penyatuan pelbagai kaum dalam parti kerajaan yang memerintah.

Jika kaum Cina Malaysia makan-minum di KFC misalnya, terdapat juga kaum India Malaysia yang mampu berada dalam outlet tersebut. Begitu juga jika kaum Melayu Malaysia mampu melancong keluar negara, apa kurangnya kaum India Malaysia. Ada setengah kaum India Malaysia yang sudah bergelar jutawan hasil usaha gigih mereka dalam perniagaan.

-[Mj] Kaum India Malaysia hari ini bukan lagi orang keling tetapi kaum India Malaysia yang berjaya. Tidak rugi sekiranya kita berbaik-sangka diantara satu sama lain, bagi tujuan menjayakan misi Malaysia sebagai negara maju menjelang 2020!



                       [III]


LTTE!
Adalah singkatan nama dari Harimau Pembebasan Tamil Eelam. Kita baru sahaja mengetahui pasal tiga warganegara asing yang disyaki anggota kumpulan pengganas LTTE ditangkap pada satu operasi Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Petaling Jaya dan Klang, Selangor pada 15 Mei lalu.

Ketiga-tiga
anggota LTTE itu telah menyusup masuk ke negara ini sejak 2004 dan menjadikan Malaysia sebagai pangkalan untuk mengumpul dana, menyebar propaganda dan mengaktifkan kembali LTTE di peringkat antarabangsa ujar Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Polis bagitahu, dalam tangkapan tersebut ketiga-tiga mereka memegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHCR) untuk menetap di Malaysia. Polis telah menemui bahan propaganda LTTE, peralatan media dan mata wang asing daripada 24 negara bernilai RM20,176.53.

Berita tangkapan militan antarabangsa dan anggota pengganas LTTE baru-baru ini, telah membuktikan bahawa khabar angin sebelum ini yang menyatakan bahawa Malaysia adalah negara kedua bagi militan untuk melarikan diri daripada buruan Interpol adalah benar. Mereka menyusup masuk ke negara ini kerana mudah bersembunyi disebabkan warna kulit dan bahasa yang lebih kurang sama dengan mereka.


-[Mj] Yalah! Takkan kumpulan bekas pengganas seperti LTTE hendak bersembunyi di AS atau negara belah Eropah. Salah satu sebab, tentulah bahasanya yang berbeza dan kedua pulak ialah tentang warna kulitnya. Jika mereka menyusup masuk ke Malaysia tentulah sukar sikit PDRM atau Interpol nak kesan mereka kerana mereka boleh menyamar dan boleh gak berada dalam kelompok masyarakat  kaum India Malaysia.

Begitu juga dengan militan dari negara Indonesia. Mereka tidak ada masalah kalau hendak bersembunyi di Malaysia kerana wajah, kulit dan bahasa mereka hampir sama terutama kalau mereka bersembunyi sambil bekerja di ladang-ladang kelapa sawit atau ladang getah sekitar negeri Johor, Selangor dan Perak. - Wallahuaklam!





No comments:

Post a Comment