11 May 2014

Majlis Hi-Tea SMK Gombak Setia


Assalamualaikum!
Semalam!
Aku turut menyelit di celah-celah keriuhan bekas pelajar SMK Gombak Setia yang mengadakan Majlis Hi-Tea & Amal, sempena 40 tahun Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia. Aku bersama adik beradik aku iaitu Ali @Bonsai Sekincan, Majid Tatt dan Hamidah telah turut serta kecuali adik Misah yang tidak dapat hadir.

Majlis
berlangsung pada jam 0300 petang didewan Kampung Pengantin itu telah menemukan rakan-rakan dan cikgu mereka. Aku pulak, teringin sangat hendak berjumpa  Cikgu Mohd Zain, bekas guru kelas aku Cikgu Sukma Murni dan Cikgu Mohd Nor Muin, kawan satu kelas sewaktu di Tingkatan Satu dan Dua.

Adik
aku Hamidah tentulah gumbira dapat berjumpa rakan-rakan sekolah dan siap bergambar lagi dengan guru kelas dia. Begitu juga adik aku Ali dan Majid Tatt. Masing-masing dapat bertemu rakan lama, bertanya khabar sambil menikmati menu minum petang yang di kira 'heavy' gak iaitu meehoon goreng, ayam goreng, ruti jala, mee rebus, kambing pangang dan bubur kacang hijau.


Aku
duduk semeja lapan orang bersama junior aku Ramlee Mohd. dan kelihatan diatas meja udah tersedia goblat, satu botol besar mineral water dan satu jug orange juice. Sementara di screen putih bercerita tentang sejarah SMKGS, aku bersama rakan menjamah menu hi-tea yang telah tersedia di meja buffet.

Usai menjamu selera ala kadar, aku bertemu pulak dengan junior aku si Lan Sanjai dan Qhyroll Mohd. Nor. Dari cakap-cakap diaorang, aku dapat tahu iaitu ketiga-tiga Cikgu yang aku hendak jumpa tak datang. Khabarnya Cikgu Mohd Zain Ramli baru balik dari umrah dan mahu berehat dirumah, manakala Cikgu Mohd Nor Muin tidak dapat dihubungi.

Selain
berjumpa rakan adik aku Ali, aku juga berjumpa rakan-rakan adik aku Majid iaitu Ajak Jinjang (Abd Razak Saad) dan Lan Yusof yang sewaktu dolu tinggal di sekitar Batu 6 Gombak @Kg Kerdas. Ketika berbual-bual di meja 68 bersama junior aku Lan Yusof, aku bagitau dia iaitu asal SMKGS ne ialah ketika sekolah ini dalam percubaan dan menumpang di Sekolah Rendah Setapak pada tahun 1969.

Aku
mula masuk sekolah menengah yang dikenali dengan Sekolah Derjah Menengah Kebangsaan Setapak. Aku di Tingkatan 1A bersama dengan Cikgu Mohd Noor Muin, Cikgu Zul, Roslan Abu Bakar, Norizan, Azizah Adam dan ramai lagi. Guru Ketua pada masa tu ialah Cikgu Mod Zain
Ramli dan guru kelas aku ialah Cikgu Sukma yang mengajar mata pelajaran Sains dan Lukisan.

Salepas kejadian 13 Mei 1969, Sekolah Derjah Menengah Setapak berpindah dan menumpang di Sekolah Rendah Gombak Setia. Seingat aku, Cikgu Mohd Zain Ramli sebagai Guru Besar dengan dibantu Cikgu Sukma Murni, Cikgu Nordin dan ada lagi Cikgu yang aku udah lupa nama beliau.

Sekolah
tumpang di Gombak Setia hanya ada empat kelas iaitu dua kelas tingkatan satu dan dua kelas tingkatan dua. Waktu pagi bebudak sekolah rendah guna kelas tersebut, petangnya pulak kamilah yang gunakan bilik derjah diaorang. Nama sekolah waktu itu ialah Sekolah Derjah Menengah Gombak Setia.

Tidak
ada perkara yang menarik hendak diceritakan tentang sekolah aku ini ketika itu. Tidak ada bilik sains, bilik lukisan atau bilik pertukangan. Jauh sekalilah nak cakap pasal sukan hoki, takraw, bola sepak atau setidak-tidaknya bercakap pasal aktiviti hujung minggu seperti kelab palang merah atau kadet polis. Tak ada! Selalunya waktu rehat, aku dan rakan bermain bola ala-ala Tarzan dan ada gak sesekali Cikgu Mohd Zain turun padang, melayan kami bermain bola.

Mengenai Cikgu Sukma Murni pulak, ramai junior aku kata Cikgu Sukma garang. Masa zaman akulah, beliau tidaklah segarang mana pun. Masa dolu, bila hujung minggu aku bersama abang aku Hj.Omar, abang
Amin Rahmat dan seorang budak pompuan (cucu Pak Yunus) bertandang ke rumah Cikgu Sukma kerana hendak belajar kelas tambahan gitu. Abang aku, Amin dan budak pompuan tu belajar matematik dan aku pulak belajar Bahasa Inggeris.

Tidak
seorang pun rakan kelas aku yang tahu aku ada belajar kelas tambahan Bahasa Inggeris dengan Cikgu Sukma. Selalunya ketika di kelas tambahan, Cikgu Sukma akan ajar aku membaca buku Bahasa Inggeris untuk dibaca dalam kelas esuknya. Walaupong aku lambat 'pick-up' dalam Bahasa Inggeris, sekurang-kurangnya pelat Melayu aku ketika membaca buku berbahasa Inggeris di dalam kelas dikira oklah. Terima kasih kepada Cikgu Sukma kerana mengajar aku Bahasa Inggeris. - Wallahuaklam!







1 comment:

  1. Agen Sabung Ayam Terbaik Indonesia AGENS128.
    Agen Bola Sbobet Indonesia
    Link Alternatif Sbobet
    Contact Kami :
    BBM : D8B84EE1 / AGENS128
    Line id : agens1288
    WhatsApp : 0877-8922-1725
    Telegram : AgenS128 / https://t.me/AgenS128

    ReplyDelete