24 May 2014

NASIB YINGLUCK & DYANA SOFYA




Assalamualaikum!
Hari ini aku cuba tidak mahu menaip tetapi melihat kepada entri bulan Mei yang aku post amat sedikit, aku pun mulalah menaip entri Nasib Yingluck dan Dyana Sofya. Banyak berita dan isu yang menarik perhatian aku sejak seminggu dua ini yang boleh dikongsi dengan pembaca blog seperti rampasan kuasa dan nasib Yingluck yang kini ditahan oleh pihak tentera Thailand disatu lokasi rahsia.
 

Begitu juga dengan berita Dr Mahathir dilantik sebagai Pengerusi baharu Proton Holdings Bhd., bantahan ahli Pemuda UMNO terhadap sikap biadab ADUN Sri Delima, RSN Rayer yang menyebut 'UMNO celaka', cerita tentang Dyana Sofya, kejayaan Malaysia ke final Piala Thomas serta berita tentang coklat Cadbury ada DNA babi.


I- Kisahnya! Bila Paglima Angkatan tentera Thailand, Jeneral Prayuth mengumumkan rampasan kuasa dengan alasan bagi memulihkan kestabilan negara Thailand, maka dengan itu perintah berkurung pun dilaksanakan dan Perlembagaan digantung.

Akhirnya kemelut politik Thailand yang berlarutan sejak enam bulan lalu berakhir pada 22 Mei 2014 pukul 0430 petang. Rampasan kuasa kali ini juga mengulangi cerita lama dimana pemerintahan tentera selama 41 hari pada 2006 dibawah pemerintahan Jeneral Sonthi Boonyaratglin yang menyingkirkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri  ketika itu, Thaksin Shinawatra.

Kali ini,
magnet bekas Perdana Menteri yang dipilih melalui pilihan raya iaitu Yingluck Shinawatra semakin hilang selepas beliau ditahan oleh pihak tentera bersama-sama berpuluh-puluh pemimpin kerajaan dan ketua-ketua parti serta aktivis lain. Tempoh mereka ditahan bergantung sejauh mana penglibatan mereka dalam krisis politik di Thailand.

- [Mj]
Nasib Yingluck yang cantik, kaya dan terkenal itu tidak diketahui walaupong beliau dipilih oleh rakyaat melalui pilihan raya tetapi masih lagi tidak dapat menjamin akan masa depan beliau di arena politik. Pergolakan politik di Thailand boleh gak berlaku di Malaysia sekiranya kita tidak mahu lagi mendengar nasihat raja-raja dan membiarkan minda kita dijajah secara membabi buta kerana terpengaruh hanya dengan seorang pemimpin yang kita suka.



II- Dyana Sofya!
Ini pula cerita tentang nasib seorang gadis cantik, berkulit putih gebu dan bermata sepet yang berasal dari Johor. Ramai pulak yang berminat untuk bersuara dan menulis tentang beliau setelah diperkenalkan oleh Lim Kit Siang sebagai calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PKR) Parlimen Teluk Intan.

Sejarah pendek bekas graduan UiTM jurusan undang-undang itu bermula setelah  dua tahun beliau menjadi ahli dan baharu sahaja  dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Lim Kit Siang. Dyana Sofya Mohd Daud telah dikritik kerana membawakan isu intergriti kaum, menolak usul hudud dan Dyana juga dengan berani mencadangkan supaya Universiti Melayu (UiTM) itu  dibuka kepada semua kaum.

Ada penulis yang menulis di media baru, mengaitkan polemik Dyana Sofya itu dengan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan anak belaiu Marina. Tidak ketingalan juga beliau dikaitkan dengan ikon puteri reformasi PKR Nurul Izzah, serta bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim, parti PKR, Pas dan UMNO serta ibu kepada Dyana Sofya itu sendiri. 

Ramai yang emosinol apabila memperkatakan tentang gaya dan sensasi yang skripnya direka oleh parti DAP. Rakan sekutu DAP, PKR dan Pas serta seteru politik beliau mula gelabah apabila Dyana Sofya mula menunjukkan kebangkitan bayangan seperti ikon puteri refomasi kesayangan Annuar Ibrahim. Pada usia semuda itu, Dyana mungkin boleh memenangi kerusi Perlimen Teluk Intan dan bergelar Yang Berhormat!

III- Penulis
di media baru ada menyatakan bahawa mantan PM, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengkritik cara pendidikan ibunya Yammy Samad, kononnya tidak pandai mendidik anak. Ibu si Dyana Sofya menjawab kritikan tersebut berbunyi "Saya cuba didik Dyana seperti Mukhriz tetapi dia membesar seperti Marina".
Sambung penulis tersebut: Tun Mahathir gagal dalam mendidik anak pompuan beliau sehingga doktrin perjuangan UMNO tidak mampu mendidik keIslaman Marina yang ketika ini hanyut dengan pergerakan Feminisme-Liberalisme melalui 'Sister In Islam' (SIS).

Itu komen penulis di media baru tentang Tun Dr Mahathir. Berkenaan dengan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abd Aziz Ibrahim pula, beliau terpaksa meletakan jawatan dalam parti kerana tertipu dengan agenda DAP yang kononnya sebagai parti untuk semua tetapi cuma retorik semata-mata.


Penulis itu hairan gak bagaimana seorang yang hebat dan berkelibar seperti Tunku Aziz itu boleh terpedaya dengan gimik DAP. Sambung penulis itu lagi, apa yang tidak ada pada Tunku Aziz: beliau seorang kerabat diraja Kedah dan tokoh berprofile tinggi tetapi masih gak kene kelentong!


IV- Asalnya
kerusi Perlimen Teluk Intan itu milik PKR tetapi disebabkan tiada calon yang layak maka DAP dengan bangganya mencalonkan wajah ayu Dyana Sofya dengan tujuan pengundi-pengundi dari kaum Melayu memilih Dyana Sofya. Pas yang kebanyakan ahlinya menyokong cadangan hudud dilaksanakan di negeri Kelantan, akhirnya terperangkap juga dengan helah DAP.

Serangan dan fitnah terhadap Dyana Sofya dalam kempen pilihan raya di Teluk Intan, telah melonjakkan lagi nama beliau dalam arena politik tanah air. Derhaka Dyana Sofya kepada orang Melayu adalah derhaka kerana ingin dikenali sebagai 'Yang Berhormat'.


-[Mj]
Gadis cantik seperti Dyana Sofya juga bercita-cita ingin menjadi Yang Berhormat. Jika beliau tidak terjerumus ke dalam kancah politik, mungkin beliau akan menjadi artis (pelakun) atau setidak-tidaknya menjadi peguam tetapi tidak glem! Nasib Yingluck dan Dyana Sofya yang dikatakan derhaka itu mungkin tidak sama tetapi cita-cita mereka mungkin sama iaitu mahu cantik, kaya dan terkenal. - Wallahuaklam!


No comments:

Post a Comment