Petang Jumaat di Kuala Lumpur.
Langit petang disini masih lagi dilindungi awan kelabu. Burung-burung berkicauan, terbang dan hinggap di dahan lampu sebaik sahaja titis-titis air hujan mula menghilang. Siapa yang dapat menduga, tiba-tiba hujan tak jadi walaupun tadinya langit gelap, diikuti guruh dan petir.
Aku teringat akan perbualan kami malam tadi sebaik sahaja aku, Majid, Baha dan Basri bertemu di Bangi Kopitiam di Taman Batu Muda. Perbualan berkisar tentang air lombong yang dipam ke Sungai Selangor kerana nak menampung krisis air di Selangor. Orang ramai khuatir kalau-kalau air dari bekas lombong itu akan menjejaskan kesihatan pengguna kerana dikatakan mengandungi unsur logam merbahaya.
Pada masa yang sama pakar-pakar memberitahu kemungkinan Malaysia akan menghadapi musim kemarau berpanjangan selama enam bulan mulai Jun ini jika fenomena El Nino terjadi yang mungkin mengakibatkan peningkatan suhu melampau serta menjejaskan taburan hujan di Asia Tenggara.
Kebarangkalian El Nino berlaku di Asia Tenggara kerana fenomena ini adalah disebabkan pemanasan suhu permukaan laut yang berlaku dalam tempoh enam bulan berturut-turut setiap tahun di timur Lautan Pasifik kata pakar Kaji Cuaca United Kingdom. Kesan tempias El Nino kepada Malaysia ialah ia akan menjejaskan dengan teruk keadaan bekalan air negara terutama di negeri Selangor.
(I)
Khamis Jam 1045 malam Lokasi : Bangi Kopitiam, Tmn Batu Muda
"Air kita ne terpaksa diagih-agihkan kepada pengguna berbayar dan pengguna yang tidak berbayar. Maksud aku pengguna yang tidak membayar satu sen tu ialah kilang atau ladang yang membuat penyambungan paip haram" Ujar Basri sambil menyandarkan badannya ke sofa berwarna coklat.
Si Baha pulak mencelah, "Udahlah kita menghadapi krisis air, kita bukak pulak pintu luas-luas pada pelancung, supaya diaorang datang ramai-ramai ke Malaysia atas alasan Tahun Melawat Malaysia".
"Tau tak pa! Itu belum lagi pelancung yang masuk secara haram kerana hendak bekerja atau melakukan aktiviti terlarang".
"Air yang berbaki tinggal sedikit ne pulak kita rebutkan dengan pengusaha hotel, restoran, hospital, bomba, car wash, peladang, peternak dan pengusaha-pengusaha kilang air minuman terutama mineral water".
"Singapura, tak ada pulak aku dengar masalah pasal air"
"Diaorang memang takde masalah. Kalau Johor tak jual air pun, Singapo boleh sedut air laut. Diorang ada teknologi sulingkan air".
"Mana lu tau Basri?"
"Memanglah gua tau. Sepatutnya Selangor tiru jer teknologi sulingkan air laut macam kat Singapura".
"Tapikan Selangor jauh dari laut", Si Baha menyampuk sambil menyedut air sirap cinchow yang berbaki tinggal sedikit.
"Itu gua tak tau. Pandai-pandailah diaoranglah nak selesaikan isu air terawat. Kejap ya! Gua nak pergi tandas". Basri bangun dan berjalan ke arah belakang Bangi Kopitiam.
(II)
Jumaat Jam 0700 malam Lokasi : Di Taman Perumahan. Kicauan burung di dahan lampu sudah lama menghilang. Kini yang kedengaran ialah bunyi azan dari corong pembesar suara di Surau. Azan yang dilaungkan oleh Muazzin itu menyeru umat Islam mengerjakan solat fardu Magrib. Aku segera menutup tetingkap blog Kakiconteng yang entrinya baru separuh siap aku taip.
Surau yang letaknya diantara tiga blok apartment ini telah menjadi tumpuan sebahagian penduduk sekitar kejiranan aku apabila tibanya waktu solat lima waktu. Segelintir penduduk pulak buat 'bodoh' apabila mendengar azan. Mereka tetap meneruskan rutin mereka lepak-lepak di restoran mamak sambil berbual kosong.
(III)
Jumaat Jam 0745 malam. Lokasi : Pulau Berhala, Sandakan.
Sebaik selesai solat Magrib, platun Tiger dari Pasukan Gerakan Am (PGA) meneruskan rutin rondaan di sekitar perairan Sandakan. Ketika sedang menjalankan rondaan, mereka terserempak dengan sebuah bot laju dengan kekuatan enjin 200 kuasa kuda yang dinaiki oleh tiga lelaki dipercayai kumpulan penculik.
Bot pasukan keselamatan itu telah berjaya mengejar dan merempuh bot laju yang dinaiki suspek setelah mengejar dalam jarak antara dua ke tiga kilometer. Suspek yang cedera dibawa ke Hospital Sandakan manakala dua lagi rakannya dibawa ke IPD Sandakan untuk siasatan.
Jumaat Jam 0900 malam Lokasi : Sungai Golok.
Batalion Pertama Rejimen Sempadan meneruskan tugas mengawal di Mundok, Pengkalan Gergaji dan Pos Ular. Dalam Ops Wawasan, Rejimen Sempadan itu akhirnya berjaya menangkap 20 pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Myanmar ketika cuba menyeberangi Sungai Golok di pos Ibrahim Pencen dan Becah Kaki.
(IV)
Jumaat Jam 1000 malam Lokasi : Di Taman Perumahan
Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan penculik dari selatan Filipina tidak gusar akan sekatan laluan mereka yang dibuat oleh Tiger (PGA) atau Rejimen Sempadan atau juga kewujudan Kawasan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone). Ini terbukti apabila seorang lagi warga China, Yang Zai Lin menjadi mangsa penculikan di Semporna, Sabah pada 2 April lalu.
Orang luar iaitu pendatang dengan izin atau tanpa izin tetap berminat datang ke Malaysia walaupun Malaysia kini menghadapi krisis air terawat dan mungkin juga akan menerima tempias Al-Nino. Mereka tidak kisah pasal hukuman yang lebih berat menanti mereka yang masuk secara haram. Bagi mereka, jika dapat masuk ke Malaysia itu udah dikira cukup bagus, kerana boleh meneruskan kelangsungan hidup.
Seperti yang dialporkan iaitu Polis Cawangan Khas Bukit Aman (anti keganasan) telah lama ditempatkan di KLIA bagi memantau kemasukan kumpulan pengganas. Pun begitu, ada juga beberapa orang pengganas yang terlepas pandang kerana menggunakan pasport palsu dan bersembunyi di Malaysia.
Salah seorang yang dimaksudkan ialah seorang lelaki berusia 34 tahun, berasal dari Afrika Timur yang ditahan kerana terlibat dalam kumpulan penganas Al-Shabab. Selain Al-Shabab, suspek dipercayai terlibat dalam rangkaian Al-Qaeda juga mungkin terlibat dengan kumpulan pengganas di Syria.
(V)
Jumaat Jam 1130 malam Lokasi : Di Taman Perumahan.
Suasana malam di sini seperti malam-malam sebelumnya. Kebanyakan penghuni apartment mulai terlena dengan membawa sekali mimpi-mimpi ngeri. Mimpi yang melihat ramainya pati menyusup masuk melalui lorong-lorong tikus di Sungai Golok. Masuk melalui perairan Selat Melaka dan menyelinap di celah-celah pokok bakau yang berlumpur.
Dalam mimpi itu, kelihatannya mereka ada yang berkumpul di celah-celah pokok bakau, di celah-celah pokok kelapa sawit, menanti lori atau kereta datang mengambil mereka. Tempat pendaratan pati itu tidak jelas, kerana kawasannya sangat luas hingga pihak berkuasa pong tidak mampu memantaunya. Mungkin mereka berada berhampiran Kukup atau Tg Api-Api atau juga di Pulau Pisang atau di Tg Labah.
Ketika ini aku juga sedang di ulit mimpi seperti kebanyakan pengghuni di apartment ini. Dalam mimpi, aku lihat sekawan burung sedang terbang dan ada yang hinggap di dahan lampu. Burung-burung itu berkicau riang memerhatikan kelakatu berkumpul didepan lampu. Saekor demi saekor sang kelakatu itu jatuh tersungkur, mengelupur dan akhirnya mati disitu. - Z-Z-Z-zzz!
|
Agen Sabung Ayam Terbaik Indonesia AGENS128.
ReplyDeleteAgen Bola Sbobet Indonesia
Link Alternatif Sbobet
Contact Kami :
BBM : D8B84EE1 / AGENS128
Line id : agens1288
WhatsApp : 0877-8922-1725
Telegram : AgenS128 / https://t.me/AgenS128