20 May 2014

DI BELAKANG TABIR


Malam Sabtu
lepas (16 May 2014) aku bersama Majid Tatt, Azahan, Baha Sharif dan isteri serta beberapa rakan lagi berkesempatan menonton  teater Di Bawah Lindungan Kaabah (DBLK), yang dipentaskan
di Panggung Sari, Istana Budaya, hasil usaha penerbit Siti Rohayah Attan dari Citra Production.



"Ini adalah kali pertama aku dapat menonton pementasan teater pasal aku bukanlah peminat teater. Masa dolu, ketika aku masih budak, abang sulung aku pernah gak bawak aku menonton bangsawan yang jalan ceritanya berkisar tentang Pontianak". - Mj


Selesai sembahyang Magrib di Masjid Titiwangsa, kami berkumpul disatu sudut cafe yang terletak di Istana Budaya sambil menanti masa tayangan yang akan bermula pada jam 0830 malam. Sambil minum, aku meneliti tiket yang dicop merah 'Meet & Greet' yang berkmaksud, lepas nonton teater nanti kami diberi kesempatan minum bersama pelakon Nasha Aziz.



Kalau
aku nak story pasal pementasan ne tentulah bukan aku orangnya. Jadi, aku hanya nak cerita  siapa tenaga produksi yang berada di belakang tabir bagi menjayakan teater Di Bawah Lindungan Kaabah ini. Teater DBLK ini adalah sebuah persembahan yang diadaptasi dari novel Allahyarham Prof.Hj Abdul Malik Karim Amrullah (Hamka).

Pemilihan karya 'ada kelas' ini mampu memberi mesej yang berguna kepada khalayak seperti isu yang berkaitan anak yatim, ibu tunggal yang hidup dalam kemiskinan, keluarga Engku Jaffar yang baik hati serta kehebatan cinta sesama manusia dan kehebatan cinta kepada Allah SWT.


Barisan di belakang tabir bermula dengan anak kelahiran Muar, Johor iaitu Rosminah Mohd Tahir sebagai Pengarah Teater dan Penulis Skrip, Pengarah Muzik/Komposer pula ialah Datuk Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah), manakala A. Aris Kadir selaku Pengarah Tari. Irwan Ismadi Shahrim (UiTM) pula sebagai Pengarah Artistik, Najiffaizal Mohd Tawel (UTM) sebagai Pengarah Multimedia & Pereka Set, Chloe Siao Hui Boon (UPM) selaku Pengarah Pemasaran dan Zawiah Mohamad (USM) sebagai Pengurus Produksi.


Azhar Zainal
anak kelahiran Segamat, Johor pula sebagai Penolong Pengarah, Suhaila Awang sebagai Penolong Koreografer. Sarina Azizan, lulusan Sarjana Muda UiTM ini pula sebagai Pereka Kostum dan Razali Itam yang pernah berkhidmat di Jabatan Kerja Raya, kemudian berpindah ke Istana Budaya sebagai Pereka Set dan Prop.


Wan Azman Wan Ahmad,
anak kelahiran Pulalu Pinang ini pula sebagai Pengurus Pentas dan Mahadzir Hanafiah yang mendapat pendidikan di UiTM Shah Alam dalam bidang Seni Lukis & Seni Reka ini sebagai Pereka Multimedia.




Pereka Grafik pula ialah Frederick Ngieng yang mendapat pendidikan dari PJ College of Arts & Design dan Anuar Mohamad Kassim yang berasal dari Melaka sebagai Jurutera Bunyi.


Azzazizal Shuib pemegang Diploma Elektrik & Elektronik sebagai Pereka Tatacahaya dan Ann Nursyam yang memiliki Ijazah Sarjana Muzik di Institut Seni Indonesia  Padang Panjang, Indonesia pula bertindak selaku Komposer Bersama. 


Teater
Di Bawah Lindungan Kaabah (DBLK) ini juga dibantu oleh Pemuzik Gambus dan Drabuka, Unit Perhubungan Awam, Penyelaras Teknikal, Pembantu Produksi, Pembantu Pentas, Penyelaras Pameran, Ketua Juru Solek, Jurusolek Seni Warisan Artistik dan Krew Kostum & Wardrobe.

Seperti yang dilapurkan oleh akhbar tempatan iaitu pementasan DBLK yang dibarisi pelakon Adi Putra, Nasha Aziz, Ahmad Zahid Baharudin, Mohd Taufiq Izmir, Nurul Elfira Loy, Fizo Omar, Yasmin Hani, Gadaffi Ismail Sabri dan Liza Abdullah telah berjaya menarik golongan penonton yang sebelum ini tidak terdedah dengan pementasan teater.

Dibantu
oleh barisan pelakon seperti Dayana Roza, Alina Hassan, Mohd Shahrul Mizad, Lokman Ghani, Wafiy Irfan Ariffen, Tun Amiera Rania, serta Ensemble Istana Budaya, Ensemble Kanak-Kanak, Kumpulan Gerak Lelaki dan Kumpulan Gerak Perempuan telah berjaya menitiskan air mata penonton. - Wallahuaklam!


Info :
Dress Code ialah kemas dan sopan. Tidak dibenarkan  berpakaian selekeh seperti T-Shirt tanpa kolar, seluar pendek, jeans lusuh (faded jeans) atau memakai sandals dan selipar. Penonton dinasihatkan supaya hadir sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu persembahan bermula. - Pesanan dari Istana Budaya & Citra Production.



2 comments:

  1. di belakang TABIR...abang Man ..salah ejaan tu...!!!! Razali Itam Pereka prop tu kawan satu ofis masa kat JKR.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Amy. Sudah dibetulkan...Razli \itam tu Zali suami Midah kenal kot!

    ReplyDelete