14 May 2014

PING! KIJAL & TITIK.


I-
Isyarat ping! telah dikesan selama dua jam pada 5 April lalu ketika pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 oleh Kapal Pertahanan Australia (Ocean Shield) kira-kira 1,6000 kilometer di barat laut Perth.

Malaysia, Australia dan China telah berjanji tidak akan berputus asa untuk mencari pesawat yang membawa 239 orang penumpang itu hilang, walaupun pemantauan di udara dan laut yang dijalankan gagal menemui sebarang serpihan kapat terbang berkenaan.

Lama-kelamahan isyarat ping itu pasti tidak akan kedengaran lagi kerana kebanyakan kawasan carian sudah dilengkapi serta menggunakan Bluefin-21 yang mampu menyelam pada kedalaman maksimum 5,005 meter selama 20 jam bagi mengimbas dasar laut dengan menggunakan kaedah sonar.

Sehingga
hari ini, kehilangan pesawat MH370 itu kekal diistilahkan sebagai ghaib. Insiden yang penuh misteri, pelik bin ajib itu telah menimbulkan beberapa teori konspirasi yang banyak dimuat naik di Internet. Bermacam andaian dan teori seperti pesawat MH370 mungkin telah dirampas dan 'disembunyikan' di Diego Garcia, milik tentera Amerika Syarikat (AS) iaitu sebuah pulau kecil lagi terpencil di Lautan Hindi.

Ada juga cerita dari akhbar Rusia iaitu sumber perisikan negara tersebut mendakwa pesawat MH370 itu dirampas oleh kumpulan pengganas dan telah diterbangkan ke Afghanistan. Kesemua 239 penumpang dan anak kapal tersebut dikatakan telah dijadikan tebusan di sana.

Sumber perisikan Rusia memberitahu akhbar iaitu kesemua penumpang pesawat tersebut dipecahkan kepada tujuh kumpulan dan kini tinggal di dalam pondok dengan bekalan makanan yang terhad. Seramai 20 penumpang dari Asia pula kononnya telah diseludup melalui terowaong bawah tanah ke Pakistan. Tujuan pengganas berbuat demikian, dipercayai mahu membuat tawar-menawar dengan AS dan China mengenai banyak hal.

Dari sumber lain pulak mengaitkan salah seorang juruterbang pesawat MH370 mungkin mengambil tindakan nekad membunuh diri dengan membawa kesemua penumpang tersebut untuk mati bersamanya di Lautan Hindi kerana masalah psikologi atau tekanan dari parti politik.

Namun, yang peliknya dalam simulator milik juruterbang Kapten Zaharie Ahmad Shah di kediamannya itu ada landasan Diego Garcia yang antara lima landasan kapal terbang utama ditemui oleh pasukan penyiasat. Ini bermakna kedua-dua juruterbang itu tidak membunuh diri melainkan ada tekanan dari pihak tertentu.  - [Mj] Ada rahsia dalam rahsia!


II- Kijal
ialah sebuah tempat dimana  Datuk Seri Ahmad Said telah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal pada PRU-12 menewaskan calon Pas, Hazri Jusoh dengan majoriti 3,157 undi. Selepas tu, pada 22 Mac 2008 beliau dilantik sebagai MB Terengganu. Sebelum di lantik sebagai MB, beliau yang dilahirkan di Teluk Kalung, Kemaman itu telah menyertai politik seawal umur 19 tahun sebagai Naib Ketua UMNO Cawangan Teluk Kalung, Kemaman.


Beliau sekali lagi mengekalkan kerusi DUN Kijal pada pilihan raya umum ke-13 lalu dan mengangkat sumpah sebagai MB Terengganu bagi penggal kedua. Tidak pulak diceritakan kepada umum pasal Ahmad Said telah berjanji dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu akan berundur secara tertib setahun selepas PRU ke-13 tahun lalu kerana dikatakan ada sedikit kelemahan semasa beliau memerintah negeri Terengganu. - [Mj] Aha! Rahsia bukan rahsia lagi.

Bila tarikh luput MB Terengganu hampir tiba, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selaku ketua delegasi bagi pihak Perdana Menteri, dikatakan telah gagal menguruskan isu terbabit sehinggakan Ahmad Said serta dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengisytiharkan keluar daripada parti dan bertindak sebagai wakil rakyat bebas.

Keputusan
UMNO yang mengumumkan perlantikan MB baru sebelum majlis perkahwinan anak MB  Ahmad Said yang akan berlansung pada Sabtu 17 Mei ini telah buat Ahmad Said kecik hati dan perbuatan UMNO itu dikatakan sangat terburu-buru. Orang UMNO satu Malaya mula terpinga-pinga dan  resah gelisah andainya Ahmad Said dan kuncu-kuncunya bersatu dengan Pas dan apa pulak nasib MB baru Datuk Ahmad Razif Abd Rahman. - [Mj] Apapong kemulut dan kalutnya politik Terengganu, Kijal yang aku lihat tidak banyak berubah. Nelayan miskin berpondok dipantai kijal. Bukan setahun dua mereka disitu, sangat lama. Mereka menanti tetapi entah apa yang mereka nantikan!


III- Titik.
  Utusan Malaysia melaporkan pasal kegagalan pihak berkuasa mencari formula bagi menangani penyelewengan dan salah guna diesel bersbsidi. Dari sumber yang boleh dipercayai iaitu daripada sejumlah 8.5 bilion liter diesel subsidi, sebanyak 3.5 bilion liter telah disalahguna kerana aktiviti 'songlap' dan penyeludupan kerana mahu mengaut untung banyak.



Sudah lama diesel diseludup keluar melalui pintu sempadan Malayisa-Thailand. Kita semua tahu, penguatkuasan di pintu sempadan hanyalah seperti melepaskan batuk di tangga. Ada satu ketika, mungkin kerana penat atau  mereka memang bersubahat, kenderaan yang keluar-masuk  tidak diperiksa dengan teliti.


Pihak Polis percaya, terdapat penyeludup petrol dan diesel subsidi yang bersubahat dengan sindiket pengedaran dadah. Kegiatan tersebut dilakukan secara tukar barang (barter trade) telah dikesan sejak awal tahun ini. Polis berkata, mereka melakukan dengan cara barter trade iaitu seludup keluar minyak ke Thailand dan pada masa sama, bantu sendikit di sana bawa masuk dadah ke Malaysia.

Jika ada operasi membanteras penyeludupan diesel di pintu sempadan, penyeludup minyak akan menggunakan jalan laut pula. Mereka akan menjadikan nelayan-nelayan sebagai keldai diesel. Oleh kerana luasnya pesisir pantai dan banyaknya jety-jety haram maka peluang ini digunakan oleh keldai diesel untuk menyeludup diesel ke Thailand.


Lebih
memburukkan lagi keadaan, perniagaan jual-beli diesel ini dilakukan juga oleh kapal-kapal dagang yang berlabuh diperairan antarbangsa. Buktinya, Maritim Malaysia baru-baru ini telah menahan sebuah bot nelayan tempatan yang membawa diesel sebanyak 30,000 liter yang dianggarkan bernilai kira-kira RM39,000 berhampiran Pulau Pangkor.

Hasil dari penahanan bot tersebut, seorang tekong dan awak-awak warga Thailand telah ditahan kerana bekerja tanpa permit selain menggunakan bot yang telah tamat tempoh lesennya. Dari keterangan tekong berkenaan, mereka telah di beri upah sebanyak RM100 seorang untuk tugas tersebut. - [Mj] Boleh caya ke hanya dapat upah RM100 hengit? Keldai diesel ne hanya menyamar sebagai nelayan, sedangkan tugas utama mereka ialah bawak minyak seludup ke Thailand. Tu pasal kat tepi-tepi jalan di Thailand, diaorang jual diesel dan petrol macam jual jagung rebus jer!

Seleweng
diesel ne tentulah kawan subahatnya melibatkan orang dalam dan stesen minyak. Kebanyakan stesen minyak yang teribat dalam aktiviti haram ini adalah yang lokasinya berhampiran sempadan, kawasan industri dan pelabuhan. Untuk membanterasnya, satu operasi bersepadu di namakan Ops Titik  yang melibatkan lebih lima agensi kerajaan secara besar-besaran akan bermula esok. - [Mj] Letihlah macam ne, kalau nak buat operasi banteras pong kene ada sidang akhbar. Mesti ada berita besar supaya orang ramai tahu termasuk individu dan stesen minyak yang seleweng diesel. Kalaulah aku ne sebagai keldai diesel, tentulah aku ambik cuti panjang sehingga Ops Titik ne menamatkan operasinya!


Nota Kaki :
Sewaktu entri ini aku nak taip fullstop, terdengar pulak cerita terbaru kat Tv pasal penarikan balik oleh Datuk Seri Ahmad Said. U-Turn pulak member kita ne! - Wallahuaklam!






1 comment:

  1. Agen Sabung Ayam Terbaik Indonesia AGENS128.
    Agen Bola Sbobet Indonesia
    Link Alternatif Sbobet
    Contact Kami :
    BBM : D8B84EE1 / AGENS128
    Line id : agens1288
    WhatsApp : 0877-8922-1725
    Telegram : AgenS128 / https://t.me/AgenS128

    ReplyDelete