12 June 2011

BERCUTI DI KOTA MELAKA




Selamat Pagi Bro & Sis!

Aku telah mengambil cuti seminggu untuk melancong! Kali nie aku merancang untuk bercuti ke Melaka dan Johor. Sebelum ge bercuti aku cari info pasal event yang dianjurkan oleh kerajaan Melaka. Aku tertarik dengan Pesta Sungai Melaka, yang disambut selama sebulan bermula 1 Jun hingga 30 Jun 2011.

Aku bertolak awal dari Kuala Lumpur dan sudah terpacak kat lobby hotel Grand Continental Melaka jam 1030 pagi. Aku pilih hotel nie pasal murah! Dekat pulak tu dengan tapak pesta iaitu di Taman Rempah. Pagi-pagi cam nie mana boleh check-in. Tapi aku dah buat tempahan melalui kawan aku. Bila staff front office chacked kat sistem, nama aku xde! Huhuhu...

Pasal kecian agaknye, staff tu dapatkan aku satu bilik Superior Bayar untuk 2 malam, termasuk sarapan pagi serta deposit hanya RM400.00! Ok la tu kan...janji ada tempat tido! Aku dapat bilik mengadap pemandangan Bay View Hotel, Okid Hotel, Hotel Renaissance dan The Emperor Hotel. Kawasan ne sebijik macam kawasan hotel kat Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang! Tapi Beb! Hotel Grand Continental nie kat Jalan Tun Sri Lanang -Melaka!

Jam 1245 tengahari, perut aku dah keroncong. Aku turun ke Coffee Haus untuk makan tengahari. Pilih je nak makan buffet atau ala' carte. Walaupun aku xkuat makan, aku pilih buffet, pasal kalu nak tunggu makanan ala' carte tentu lambat. Lepas makan aku tinggalkan hotel, terus ge jalan-jalan sekitar Kota Melaka. Bermula dari menyusuri Sungai Melaka, sampailah ke Stadhy's Jalan Laksamana, Jonkers Street di Jalan Hang Jebat, lalu dihadapan Masjid Kg Ulu, singgah kat Hang Tuah Mall dan balik ke hotel melalui muzium hidup Kampung Morten yang dibina oleh masyarakat Portuguese sejak tahun 1920.





Apa yang aku cari di Kota Melaka! Tentulah yang aku minat, macam tenguk lukisan, ukiran, arca, seni bina, hiasan dalaman, seni taman dan tak lupa budaya makan- minum orang Melaka. Saperti yang aku nampak papan tanda berpantun di tepi jalan "Kapal Dagang Dari Seberang, Sarat Muatan Kayu Meranti, Dari Jauh Tuan/Puan Datang, Orang Melaka Sedia Menanti" Aku kena jawab pantun nie Beb! "Terima kasih daun keladi, kalau ada duit aku datang lagi" Hehehe...


1 comment:

  1. Agen Sabung Ayam Terbaik Indonesia AGENS128.
    Agen Bola Sbobet Indonesia
    Link Alternatif Sbobet
    Contact Kami :
    BBM : D8B84EE1 / AGENS128
    Line id : agens1288
    WhatsApp : 0877-8922-1725
    Telegram : AgenS128 / https://t.me/AgenS128

    ReplyDelete