11 March 2016

LIPIS - Gua Musang- Kota Bharu [2]


'Ke Jelabak ke Jelebu, tuai padi tigo tangkai,
Tak tahu tanyo dulo, jangan kau memenda-mandai. Yak! OoOo! OoOo!
AaAa! AaAa! AaAa! AaAa!'



Selasa, 8 Mac 2016
Aku terjaga sebaik mendengar bunyi ringtone 'Ke Jelabak ke Jelebu' yang aku set malam tadi. Aku ke bilik air untuk mandi dan ketika itu aku lihat si Baha juga sudah bangun lalu menutup suis penghawa dingin. Memang sejuk giler malam tadi,  macam tido dalam chiller gamaknya.

Pukul 0600 pagi. Kuala Lipis sunyi sepi ketika kami keluar dari Hotel London menuju stesen ktm. Sementara menunggu keretapi, kami membaca sedikit info tentang sejarah Kuala Lipis. Dolunya Kuala Lipis adalah sebuah bandar kecil di Pahang. Terkenal kerana menjadi pusat perlombongan emas sebelum British tiba pada 1887. Menjadi ibu negeri Pahang sekitar tahun 1898 hingga 1955. Pada 1956, ibu negeri Pahang berpindak ke Kuantan.


  • Gedak-geduk! Gedak-geduk bunyi Senandung Timuran menghampiri stesen Kuala Lipis. Tidak ramai penumpang yang turun-naik di stesen ini. Aku dan Baha memanjat tangga Koc T2 lalu duduk dikerusi bernombor 5A dan 5B. Aku perhatikan, kebanyakan penumpang di koc kami ketika ini duduk menyandar [tidur] sambil muka di tutup dengan baju sejuk atau jaket denim. Sekali imbas diaorang ne macam pocong pulak!


  • Prittt! Senandung Timuran bergerak meninggalkan stesen Kuala Lipis kul 0645 pagi. Tidak lama kemudian pemeriksa tiket [mungkin boleh dipanggil Master] datang menebuk lubang dibahagian bawah kanan tiket.

"Macam zaman aku sekolah. Pas bas kene tebuk!" Bisik si Baha perlahan.

"Yalah, macam zaman-zaman dolu ketika kita naik bas ge sekolah. Tapi ada gak pekerja yang guna pas bulanan. Jimat kot!"

"Memang jimat Bro! Lagi pun memang patut beli pas bulanan. Kalu poket kering, masih boleh ge kerja sebab ada pas bas. Hehehe!"

"Zaman tu udah berlalu. Masane orang ramai  guna kad Touch 'n Go dengan tag line Gaya Hidup Sebenar".

"Eleh! Yang untung syarikat pengendali kadlah!"





Akhirnya gerabak yang kami tumpangi sampai di stesen Gua Musang. Semua penumpang turun. Ada yang terus menuju ke kantin untuk bersarapan dan yang lainnya menuju ke tempat pakir, dimana terdapat dua buah bas persiaran berwarna pucuk pisang menunggu dengan pintu terbuka. Aku dan Baha juga ikut rentak penumpang lain, lalu menunjukkan tiket ktm kepada salah seorang petugas di situ.

Aku naik ke-dalam perut bas lalu meletakan backpack jenama Jean-Francois [80L] kat celah tempat duduk paling belakang. Di ikuti si Baha. Kami turun menuju kantin. Baha sedang  beratur, aku pulak membidik punat kamera mencari sudut yang menarik. Kami sarapan ala kadar dengan seketul karipap [sedikit manis] dan air kotak. Belanja sarapan pagi rm3.00 seorang.[1]

Bas gerak kul 0915 pagi menuju Wakaf Bharu. Bas berhenti dibeberapa lokasi untuk menurunkan penumpang iaitu di Kuala Krai, Tanah Merah, Pasir Mas dan yang terakhir, berhenti berhampiran stesen ktm Wakaf Bharu. Semua penumpang turun. Tiga-empat orang pemandu teksi datang menghampiri penumpang bertanyakan destinasi yang mahu dituju. Aku bagitau kepada salah seorang pemandu mahu ke Ko'ter Baharo dalam telor' Mat Salleh. Pemandu yang sedikit berumur itu tersenyum, mengganguk kepala.

Kami masuk ke dalam teksi. Minta pemandu hantar kami ke hotel baget. Teksi bergerak laju melepasi jambatan. Berhenti di Jalan Padang Garong, berhampiran stesen bas. Aku bayar rm20.00[2] dan ucap terima kasih. Kami memerhatikan kawasan sekeliling. Ada dua buah hotel baget disebelah kiri dan sebuah Hotel Suria disebelah kanan. Nun, diseberang jalan pula kelihatan ada dua buah hotel untuk pengembara backpacker. Kami tanpa diarah, melangkah masuk kedalam Hotel Suria!



Nota : Jumlah belanja setakat ini rm13.00.
Kita jumpa lagi di entri Gua Musang - Kota Bharu!

 



No comments:

Post a Comment