13 March 2016

KOTA BHARU | JELI | GRIK [4]




Rabu, 9 Mac 2016


Kota Bharu.
Nombor digital jam, di handpon aku menunjukkan pukul 0635 pagi. Aku dan Baha sudah bersiap untuk keluar dari Suria Hotel. Singgah di kauter. Serahkan kunci bilik dan ambil deposit. Kami melangkah keluar melalui kakilima kedai, melintas di hadapan stesen bas dan terus ke gerai untuk sarapan pagi.

Orang ramai sudah mula memenuhi stesen bas. Begitu juga dengan penjaja dan peniaga. Masing-masing berlumba-lumba untuk membuka perniagaan lebih awal kerana mereka percaya, berniaga diawal pagi boleh mendapat untung yang lebih berbanding memualakan perniagaan ketika matahari sudah tinggi menggalah.


Di Gerai tepi jalan. Kami memesan dua cawan teh O dan telur setengah masak. Hanya teh O sahaja yang di letakan di atas meja kami. Telur setengah masak tidak dijual kata si peniaga, walaupun kelihatan ada dua sarang telur dipamer dalam almari kaca. Mungkin telur tersebut hanya untuk perencah tambahan maggi atau nasi goreng.

"Nak sarapan apa ya"
bisik
si Baha.

Tidak lama kemudian sipeniaga gerai meletakan dua pinggan plastik berwarna biru di atas meja kami dan terus berlalu.

"Apa isinya nie?" soal si Baha perlahan.

"Yang aku tahulah, kalu dibalut dengan daun pisang dan dicucuk dengan lidi, selalunya tapai ubi. Tapi takkan pepagi macam ne diaorang sarapan dengan tapai ubi. Biar betul!"

"Isssh! Bukan tapailah. Cuba lu toleh meja belakang lu. Brother tu tengah makan pulut manis. Eleh, yang gula merahnya dicampur dengan kelapa parut tuu!"

"Ohhh! Tapi yang satu lagi nie apa ya. Macam pulut panggang jer!"

"Ya kot. Kalu nak kepastian lu tanyalah Bro"

"Ahh! Tak payahlah. Bukan kita nak makan pun. Pagi ne rasanya belum lapar sangat. Hehehe!"


Si Baha bersetuju. Pagi-pagi macam nie tak boleh havey breakfast. Takut terkucil. Perjalanan pulak masih jauh. Jadinya, kami hanya meneguk teh O sebelum memulakan perjalan ke Grik. Minum pagi cuma rm2.00[1]



Di Stesen bas Kota Bharu. Pukul 0815 pagi, petugas disalah satu kauter mengumumkan ketibaan bas untuk perjalanan ke Grik. Pintu bas City Liner berwarana putih terbuka luas. Aku dan Baha serta beberapa penumpang lagi memasukki perut bas. Aku memilih kerusi di belakang sekali agar mudah meletakkan backpack aku di celah kerusi.

Bas City Liner yang kami tumpangi bergerak meninggalkan stesen Kota Bharu pada pukul 0830 pagi. Dari info yang kami dapat, bas akan berhenti mengambil dan menurunkan penumpang di Pasir Mas, Tanah Merah dan Jeli sebelum berhenti rehat di kawasan rehat Titiwangsa. Tambang bas ke Grik setiap seorang ialah rm23.00[2] - Bye! Bye Kota Bharu!


Seperti yang dijadualkan. Bas berhenti di stesen Pasir Mas, tiga orang penumpang naik. Kul 0940 pagi lebihkurang tiba di Tanah Merah. Naik lagi dua penumpang. Kini jumlah penumpang seramai 12 orang termasuk seorang kanak-kanak sedang berada dalam perut bas City Liner menuju ke stesen bas Jeli. Pukul 1035, bas sampai di stesen Jeli. Ada penumpang yang turun dan ada juga yang naik. Baha turun untuk ke tandas sebelum membeli teh iced.

Bas bergerak meninggalkan stesen Jeli. Aku duduk di belakang sekali. Dari cermin sisi bas, aku lihat pemandangan indah. Banjaran Titiwangsa yang diselimuti warna hijau. Terasa tenang ketika retinaku menerjah jauh ke hutan belentara, bukit bukau dan gunung ganang yang masih dara. Teringin pulak rasanya hendak melakukan aktiviti backpacker, meredah hutan secara santai walaupun terpaksa memakan masa berhari-hari.

Kini, untuk aktiviti kembara dalam hutan sudah ada aplikasi Backpacker GPS Trails Lite bagi membantu pengembara mengecam laluan yang digunakan. Aplikasi itu juga dilengkapi dengan peta pelbagai dimensi yang turut ditanda dengan kecerunan dan ketinggian sesuatu lokasi termasuk di kawasan hutan bagi membantu pengembara membaca laluan yang telah dan mungkin akan digunakan dalam aktiviti kembara. - Info ini dari APP pilihan [inovasi.sains.gajet]




Bas terus bergerak. Laluan kini sedikit sukar kerana jalan bengkang bengkuk. Jika di lihat dari udara jalan dari Jeli ke Grik, tak ubah seperti ular kena palu. Kekadang mendaki bukit, selekoh curam dan kekadang melalui sisi gaung. Jika pemandu tidak berhati-hati, bas boleh tercampak ke dalam gaung. Itu hanya sedetik yang terlintas dalam pemikiran aku. Apapun, aku berharap perjalanan aku dan Baha serta penumpang yang lainnya dalam perlindungan Allah jua hendaknya.

Si Baha pula aku lihat terkantuk-kantuk. Sekejap kepalanya ke kiri sekejap ke kanan. Penumpang lainnya aku lihat begitu juga. Tido nenyak dan ada yang tido ayam mungkin. Ketika bas melalui laluan sukar, hanya kedengaran injen bas yang berderum dan sesekali bunyi lagu yang tengelam-timbul, dari peti muzik yang di pasang oleh pemandu bas.

Baha dan penumpang lainnya sudah terjaga ketika pemandu mematikan injen dan memberitahu akan berhenti lama sedikit di Hentian Rehat Titiwangsa. Terbit senyuman dari wajah si Baha. Tentunya kami berpeluang melepaskan hajat kecil dan lepastu bolehlah mengisi perut.

"Wei! Lapar nie
"


Ujar si Baha ketika kami bergerak menuju dewan makan. Mana tak kebulur. Dari subuh hingga sekarang [jam 1200 tengahari] baru kami nak isi perut. Menggigil. Bukan pasal sejuknya udara di puncak Titiwangsa tetapi lapar. Beginilah agaknya orang-orang yang sedang kelaparan. Insaf. Aku dan Baha beratur menyenduk nasi putih, daging dan sedikit sayur lalu beredar ke kaunter juruwang. Bayar hanya rm4.00[3] untuk makan tengahari. Masih murah Bai! 




Kami di puncak Titiwangsa sedang menikmati makan tengahari dengan di temani angin yang bertiup perlahan. Ada beberapa buah bas, kereta dan jip tentera turut berhenti di sini. Tujuan mereka hampir sama. Mahu merehatkan injen, ke-tandas atau pekena kopi panas bagi menyegarkan mata yang hampir layu.

Di satu sudut yang berpagar pula, kelihatan sekumpulan pelajar pompuan [tidak memakai unifom] sedang menghirup udara segar sambil mengabdikan kenangan melalui kamera handpon, dengan latar belakang warna hijau Banjaran Titiwangsa. Mereka kelihatan ceria berada disini. Menjadikan minda mereka lebih positif mungkin, sekali gus memanjangkan jangka hayat. - Wallahuaklam!


Sudah hampir 30 minit kami berada di puncak Titiwangsa. Sebelum masuk kedalam perut bas, aku membeli dua jenis kuih yang disimpan dalam plastik lut sinar. Salah satu kuih, berwarna kekuningan dan ditabur dengan kelapa parut telah menarik perhatian aku. Petugas dikauter bagitahu, kuih tersebut ialah ubi manis. Harga dua bungkus kuih ialah rm3.00[4]

Pukul 1235, bas gerak meninggalkan Hentian Rehat Titiwangsa menuju Bersia, melalui Tasek Temenggor dan Tasek Banding. Ketika ini baki perjalanan kami hanya tinggal 61 kilometer untuk sampai ke Hentian Gerik [Boleh dieja Grik atau Gerik!]. Berbaki 20 kilometer,  keadaan permukaan jalan serta pemandngan adalah dikira melegakan. Dikiri kelihatan ladang kelapa sawit dan barisan  pokok pisang. Dikanan pula, ladang getah yang daunnya sedikit berwarna kuning. Daun-daun yang kuning itu mula jatuh mencium bumi, kerana panasnya  sudah sampai ketahap 33'C. - Mungkin!  


Bas tiba di Hentian Gerik pada pukul 0140 petang. Hanya lewat 10 minit seperti yang dijadualkan. Sebaik turun dari bas, baru kami terasa  bahang terik matahari. Ini mungkin petanda bermulanya cuaca panas luar biasa disebabkan fenomena El Nino atau juga boleh di panggil Musim Panas gitu!

Menyusuri kaki lima rumah kedai sambil mengendong backpack yang sendat. Kami ke Jalan Takong Datuk [pelik sikit namanya!], memanjat tangga Friendly Park Hotel untuk mendapatkan bilik harga patut untuk pengembara seperti kami. Kami membayar sebuah bilik dengan harga rm50.00[5] siap dengan dua buah katil, dua bantal, dua tuala, dua selimut, dua ketul sabun saiz mini, hawa dingin, kipas silling dan tv screen nipis. Yang tak ada hanya pemanas air dalam bilik mandi. Dah kira patut sangat ne!



Nota : Belanja Hari Ke-3

[1] Minum pagi rm2.00

[2] Tiket bas ke Grik rm23.00
[3] Makan Tengahari rm4.00
[4] Kuih dua jenis rm3.00
[5] Bilik tido rm25.00 setelah dibahagi dua.
Jumlah perbelanjaan rm57.00   

 

No comments:

Post a Comment