12 March 2016

BACKPACKER-3 [di Kota Bharu]



  • Selasa, 8 Mac 2016

    Alhamdulliah!
    Sampai juga kami di Kota Bharu dengan selamat. Tanpa diarah, aku dan Baha melangkah ke pintu kaca Suria Hotel yang terletak di Jalan Padang Garong, berhampiran stesen bas. Seorang wanita bertudung menunggu kami dimeja penyambut tetamu. Kami dimaklumkan ketika ini pihak pengurusan ada menawarkan bilik special rate dengan kadar rm65.00[3] sahaja. Bilik tersebut hanya mempunyai sabuah katil besar, penghawa dingin, pemanas air dan tv buntut besar. Oklah tu!


  • Terima kunci bilik nombor 107. Mandi dan terus keluar dari bilik kerana kelaparan. Kami makan tengahari di Razak Restoran berhampiran texi stand. Aku makan nasi putih , kari kambing, air suam dan sebiji pisang hanya rm07.00[4] sahaja. Murahkan!

    Perut dah kenyang. Elok sangat kalau dibawa berjalan-jalan agar makanan yang mengandungi kalori  dapat dibakar dan peluh yang mengalir pula dapat mengeluarkan sedikit toksid yang terkumpul dalam badan. Jadinya, kami berjalan perlahan-lahan dibawah pancaran terik matahari menuju Suria Hotel.

    Singgah di kauter tiket bas, bertanyakan tentang jadual perjalanan bas esuk pagi ke Grik. Baha pula membeli sebotol air  dan sebungkus kuaci kegemarannya. Sebelum masuk ke Suria Hotel, sempat lagi tu singgah di kedai buku. Aku belilah sebuah buku tulisan Hamka bertajuk 'Merantau Ke Deli' [rm15.00]

    Masuk ke dalam bilik. Aku mandi sekali lagi. Kemudian solat sebelum mengunci jam pukul 0500 petang. Kelopak mata aku tidak dapat bertahan lagi. Mengantuk sangat. Mungkin kerana keletihan atau juga kerana kekenyangan. Sebelum aku terlelap, aku lihat si Baha sedang membaca Kosmo! sambil bibirnya mengetap kulit kuaci. - Z-Z-Zzz!



  • Pukul 0530 petang.
    Kami keluar bersiar-siar. Jalan jalan cari makan. Kota Bharu memang terkenal sebagai syurga makanan. Kalau setakat sehari dua di Kota Bahru tentulah tak sempat untuk ke tempat-tempat yang menarik:

    [1] Antara tempat makan yang dicadangkan ialah Kedai Kopitiam Kita [ruti bakar] yang terletak di Taman Desa Jaya, Jln pengkalan Cepa.
    [2] Nasi Ulam Cikgu Restoran. Kampung Kraftangan, dekat Pasar Khadijah.
    [3] Nasi Sup di Lido Coner. Selekoh 90 derjah kat Jalan Post Office lama, sebelah Hotel Grand Riverview, KB.

    [4] Ikan bakar Wakaf Che Yah. Depan Cimb sebelah kedai rm2.

    [5] Makan nasi bungkus di pintu masuk Tambatan D'Raja berhampiran Pelangi Mall.



    Jom ke River Front!

    Kalau di tanya kepada orang Kota Bharu, kat mana letaknya River Front, diaorang takleh nak jawap. Melopong dan keliru sebabnya tempat tersebut digelar Tambatan D'Raja. Lokasinya berhampiran Pelangi Mall. Jika kita rajin boleh juga melihat kesan-kesan sejarah disekitar Istana Balai Besar, Istana Jahar, Bank Pitis atau ke Pasar Siti Khadijah, Kg Kraftangan dan Padang Merdeka.

    Petang yang menghampiri senja, aku dan Baha berjalan-jalan di sekitar Tambatan D'Raja. Ada banyak gerai. Gerai menjual nasi bungkus, sate, iced blended dan bermacam lagi. Di-Pelangi Mall juga nampak ada hotel dan bermacam-macam jenama restoran. Kami bertemu Hafiz dari Kucing dan berbual sebentar. Kami singgah disalah satu gerai [warung] untuk minum dan bungkus nasi berlaukan ikan masin masak lemak rm4.50[5]


    Malam di Kota Bharu.  Kami berkurung dalam bilik hotel. Mandi, solat dan makan nasi bungkus yang di beli kat Tambatan D'Raja petang tadi. Lepas tu layan perlawanaan bola sepak kumpulan E Piala AFC. Keputusannya, Selangor kendalian Zainal Abidin Hassan, tewas 0-1 kepada wakil Singapura [Tampines Rovers]. Tamat perlawanan, aku temankan Baha ke Maybank. Berehat di luar hotel sebentar sebelum masuk bilik, tido awal kerana esuk pagi kami kene berada di stesen bas sebelum pukul 0830 pagi. - Z-Z-Z-zzz!



Nota : Belanja pada hari ke-2
[1]- Sarapan pagi rm3.00
[2]- Teksi ke kota Bharu rm10.00

[3]- Bilik Hotel rm32.50
[4]- Makan Tengahari rm07.00
[5]- Makan Malam rm4.50
Jumlah belanja setelah dibahagi dua rm57.00.









No comments:

Post a Comment