Bas yang kami tunggu tiba pada pukul 1045 pagi. Di jangka sampai di Stesen Jalan Pekeliling pada pukul 1215 tengahari. Aku dan Mohamad Ridwan memilih tempat duduk paling belakang bagi memudahkan si Ridwan meletakkan beg beliau. Baru beberapa minit bas meninggalkan pekan Lancang, messaging ringtone talipon aku berbunyi. En Hosni Idris yang menetap di TTDI ingin berjumpa dan aku membalas sms beliau memberitahu iaitu aku dalam perjalanan ke KL Sentral. Aku cadangkan kepada En Hosni supaya menunggu aku di KL Sentral pada pukul 1245 tengahari lebih kurang.
Dalam bas. Aku dan Mohamad Ridwan tidak banyak bercakap. Aku perhatikan raut wajah si Ridwan nampak happy ketika bas bergerak melalui beberapa buah kampung. Sesekali wajahnya berkerut dan sesekali seperti sedang berhayal. Mungkin ketika ini Ridwan teringat sewaktu beliau meninggalkan London sebulan yang lalu. Pernah juga aku bertanya kepada Ridwan [satu petang ketika kami minum kopi bersama] tentang asal usul, pekerjaan, hobi serta tujuan beliau datang ke Malaysia, terutama masuk ke kebun sebagai volunteer[2].
Menurut Mohamad Ridwan, nenek moyang beliau berasal dari kepulauan Caribbean dan sudah 43 tahun tinggal di London. Bosan tinggal di London lalu beliau bercadang untuk mengembara sambil melakukan kerja-kerja sukarela terutama di negara belah Asia Tenggara. Melalui laman web Workway[3] si Ridwan memilih Malaysia [Lancang Pahang] sebagai destinasi. Sebulan lalu, Ridwan bersama empat orang sukarelawan tiba di KLIA dan terus di bawa masuk ke ladang buluh dimana buluh-buluh diladang tersebut dijadikan arang dan barang cenderahati.
- Menghampiri pukul 1255 tengahari, barulah bas yang kami tumpangi sampai di stesen Jalan Pekeliling. Kami berjalan menaiki tangga ke stesen Lrt. Untuk menyambung perjalan, aku beli token[4] untuk Mohamad Ridwan sementara aku akan menggunakan kad Touch 'nGo. Kami akan menukar Lrt di stesen Masjid Jamek sebelum meneruskan perjalanan ke stesen KL Sentral.
Tiba di stesen KL Sentral. Berjalan di celah-celah orang ramai untuk ke kauter Ktm. Cadangnya, aku hanya menghantar si Ridwan sampai ke KL Sentral sahaja. Memandangkan, ini kali pertama beliau menjejakan kaki di Kolompo, maka dengan rela hati aku membantu sehingga beliau mendapatkan tiket keretapi untuk perjalanan ke Padang Besar.
Walaupun aku membesar di Kolompo tetapi stesen KL Sentral ini tetap asing bagi aku. Aku terpinga-pinga. Terpaksa bertanya kepada beberapa orang sambil memerhatikan papan tanda untuk ke kauter Ktm. Aku dan Ridwan ikutlah arahan papan tanda lalu naik ke tingkat atas. Tiba kat tingkat satu, aku rasa hairan kerana orang ramai sedang menjamu selera di cafe, dan di-restoran, malah ada yang sedang membeli belah di-butik.
Aku terus menghampiri meja pengawal. Bertanya akan arah sebenar untuk ke kauter tiket Ktm. Ujar pengawal tersebut, jika hendak ke kauter Ktm perlu turun semula dan naik tangga disebelah sana. Sambil jarinya menunjukkan arah sambil memberitahu bahawa kami sedang berada di NU Sentral, pusat belibelah yang terbaru di KL Sentral. - Ohhh gitu!
Aku menaiki escalator[5] ke tingkat satu di ikuti rapat oleh Mohamad Ridwan. Kami terus ke kauter pertanyaan [Ktm] untuk mengambil nombor giliran. Sebelum mengambil nombor, petugas kauter memberitahu tiket untuk ke Padang Besar hari ini dan esuk sudah habis di tempah. Yang ada hanya tiket kelas perniagaan sahaja. Aku ucapkan terima kasih kepada petugas tersebut dan memberitahu akan datang semula untuk mengambil nombor giliran. Kami hendak berbincang!
Aku dan Mohamad Ridwan beredar dari kauter pertanyaan. Duduk di-salah sebuah kerusi berhampiran pintu keluar-masuk. Aku cadangkan kepada Ridwan untuk membeli tiket Ktm ke Tumpat. Dari Tumpat beliau boleh menaiki bas atau teksi ke Pengkalan Kubor dan seterusnya ke Immigration di-Golok kerana tujuan si Ridwan hanya untuk memperbaharui pasport yang tamat tempuhnya pada 28 Mac 2016.
Aku lihat wajah si Ridwan berkerut. Aku tidak pasti adakah si Mohamad Ridwan faham akan cadangakan aku kerana ketika ini kami hanya berkomunikasi menggunakan Bahasa Inggeris. Untuk memuaskan hati beliau, aku bentang Malaysia Travel Map dihadapan beliau dan aku tunjukkan laluan perjalanan keretapi dari KL ke Tumpat.
Mohamad Ridwan angguk-angguk kepala tanda faham. Kali ini aku suruh si Ridwan pergi sendiri membeli tiket keretapi dan aku pula mahu menunggu En Hosni. Aku hubungi En Hosni melalui talipon dan beliau bagitahu sedang ontheway ke arah tempat aku menunggu. Tidak sampai lima minit En Hosni tiba. Kami bersalaman dan bertanya khabar. Si Ridwan pula muncul. Aku perkenalkan kepada En Hosni dan beritahu akan tujuan si Ridwan iaitu hendak pergi ke sempadan antarabangsa untuk cop pasport.
Tiket Ktm ke Tumpat juga habis ujar si Ridwan. En Hosni cadangkan kepada Ridwan pergi ke Utara atau Pantai Timur dengan menggunakan perkhidmatan bas express, tetapi si Ridwan menolak kerana nanti sukar untuk beliau membuang air kecil dan merokok. Aku bagitahu pada si Ridwan iaitu hanya tinggal satu destinasi iaitu Singapura. Suka atau tidak beliau kena pergi ke JB Sentral. Dari situ beliau boleh menaiki bas untuk masuk ke Singapura. Aku sarankan lagi, belilah tiket untuk hari ini, esuk atau lusa. Pasti ada!
Langkah si Ridwan perlahan sahaja ketika berjalan menuju kauter pertanyaan Ktm. Kemudian hilang di celah-celah orang ramai. Aku pula mencapai botol drinking water lalu meneguk sedikit untuk menghilangkan dahaga. Aku dan En Hosni berbual.
"Kalau si Ridwan lambat mengecop pasport dan pada masa yang sama ada pulak 'Op Pati' kantoi[6] si Ridwan".
"Tapi dia bukan di kira pendatang haram, pasal dia masuk Malaysia secara sah, hanya dia dikira sebagai tinggal lebih masa kerana pasport tamat tempoh gitu"
"Betul tu En Hosni. Saya pernah alami pasport tamat tempoh ketika bekerja di Brunei Darussalam. Terlebih tiga hari dan kena masuk bilik pegawai Immigration Sg Tujoh, Kuala Belait. Kena soal siasat!".
"Kena denda tak?"
"Memang pegawai tu nak denda tetapi saya bagi alasan, ketika itu saya tidak sihat. Kira demamlah! Akhirnya pegawai yang baik hati tu lepaskan dan sarankan kepada saya, jika nak masuk semula ke Brunei selepas lima [5] hari. Adoi! Lamanya"
"Kena denda tak?"
"Memang pegawai tu nak denda tetapi saya bagi alasan, ketika itu saya tidak sihat. Kira demamlah! Akhirnya pegawai yang baik hati tu lepaskan dan sarankan kepada saya, jika nak masuk semula ke Brunei selepas lima [5] hari. Adoi! Lamanya"
Perbulan kami terhenti. Mohamad Ridwan menghampiri kami degan wajah berseri. Senyum sambil menghulurkan tiket Ktm, KL Sentral - Sentral JB bertarikh 25 Mac 2016. Waktu berlepas esuk pada pukul 1330 petang. Satu masalah sudah selesai. Masalah kedua ialah dimana si Ridwan hendak tido malam ini. Aku segera teringat kawan aku si Azahan yang tinggal solo kat Bukit Indah. Lalu aku menekan contacts hanpon aku. Azahan menjawab. Sayangnya malam ini si Azahan tiada di rumah kerana tido di Kuala Selangor.
Aku dan En Hosni cadangkan kepada Ridwan supaya tido semalam kat hotel baget sekitar Masjid India. Mohamad Ridwan setuju. Kami bertiga gerak meninggalkan KL Sentral menuju stesen Masjid Jamek dengan menumpang Lrt. Cuaca panas terik ketika kami keluar dari stesen Lrt. Berjalan di celah-celah orang ramai. Suasana di hadapan Wisma Yakin nampak sibuk dengan orang ramai berjual beli tanpa menghiraukan bahang panas atau istilah lainnya fenomena El Nino gitu!
Nak cari bilik dulu atau nak pekena teh tarik. Itu soalan yang dilontarkan oleh En Hosni. Lapar! Apakata kita pekena teh tarik dan ruti banjir dulu kat Malayan Mansion, bisik En Hosni. Kami melangkah arah Mamak Coner, Malayan Mansion, Jalan Masjid India. Si Ridwan ikut sahaja apa yang kami minum dan apa yang kami makan. Pesan tiga teh tarik dan tiga ruti banjir. Ketika menikmati teh tarik, aku lihat peluh En Hosni sudah membasahi kemeja-T Polo beliau. Mungkin ketika ini cuaca panas sekitar Kolompo sudah sampai ke tahap 35 darjah Celsius. Panas!
Aku dan En Hosni cadangkan kepada Ridwan supaya tido semalam kat hotel baget sekitar Masjid India. Mohamad Ridwan setuju. Kami bertiga gerak meninggalkan KL Sentral menuju stesen Masjid Jamek dengan menumpang Lrt. Cuaca panas terik ketika kami keluar dari stesen Lrt. Berjalan di celah-celah orang ramai. Suasana di hadapan Wisma Yakin nampak sibuk dengan orang ramai berjual beli tanpa menghiraukan bahang panas atau istilah lainnya fenomena El Nino gitu!
Nak cari bilik dulu atau nak pekena teh tarik. Itu soalan yang dilontarkan oleh En Hosni. Lapar! Apakata kita pekena teh tarik dan ruti banjir dulu kat Malayan Mansion, bisik En Hosni. Kami melangkah arah Mamak Coner, Malayan Mansion, Jalan Masjid India. Si Ridwan ikut sahaja apa yang kami minum dan apa yang kami makan. Pesan tiga teh tarik dan tiga ruti banjir. Ketika menikmati teh tarik, aku lihat peluh En Hosni sudah membasahi kemeja-T Polo beliau. Mungkin ketika ini cuaca panas sekitar Kolompo sudah sampai ke tahap 35 darjah Celsius. Panas!
Kami keluar dari Malayan Mansion. Panas terik matahari seakan berasap dan naik mengapong di udara. Tidak bergerak. Yang bergerak hanyalah manusia dan kenderaan. Kami bertiga berjalan menyusuri kaki-lima kedai, mencari hotel baget yang harganya bawah rm60.00. En Hosni dan Ridwan telah masuk ke dua[2] buah hotel bertanyakan room rate tetapi gagal mendapatkan harga yang dikehendaki. Harga yang ditawarkan untuk single bed ialah rm120.00. Mahaltu!
Aku lihat Mohamad Ridwan yang mengendong backpack dan menjinjing sebuah beg besar berwarna hitam mula berjalan terkinjot kinjot. En Hosni pula berhenti apabila ada penjual kakilima menjual barang-barang hanpon. Sementara En Hosni tawar menawar, aku dan Ridwan mencari tempat berlindung dari sinar matahari. Backpack diturunkan. Si Ridwan mengeluarkan kertas kecil berwarna putih dari bag pinggangnya. Diatas kertas putih itu diletakannya sedikit tembakau lalu digulongnya. Rokok gulong itu dibakar. Asapnya naik ke udara. Lega!
Keterangan:
[1] reggae - Muzik genre [originated] dari Jamica sekitar 1960'an. Salah seorang penyanyi reggae terkenal ialah Bob Marley. Peminat reggae boleh dikenali melalui pakaian, topi dan rambut yang diayam.
[2] Volunteer - Orang yang membuat sesuatu dengan sukarela atau memberi khidmat, sedia menolong secara suka-rela.
[3] Workway - Nama sebuah laman web.
[4] Token - Sekeping plastik bulat berwarna biru sebesar duit silling 50 sen sebagai tanda atau mengantikan mata wang. Ia digunakan oleh pihak pengurusan Lrt.
[5] Escalator - Tangga yang bergerak untuk menaikkan atau menurunkan orang ramai.
[6] Kantoi - Istilah Kantoi tidak ada dalam Kamus Dewan DBP. Kontai bermaksud tertangkap. Pelopor istilah kantoi ialah kutu-kutu sekitar tahun 70'an. - Wallahuaklam!
No comments:
Post a Comment