10 March 2016

BACKPACKER KL - KUALA LIPIS [1]



Awal bulan Januari, aku sudah war-warkan kepada rakan-rakan untuk backpacker Town To Town arah ke Ulu Legong ikut laluan Kuala Lipis, Dabong, Jeli, Gerik, Kelian Intan dan Ulu Legong. Lepastu terus ke Baling, Butterworth dan tido semalam dua di George Town sebelum balik ke Kolompo dengan kereta api. Rakan yang berminat ialah Baha, Azhan, Mahfol dan Malek. Sayangnya, pada saat-saat akhir, si-Mahfol dan Azahan tidak dapat turut serta. Hanya aku, Malek dan Baha sahaja yang akan meneruskan backpacker kami ke Ulu Legong.


Isnin, 7 Mac 2016.
1- Suasana pagi Senin sekitar perhentian bas Jalan Pekeliling seperti biasa sebaik aku turun dari stesen Lrt Titiwangsa. Orang ramai sibuk melakukan rutin harian mereka. Aku gerak menuju kaunter tiket arah ke Kuala Lipis. Seorang petugas lelaki India memaklumkan, tiket berharga rm14.00[1] dan bas pertama gerak ke Kuala Lipis pada pukul 07.00 pagi. Diikuti pada pukul 08.00, 10.00, 1130 dan 1230 tengahari. Aku ucapakan terima kasih kerana memberi info tersebut. Aku tinggalkan kaunter. Gerak ke arah medan selera untuk sarapan pagi sambil menunggu Baha dan Malik.

Aku memilih gerai berhampiran stesen Monorail. Bersarapan dengan secawan teh O dan dua biji telur setengah masak. Sambil menghirup teh o sambil mata memerhatikan kenderaan yang bergerak perlahan melalui Jalan Pekeliling. Jalan bertambah sesak apabila ada kenderaan yang tidak ikut peraturan.  Kenderaan awam seperti bas RapidKL, GoKL Citybus dan teksi pepagi macam ne mamang banyak. Itu tidak termasuk lori satu tan, kereta sebesar gajah hinggalah sekecil-kecil kereta macam kancil. Disesakkan lagi dengan motosikal yang berjurutan, menyelit diantara celah-celah kenderaan. Brommmm! Bunyi injen motosikal, serentak serombongnya mengeluarkan asap hitam.

Aku menghantar sms kepada Baha dan Malek. Baha segera membalas sms aku dengan ayat 'ontheway'.

Si Malek pula membalas sms dengan ayat:

"Waalaikummusalam Bro, moga xpdc kalian dlm rahmat Allah hendaknya. Maaf tk leh ikut, demam teruk".
Nak buat macam mana ya kalau udah tak sihat. Petang semalam aku ada jumpa Malek kat majlis reunion. Memang nampak dia tak sihat. Mukanya sedikit pucat dan tengkuknya ditampal koyok. Nampaknya kali ne backpacker arah ke Ulu Legong hanya dua orang. Dua orang pun dua oranglah!

Aku masih lagi menunggu Baha sambil mendengar muzik dari handpon. Retina aku tidak berkelip. Sebuah lori ais berhenti ditepi gerai. Dua pekerja pembersihan sedang mop lantai. Apek tua lalu dihadapan, membawa sepinggan mee goreng, sup dan secawan kopi pekat, mungkin pesanan dari salah seorang pemandu teksi yang berlogok disudut kiri medan selera. Pukul 0835 Baha sampai dan terus memesan secawan teh o iced dan dua biji telur setengah masak.


Usai bayar harga sarapan rm5.50[2], kami ke kauter tiket. Beli dua tiket dan masa perjalanan 10.00 pagi. Masih ada masa menunggu. Baha ke tandas. Baha kata hanya bilik tandas Oku sahaja yang boleh digunakan kerana tandas awam yang diuruskan oleh Dbkl sedang dalam proses ubah suai. Kene bayar dan kene beratur. Sepatutnya pihak Dbkl meletakan lori tandas bergerak, sementara tandas awam tersebut dinaik taraf. Kat tepi tandas pulak sampah dalam tong penuh dan berbau busuk. Mual, nak muntah aku. Rungut siBaha.



Bas  yang kami tumpangi [Pahang Lin Siong] gerak meninggalkan stesen Pekeliling seperti yang dijadual. Pukul 1130 sampai di stesen Raub ambil penumpang. Di stesen Benta juga ada beberapa penumpang naik. Pukul 1250 pagi, bas sampai di Terminal Kuala Lipis. Kami berdua menyambung perjalanan ke pekan lama Kuala Lipis dengan menaiki teksi. Kami minta pemandu menghantar kami ke hotel bajet yang lokasinya dekat dengan stesen keretapi. Pemandu teksi turunkan kami di hadapan Hotel London dan beritahu, di lorong hadapan belah kiri adalah
lorong ke stesen keretapi. Tambang teksi rm6.00[3] sahaja.

Daftar masuk Hotel London yang terletak di Jalan Besar, Kuala Lipis, dengan kadar rm48.00[4]. Siap dengan dua buah katil, meja tulis, tv screen nipis, hawa dingin, tuala, sabun dan ada air panas. Letak backpack dan terus keluar menuju stesen keretapi. Nak beli tiket untuk  pagi esuk ke stesen Dabong. Setibanya di kauter, tidak ada petugas. Perut lapar. Kami singgah digerai Abc & Cendol. Makan nasi berlauk ikan dan semangkuk air lee cheekang. Belanja makan tengahari rm10.00[5] seorang.


Pukul 3.30 petang.
Sekali lagi kami ke stesen ktm untuk membeli tiket. Master yang bertugas dikaunter bagitahu kami iaitu tiket untuk perjalanan ke Dabong tidak dijual buat sementara waktu kerana tiada perkhidmatan keretapi ke Dabong. Tiket hanya dijual untuk stesen Gua Musang, Kuala Krai, Tanah Merah, Pasir Mas, Wakaf Bharu dan Tumpat. Tambah Master lagi, keretapi hanya sampai di stesen Gua Musang. Dari Gua Musang penumpang akan menyambung perjalanan dengan bas yang disediakan kerana jembatan keretapi rosak teruk ketika banjir besar tempuh hari. Maksudnya, jambatan tersebut belum siap dibaiki sepenuhnya. Gitu pulak!


Aku dan Baha berbincang seketika. Kami mengambil kata putus untuk ke Kota Bharu sebelum meneruskan perjalanan ke Grik. Beli dua tiket ke stesen Wakaf Bharu dengan harga rm23.00[6] seorang. Tekak rasa dahaga. Aku cadangkan pekena teh tarik dan ruti canai. Sambil melangkah menyusuri rumah kedai, mata meliar mencari kedai mamak. Berselisih dengan seorang pemuda Melayu lalu si Baha bertanya. Pemuda tersebut menunjukkan arah yang sepatutunya kami tuju iaitu perlu menaiki tangga jejambat untuk keseberang jalan. Disitulah restoran mamak!



Kami memilih meja bulat di kaki lima kedai walaupun kami tidak merokok. Alasannya, kat dalam panas. Aku memesan teh tarik dan ruti canai garing, kari kambing. Baha pula meminta teh iced dan ruti banjir. Sedang kami menikmati ruti canai, muncul seorang pelancung menonggang cupcai bernombor PJA 3810. Pelancung yang berseluar pendek itu teragak-agak hendak mempakir motosikalnya dipetak kereta. Aku menegur lelaki tersebut dan bagitahu bahawa beliau boleh mempakir motosikal disitu.

Lelaki asing tersebut memegang peta sambil melepaskan senyuman ketika mahu masuk ke dalam restoran. Aku mengajak lelaki tersebut duduk semeja dengan kami. Macam biasa, aku akan bertanya asal dari mana dan hendak ke mana. Sebelum lelaki tersebut sempat membuka mulut, Si Baha pula bertanya namanya. Abdul Kadir nama di beri.

"Ohh!
Abdul Kade'ak" SiBaha bersuara dalam pelat Minang.


Entah ya entak tidak namnya Abdul Kadir. Kami tak perduli sangat. Ujar Abdul Kadir lagi beliau berasal dari Tunisia dan menetap di Perancis. Perbualan terhenti. Seorang pekerja restoran menghampiri meja kami lalu mengambil pesanan. Abdul Kadir memesan dua keping ruti canai, kopi panas dan kari ayam. Kami meneruskan perbualan. Ujar Abdul Kadir lagi, beliau sebelum ini tinggal di George Town hampir sebulan. Itu pasal dapat sedikit bertutur dalam Bahasa Melayu dan sempat membeli motor cupcai. Sambung beliau lagi, murah dan mudah untuk bergerak dari satu bandar ke satu bandar kata si Abdul Kadirlah!



2- Matahari menghilang dicelah-celah bangunan. Tugas sang matahari akan digilir oleh rang bulan. Begitulah putaran siang dan malam. Aku bangun lalu membayar harga minum petang rm8.00[7] untuk tiga orang. Kami berdua gerak menuju sarang di Hotel London untuk mandi dan solat. Malamnya nanti kami cadang untuk makan malam di gerai Tom Yam.

Usai solat 'Isha, kami keluar dari Hotel London. Ketika ini kebanyakan peniaga suduh menutup pintu kedai. Malah, restoran Mamak yang kami singgah petang tadi juga sudah menutup perniagaan. Baha cadangkan pergi makan disekitar stesen keretapi, manalah tahu mungkin kedai makan yang menjual ayam dara pada tengahari tadi masih beroperasi.

Hempeh! Si Baha tak puas hati sebaik kami menghampiri gerai tersebut. Kawasan tersebut gelap gulita. Kami gerak pula ke arah gerai yang menjual cendol. Sudah tutup. Hanya ada dua buah gerai tom yam yang beroperasi. Itupun jarah diantara satu dengan lain sedikit jauh. Kami terus berjalan sehingga sampai ke penghujung jalan. Kelihatan ada dua buah gerai Tom Yam. Kami singgah dan makan malam disalah satu gerai tersebut. Makan malam kali ini ialah nasi goreng kampung dan si Baha pula memilih nasi putih, telur dadar dan semangkok sup campur. Belanja makan malam rm8.00[8] seorang.



Dalam perjalanan balik ke Hotel London, kami singgah di Seven'E, beli kudapan Mister Potato dan sebungkus kuaci Sunflower rm9.00[9]. Malam ne kami nak layan movie, The Marine 4 - Moving Target]. Apapun, sebelum kami terlelap kami sudah mengunci jam 05.30 pagi, sebab besuk pagi kami perlu berada di stesen keretapi Kuala Lipis sebelum 06.30 pagi. - Z-Z-Z-zzz!



[Nota] Perbelanjaan hari pertama:
[1] - Tiket bas KL-Kuala Lipis rm14.00
[2] - Sarapan pagi rm2.50
[3]
- Tambang teksi rm3.00
[4] - Bilik Hotel London rm24.00
[5] - Makan tengahari rm10.00
[6] - Tiket keretapi ke Wakaf Baru rm23.00
[7] - Minum petang rm4.00
[8] - Makan malam 8.00
[9] - Makanan ringan [mister potato] rm9.00

Jumlan perbelanjaan rm97.00 seorang.


No comments:

Post a Comment