Rabu, 9 Mac 2016
Pekan Grik, Perak.
Aku dan Baha memanjat tangga Friendly Park Hotel ke tingkat satu sebaik menerima kunci bilik. Kami mengeluarkan pakaian yang terperap macam sardin dalam backpack lalu menyidai ditempat yang disediakan. Sementara si Baha menyusun pakaiannya, aku masuk ke bilik mandi dan lepastu kami solat bergilir-gilir.
Ketika ini cuaca di luar sangat panas. Mungkin bacaannya sudah mencatat 35 darjah Celsius. Walaupun aku tidak membawa alat pengukur untuk menentukan tahap kepanasan tetapi boleh diagak dengan bahang panas luar biasa di Grik berbanding Kota Bharu. Menggikut Jabatan Meteorologi, cuaca panas melampau disebabkan kesan daripada fenomena El Nino di mana pemanasan suhu permukaan laut di timur dan tengah lautan Pasifik [kawasan Khatulistiwa] yang berlaku setiap dua tahun hingga tujuh tahun.
Setelah puas berkurung dalam bilik hotel, petangnya usai solat Asar kami keluar untuk meninjau tempat-tempat yang sesuai untuk di rakam, sambil minum petang disebuah restoran Mamak. [rm3.00 seorang[1]]. Salah satu kedai yang menarik perhatian aku ialah sebuah kedai bundle yang lokasinya tidak jauh dari Hentian Gerik. Pemilik kedai tersebut aku kira dalam golongan orang yang mempunyai banyak idea kreatif. Dengan hanya menggunakan kayu-kayu terbuang, beliau mencipta hiasan dalaman yang WoW! gitu.
Bercakap pasal kreativiti, sehingga hari ini mungkin ramai yang keliru antara kecerdasan dan kreativiti. Sebenarnya, IQ dan kreativiti adalah dua perkara yang tiada kaitan. Dalam ayat yang mudah, kreativiti bukan fungsi kecerdasan otak. Bagi aku, semua manusia dilahirkan ada daya kreatif. Terpulang kepada individu tersebut untuk meningkatkan kemahiran bagi mencapai potensi maksimum daya kreativiti mereka. Kreativiti ialah 'melihat apa yang semua orang sudah nampak dan memikirkan apa yang belum terfikir oleh orang lain'. - Wallahuaklam!
Sebelum kami balik semula ke sarang [bilik hotel], kami singgah di Hentian Grik untuk bertanyakan jadual perjalanan bas ke Ulu Legong. Dari info yang diberi oleh petugas di kauter tiket, tiada perkhidmatan bas express ke Ulu Legong, Kelian Intan atau ke Baling. Untuk sampai ke sana perlu menaiki bas rentas desa [bas lompat] dengan melalui beberapa buah kampung seperti Kg Pahat, Kg Kerunai, Kg Jog, Kg Pelang dan Kg Lalang. Taktahu pulak pukul berapa nak sampai ke Ulu Legong daa!
Setelah kami berdua berbincang, akhirnya kami mengambil keputusan untuk memendekkan perjalan atas sebab cuaca yang mungkin bertambah panas. Tak mahu banyak ceritalah! Kami memilih untuk balik ke Kolompo dengan membeli dua tiket bas, Grik - Kuala Lumpur TBS dengan harga rm40.30 seorang[2]. Bas dijadual berada di Hentian Grik pada pukul 0900 pagi esuk.

- Malam di Gerik. Walaupun saiz bandar Grik kecil dan lebih kurang sama dengan bandar Kuala Lipis tetapi malam di Grik masih bernyawa. Tidak seperti Kuala Lipis yang malamnya sunyi sepi seperti bandar yang tiada berpenghuni gamaknya. Dari sisi lain pula, Kuala Lipis aku lihat seperti sudah selangkah kehadapan [seperti Perancis] berbanding bandar - bandar lain di Malaysia, dari segi kualiti kehidupan.
Aku masih lagi ingat akan perbualan tempuhari disebuah restoran mamak dengan pelancung dari Perancis yang bernama Abdul Kadir. Ujar beliau, kebanyakan kedai-kedai di Perancis tidak di buka waktu malam. Malah istilah kedai 24jam juga terlalu sedikit berbanding di Malaysia. Di Perancis, waktu bekerja pejabat hanya bermula pada hari Isnin hingga Jumaat. Sabtu dan Ahad adalah hari bersama keluarga tambah Abdul Kadir.
Sambung Abdul Kadir, masyarakat Perancis tidak digalakan untuk membeli belah atau melepak dicafe pada waktu malam kerana dipercayai akan mengundang masalah sosial, psikologi, kesihatan seperti obesiti, tekanan darah tinggi, kencing manis dan juga masalah jantung. Meraka akan menggunakan waktu malam yang singkat itu bersama keluarga di rumah masing-masing. - Cut!
[Note : Belanja hari ini ialah minum petang rm3.00[1]. Tiket bas rm40.30[2] Top-up Digi rm10.00 [3] makan malam rm7.00[4] seorang. Jumlah belanja rm60.30
Khamis, 10 Mac 206
Pukul 0830 pagi, kami keluar dari Friendly Park Hotel menuju restoran mamak untuk sarapan pagi. Kami berdua memesan teh O dan dua biji telur setengah masak. [Minum pagi rm2.00[1] seorang]. Lepas tu kami menapak ikut celah-celah rumah kedai menuju Hentian Grik. Ketika ini tidak ramai penumpang menunggu bas. Pukul 0830 pagi kelihatan bas rentas desa dari Baling memasukki hentian bas. Lebih kurang pukul 0930 pagi, bas dari Syarikat Pengangkutan Maju Berhad gerak meninggalkan Hentian Grik menuju Lakin, Johor Bharu.
Baha sudah terlena di buai mimpi ketika bas berhenti di stesen Lenggong pada pukul 1010 pagi. Seterusnya bas akan berhenti mengambil penumpang di stesen Kuala Kangsar dan Ipoh. Di Ipoh, bas berhenti selama 20 minit. Baha sudah terjaga lalu keluar dari bas. Membeli ruti kaya dan tuna sandwich. Pukul 1205 tengahari, bas gerak arah ke Kuala Lumpur TBS. Ketika bas bergerak, kami makan sandwich sambil meneguk air minuman [drinking water] yang masih berbaki. Lepastu aku tidak lagi membuka mata kerana sudah terlelap.. Z-Z-Zzzz!
Aku terjaga sebaik bas melalui sekitar Istana Negara lama. Aku lihat ramai pelancung di sana. Dari jauh samar-samar kelihatan pencakar langit kerana sudah mula diselaputi jerebu. Bas yang kami tumpangi memasukki kawasan Bandar Tasik Selatan lalu terus masuk ke terminal bas TBS. Aku dan Baha keluar dari bas. Jika tertidur tadi, mungkin kami akan di heret ke Lakin, Johor Bharu. Masalah tu. Huhuhu!
Kami bergegas ke tandas. Lepastu melintas di hadapan kauter tiket disebelah kiri dan tempat penumpang menunggu pula di sebelah kanan. Ketika ini suasana di terminal memang sibuk. Macam-macam bangsa. Masing-masing punya urusan dan gaya tersendiri. Sesuai sangatlah terminal ini dijadikan pusat pertemuan segala macam transport awam, contohnya teksi, bas Rapid, Transit Aliran Ringan [Lrt] dan komuter.
"Fuh! Macam airport pulak dah". Bisik si Baha. Kami keluar dari terminal melalui jejambat yang menghubungkan stesen komuter dan Lrt. Kami masih tidak pasti, nak naik komuter atau Lrt. Jika menaiki komuter, kami akan turun di stesen Bank Negara dan jika menumpang Lrt kami boleh turun di stesen Masjid Jamek.
"Ah! Mana-mana pun boleh. Lagipun harga tiketnya lebihkurang sama saja". Ujar si Baha.
"Oklah! Kita naik komuter dan turun di stesen Bank Negara. Kemudian kita menapak ge Malayan Mansion, layan ruti banjir dulu sebelum balik rumah. Apamacam!"
"Setujuuuu. Lagipun lama dah gua tak lepak kat situ. Dolu-dolu era 80'an selalu gak ngeteh kat Malayan Mansoin dan sekitar Masjid India". - Cut!

Kami sudah berada dalam gerabak komuter. Berdiri berhampiran pintu. Tidak lama berdiri, tiga remaja lelaki Melayu bangun lalu meminta kami duduk. Dalam hati berkata, masih ada lagi remaja kota yang punya adab sopan dan tinggi budi. Berdasarkan pemerhatian aku sepanjang laluan menuju stesen Bank Negara, warga tempatan lebih bertolak ansur berbanding warga asing.
Contohnya, ketika bersesak-sesak mahu memasukki perut komuter tadi, ada juga warga asing seperti Bangladesh atau Pakistan masuk terjah ke dalam gerabak berwarna pink yang di khaskan untuk penumpang wanita. Aku tidak pasti adakah warga asing itu buta huruf atau sengaja buat-buat bodo. Hati puas agaknya jika dapat tempat duduk!
Nota Lutut: Kita ne, kalau masih sihat tidaklah perlu sangat memikirkan tempat duduk ketika menaiki pengangkutan awam walaupun pada hukumnya kita membayar tambang, malah dikenakan gst pulak! Apa salahnya kalau kita bertolak ansur, memberikan tempat duduk pada penumpang kurang upaya, orang tua, ibu mengandung dan kanak-kanak. Kita sebagai warga Kolompo, tunjukkanlah contoh teladan kepada pelancung atau orang asing seperti warga Mynmar, Nepal, Thailand, Indonesia, Pakistan, Sri Lanka dan Bangladesh. - Wallahuaklam!
No comments:
Post a Comment