Kuala Lumpur.
Di luar apartmen ketika ini suhu panas kekal antara 33-34 darjah Celsius. Berbanding dengan cuaca panas yang berterusan di dua negeri belah Utara, melebihi 37 darjah Celsius yang memaksa penutupan kali kedua bagi sekolah-sekolah di Perlis dan Kedah. Manakala Sungai Pahang pula semakin cetek kesan cuaca panas dan kering yang sedang melanda negara. Pegawai Bomba dan Penyelamat daerah Temerloh pula menasihatkan orang ramai khusunya penduduk di pingir Sungai Pahang tidak terlalu ghairah mencari hasil laut atau mandi-manda di sungai berkenaan kerana dikhuatiri terpijak kawasan pasir jerlus.
Jika setiap tahun negara dilanda cuaca panas dan ada ketikanya banjir besar dan sering berulang-ulang maka itu sudah dikira sebagai musim yang perlu kita hadapi setiap tahun. Yang pastinya cuaca panas dan bajir besar itu berlaku menggikut musim. Yang menarik perhatian penulis ialah berita tentang tidak menggikut masa, hari, bulan atau musim seperti peningkatan kemalangan maut di jalan raya, pelacuran, dadah, love scam Afrika, rasuah serta penyelewengan wang kerajaan yang membabitkan jutaan ringgit.
Kes-kes rasuah memang banyak berlaku dan tidak pula menggikut musim. Seperti yang diberitakan pada Selasa 15 Mac 2016 dimana dana kebajikan yang sepatutnya disalurkan untuk merawat pesakit keronik dan miskin didakwa lesap kerana individu yang diamanahkan telah menyelewengkan dana berjumlah lebih rm20 juta menerusi Op Tiris oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia [SPRM] baru-baru ini.
Begitu juga dengan kisah cinta siRomeo Afrika yang dapat menjerat wanita-wanita Malaysia dengan kerugian mencecah rm19.2 juta hanya dalam tempoh 70 hari sejak Januari lalu. Menurut rekod Polis Diraja Malaysia, pada 2015 sahaja, sebanyak 1,645 kes jenayah Love Scam direkodkan dengan kerugian melebihi rm56 juta.
Difahamkan, modus operandi[mo] siRomeo Afrika mudah sahaja. Melalui platform media sosial seperti Facebook, Twitter atau Instagram, mereka akan berkenalan. Kemudian dengan berbekalkan ayat-ayat cinta dan janji manis, maka wanita yang kesunyian itu dengan mudah terjebak ke dalam cinta siber. Maka siRomeo itu jadilah seperti pisau cukur yang sentiasa mencukur!
Cerita yang terbaru, bukanlah cerita wayang Boboiboy The Movie atau Batman v Superman tetapi cerita 'Mewah Terlampau' yang disiarkan oleh Mingguan Malayisa [muka depan] pada Ahad, 20 Mac 2016. Skrip yang ditulis sendiri oleh Setiausha Bahagian KBS [Kementerian Belia & Sukan] bersama lapan kontraktor syarikat berkaitan penganjuran acara itu berakhir setelah Op Tiris dilakukan oleh SPRM disekitar Lembah Klang sejak seminggu lalu.
Penulis bukan hendak mengaibkan mana-mana individu yang terbabit dalam rasuah atau ayat mudah 'tidak amanah gitu'. Yang penulis nak tekanakan kat sini ialah wang jutaan ringgit yang mengalir ke-luar negara, apabila ada individu seperti siRomeo Afrika misalnya, akan menghantar terus wang yang diperolehi dari Love Scam ke bank luar negara. Begitu juga individu yang mendapat wang 'imbuhan' dari hasil kerja tidak amanah. Mereka akan membelanjakan wang di luar negara bagi menggelak mereka di kesan oleh pihak SPRM.
WoW! Itulah ayat yang dapat penulis sebut apabila mengetahui jumlah sindiket penyelewengan dana kerajaan bernilai lebih rm100 juta. Seperti yang diberitakan, modus operandi[mo] sindiket tersebut ialah menggunakan suspek untuk mengarahkan bahagian kewangan agensi di kementerian membuat bayaran kepada 14 syarikat yang 'dikendalikan' kontraktor terlibat bagi menjayakan program berkaitan acara sukan.
Sebenarnya tiada tuntutan dikemukakan oleh syarikat kepada agensi berkenaan tetapi pegawai kanan tersebut [suspek] memainkan peranan bagi memastikan bayaran dibuat kepada syarikat terbabit. Hasil pakatan tersebut, suspek menerima imbuhan antaranya berbentuk insurans dan unit amanah bernilai jutaan ringgit serta pemberian kad kredit. Susulan penahanan tersebut, SPRM telah menyita dua buah rumah iaitu sebuah banglo dan rumah teres selain merampas 12 buah kenderaan mewah.
Wow! Wow! Melopong mulut penulis bila mengetahui suspek memiliki 12 buah kenderaan mewah. Banyak tu! Macam nak bukak kedai kereta mewah gamaknya. Antara kereta yang dirampas ialah dari model Audi-Q7 bernilai *rm590.000, Mercedes-Benz E-Class [rm490.000], Lexus rm468.000, Nissan-GTR[rm445,000] Mercedes-Benz A45 Brabus rm348,000, Audi Q5 rm325,000, Volkswagen Golf GTi rm227,000, Toyota Alphard rm200,000, Toyota Estima rm180,000, Toyota Camry rm169,000, Ford Fiesta rm88,000 dan Toyota Hilux rm112,000. [* harga yang dinyatakan adalah harga kereta yang dianggarakan oleh SPRM]
Dipendekan cerita! Bukan setakat mempunyai koleksi kereta mewah tetapi, WoW! [3X] sebab ada koleksi beg tangan berjenama 40 buah. Terdapat barangan yang sangat mahal antaranya sebentuk cincin mutiara rm600.000, beg tangan Hermes rm400.000 dan set alas tidur rm300.000. Cara kehidupan dan kemewahan boleh mengalahkan jutawan-jutawan kat Malaysia barangkali.
Nota Lutut: Yalah! Bukan suspek seorang sahaja yang terlanjur hidup mewah, ada lagi diluar sana tengah bercadang untuk hidup 'mewah terlampau' seperti kes pemalsuan dokumen bagi mendapatkan pinjaman Mara misalnya. Bagi pendapat penulis, mereka melakukan penyelewengan kerana ada ruang untuk mereka berbuat demikaian. Pulaktu, juru-juru audit yang sepatutnya bekerja lebih pantas tidak berbuat demikian menyebabkan salah laku berprofil tinggi itu berlanjutan dari bulan kebulan dan tahun berganti tahun. Cara berfikir dan bekerja dijabatan kerajan atau badan berkanun perlulah diubah dari segi sistem dan SoP. Mungkin kakitangan yang berurusan dengan wang [juruwang] atau pegawai yang meluluskan sesuatu acara perlu diawasi oleh jabatan risiko! - Wallahuaklam!
No comments:
Post a Comment