04 August 2016

SESEKALI AKU BUANG MASA [2]



Kolompo - Selasa 02 Ogas 2016

Pagi Selasa itu aku melangkah masuk ke pejabat jualan myrapid yang terletak diantara stesen bas dan stesen lrt Pasar Seni. Suasana tenang. Dikauter, seorang petugas pompuan sedang melayan dua orang pelanggan. Aku beratur dibelakang seorang pelanggan lelaki Melayu. Aku mahu mengambil nombor giliran. Petugas dikauter menghulurkan sekeping borang untuk diisi dan sekeping salinan kad pengenalan diperlukan. Tidak sampai 20 minit, urusan untuk mendaptkan sekeping kad plastik myrapid selesai.

Matahari 02 Ogas itu mula menunjukkan sedikit wajahnya sebaik sahaja aku melintas jalan menuju Pasar Seni, terletak di Jalan Tun Tan Cheng Lock yang dolu dikenali sebagai Foch Avenue. Dibina oleh Colonial British-Malaya pada tahun 1888 dan siap pada 1937. Bangunan pasar yang ada ciri-ciri art deco itu dibangunkan untuk dijadikan pasar basah bagi kegunaan penduduk Kolompo dan sekitarnya waktu itu.

Mengikut sejarahnya, awal tahun 1981 - ada ura-ura yang kawasan sekitar pasar itu akan diberi wajah baru kerana projek pengindahan sungai dan kerja-kerja pembinaan sebuah menara putih yang dikenali Daya Bumi[1] akan dilaksanakan. Pada April 1985, kerja-kerja ubahsuai pasar dua tinggat itu siap lalu diberi nama Pasar Budaya. Bangunan pasar budaya tersebut menyediakan ruang kedai untuk menjual hasil seni termasuk barang-barang craff.

Bangunan disebelahnya pula digelar The Annexe dan dibuka sepenuhnya pada 2006. Menyediakan ruang untuk art galleries, theatre dan music performance. Di laluan pejalan kaki [walking mall] yang mengadap shop lot itu pula disediakan tempat pemuzik dan penyanyi yang digelar Buskers[2]. Kedua-dua bangunan pasar budaya yang lokasinya tidak jauh dari petaling street itu bertukar nama dan kini dikenali sebagai Pasar Seni Kuala Lumpur[3], juga menjadi new landmark bagi Kolompo dan Malaysia amnya.

Aku terus berjalan. Kini aku sudah sampai didataran mini dimana ditengah-tengah dataran itu tercacak sebuah menara jam usang [art deco] bagi tujuan menghiasi kawasan tersebut atau untuk ditatap, direnung dan juga diingati akan sejarah silamnya. Aku sudah kepenatan. Aku duduk berehat disalah sebuah kerusi taman yang disediakan disitu. Aku mengeluarkan handpon lalu membuat panggilan kepada kawan lama aku si Johari yang sedang bekerja di Jalan Tunku Abdul Rahman.

Waktu sudah melangkah kepukul 1100 pagi. Aku masih lagi duduk di kerusi sambil menanggalkan jaket hitam jenama SU3 kerana kepanasan. Jaket hitam yang dihadiahkan oleh anak buah aku setahun lalu - yang diperbuat dari bahan campuran plastik dan getah itu telah menyebabkan suhu badan aku naik mendadak.

Aku mendongak kelangit. Langit biru. Cahaya matahari memanah sebahagian kerusi dimana aku sedang melepak. Aku tidak peduli sekiranya panas pagi singgah sekejap dikulit wajah aku kerana pepagi tadi sebelum keluar rumah, aku sudah palitkan sedikit sunblock[4] dari jenama Vaseline milik isteri aku.

Kul 1130 pagi. Aku tiba dilokasi yang dijanjikan. Disebuah kedai makan tidak jauh dari Sungai Gombak. Si Johari sudah menunggu aku disalah satu meja di kaki lima kedai. Kami bersalaman dan bertanya khabar. Nasi lemak bungkus, telur rebus, pisang montel dan wade'[5] disusun rapi diatas meja. Sebaik seorang pekerja menghampiri kami, aku memesan secawan teh O iced limau menakala si Johari meminta ruti goyang[6] dan secawan teh tarik.

Kami bersembang-sembang tentang liga bola sepak tempatan, tentang atlet olahraga dari Melaka si Khairul Hafiz Jantan yang dapat memperbaharui rekod kebangsaan acara 100 meter pada Sukan Malaysia [Sukma] dan mengenai Sukan Olimpik Rio, Brazil yang bakal berlansung pada upacara pembukaan tirai di Stadium Maracana, Jumaat nanti. Ujar Johari, mampukah bandaraya Rio de Janeiro menghadapi pelbagai masalah dan kontrovesi bilamana isu Virus Zika[7] termasuk ancaman anggota pengganas  hendak mencetuskan huru-hara pada sukan Olimpik edisi ke-31 nanti.

Johari sudah menghabiskan ruti goyang lalu meletakan pinggan plastik yang berbaki sedikit kuah dal itu disudut meja lalu mencapai sebatang rokok, membakar, menyedut dan melepaskan asapnya ke udara. Aku pula terus menyedut teh O iced limau hingga licin dan yang  tinggal didalam gelas hanyalah beberapa butir biji limau kasturi dan ketulan iced yang semakin mencair. Kami terdiam sejenak. Johari pula aku lihat sedang mengelamun[8] sambil menyedut rokok. Asap rokok yang dilepaskannya itu sekali-sekala ditolak angin lalu singgah dan menyapu permukaan hidung aku. Bau tengik!

Retina aku meliar memerhatikan sepasang kekasih dimeja bahagian dalam kedai sedang berbual - sedang ketawa manja gitu. Diconer kakilima, dua lelaki Melayu sedang menikmati teh tarik. Kedua-dua lelaki tersebut minum sambil menghisap rokok. Meja dihadapan aku masih kosong. Disebelah meja kosong itu pula seorang pemuda Melayu berbadan kurus, berkulit hitam manis sedang makan nasi lemak bungkus. Sesekali dia menoleh keluar.

Johari melepaskan puntong rokok yang masih merah itu kaatas permukaan simen kakilima lalu puntong itu dilenyek-lenyeknya. Johari bangun. Katanya mahu ke lorong belakang hendak membeli rokok. Aku pula terpandang seorang gadis cantik berbaju kurung sedang melangkah masuk ke-dalam kedai makan. Bertudung dan  handbag berwarna kuning terang tersangkut dibahunya. Langkah gadis itu terhenti. Kemudian memandang keluar dan berpatah balik lalu memilih untuk duduk  di meja yang masih kosong di-hadapan aku.

Handbag berwarna kuning disangkutnya dibuncu kerusi. Mengeluarkan handpon, meletakan disisi telinga kanannya dan terus berbual. Sebentar kemudian datang pekerja lalu mengambil pesanan. Gadis itu meletakan handponnya diatas meja. Asyik[9] memandang screen sambil jari-jemarinya menguis screen handpon. Sesekali tersenyum. Barangkali sedang melayan WhatsApp atau  facebook.

Lelaki kurus itu selesai memakan sebungkus nasi lemak bersama segelas iced kosong. Dia  memandang meja sebelah. Melihat gelagat gadis cantik disebelahnya. Gadis itu leka menatap screen handpon. Milo iced yang dipesanya tadi belum diusik. Gelas milo iced itu berpeluh kerana disuluh matahari. Silaunya jatuh kemuka Sungai Gombak yang alir arusnya sentiasa keroh dan berlumpur.

Tidak jauh dari jembatan, aku lihat berpuloh-puloh burung merpati berterbangan, hinggap dibumbung jembatan, ditebing sungai dan sekumpulan kecil bertenggek diatas tembuk sambil bercanda. Ada yang berwarna putih, hitam dan kelabu sedang meratah sisa-sisa makanan dicelah batu, dicelah kayu yang tersangkut. Burung-burung itu tidak peduli hangat bahang matahari, atau hanyirnya bau air sungai.

"Tolong! Peragut, beg tangan saya!"

Gadis cantek yang duduk dihadapan meja aku berdiri sambil menjerit. Lelaki kurus dimeja sebelah tadi berlari keluar sambil memegang handbag kuning. Mencecit lari memanjat tangga jambatan. Aku tersentak, dua lelaki Melayu, sepasang kekasih dan beberapa pelanggan lain yang sedang minum dibahagian dalam kedai tergamam. Empat orang pekerja dikedai makan juga tercengang-cengang.

"Handbag saya"


Peragut itu sudah berada di penghujung jembatan bilamana dua lelaki Melayu yang tergamam tadi megejar. Salah seorang lelaki Melayu itu lariannya sangat pantas. Tidak ubah seperti pelari pecut 100 meter Khairul Hafiz Jantan. Kedebuk! Bunyi seperti nangka busuk jatuh ke tanah. Peragut itu tersalah langkah lalu tersembam diatas anak tangga dihujung jembatan.

Lelaki Melayu seperti pelari pecut itu segera memegang tangan kanan peragut tersebut, lalu memulas kebelakang. Peragut berkulit hitam manis tersebut menjerit kesakitan. Seorang lagi rakan lelaki Melayu itu sampai dengan termengah-mengah tetapi sempat melepaskan tendangan tepat kemuka peragut. Bibir peragut pecah dan darah mengalir keluar.

Orang ramai mula berpusu-pusu mengelilingi peragut yang duduk terjelepuk[10] diatas tanah setelah diheret oleh salah seorang lelaki Melayu yang megejarnya tadi. Johari juga sudah ada menyelit dicelah orang ramai, melihat dengan kehairanan lalu bertanya kenapa dan mengapa lelaki berkulit hitam manis itu bibirnya pecah berdarah dan tangannya diikat dengan tali plastik.

Sayup-sayup kedengaran siren, makin dekat makin bergema dan sebuah kereta peronda polis dari Ibu Pejabat Polis Dang Wangi tiba. Dua anggota keluar lalu berbual dengan dua pemuda Melayu tadi. Si peragut, gelang ikatannya dibuka dan diganti dengan gelang besi lalu disuruh masuk kereta duduk dikerusi. Manakala gadis cantik bersama handbag kuning tadi juga disuruh masuk dan duduk dikerusi sebelah pemandu. Orang ramai bersurai bilamana kereta peronda polis itu bergerak meninggalkan lokasi kejadian.

Diperut kota, ditebing sungai itu, kumpulan merpati masih lagi terbang, hinggap dibumbung jembatan, memerhati kumpulan orang ramai yang mula bersurai. Kisah gadis cantik, handbag warna kuning, peragut tersungkur diatas anak tangga, dua pemuda dan polis peronda adalah watak-watak yang menghidupkan petas hari itu. - Cut!
 




Keterangan :

[1]Daya Bumi [2]Buskers [3]Pasar Seni Kuala Lumpur

[4] Sunblock [5]Wade' [6]Ruti Goyang [7]Virus Zika [8]Mengelamun [9]Asyik [10]Terjelepuk.

No comments:

Post a Comment